SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam
kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka
beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.
Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular
ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam
kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.
Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip
air di tepi jalan seawal jam 11 malam.
Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan
penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.
Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus
berkenaan.
Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki
tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.
Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi
jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala
tertunduk.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku
Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai
pelbagai bentuk dan rupa.
"Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk.
Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu,
pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan
maut," katanya.
Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama,
ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad
ditumpang.
Enjin motosikal tiba-tiba terhenti
Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal
jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin
motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan
Sungai Anak Kulim kira-kira jam 12.30 pagi.
Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah
beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan
semula.
Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga
putih berambut panjang berada di hadapannya.
"Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada
kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.
"Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya,"
katanya.
Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan
kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.
Aziz berkata, Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut
dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia
melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.
Bonceng perempuan waktu malam
Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan
lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke
Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di
kawasan itu sudah mengalaminya.
Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek
di atas paip air yang terletak di tepi jalan.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik
ke rumah.
"Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan
laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya
gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.
"Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa
semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam
masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan
jalan," katanya.
Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang
suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.
Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota
ditumpang oleh seorang perempuan.
Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan
penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.
Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya
kepada penduduk tempatan. SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/01/2014 12:53:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.