PADANG SERAI - Gara-gara mencuri lembu, seorang lelaki ditahan orang ramai
di Bukit Selarung kira-kira jam 1.30 pagi.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Chng Seng
Ang berkata, orang awam yang ternampak kenderaan dipandu suspek melaporkan
kejadian itu kepada PPKM sebelum semua ahli bertugas menjalankan rondaan
mencegah jenayah sampai ke tempat kejadian.
Menurutnya, dalam kejadian itu tiga lelaki berusia 30-an dipercayai mencuri
lembu dan diletakkan di bahagian kerusi belakang kereta jenis Proton Wira.
Suspek cuba melarikan diri dengan memecut kereta dipandu mereka ke arah
Lebuh raya Kulim -Baling bagaimanapun hilang kawalan sebelum terbabas ke
bahu jalan.
Katanya, dua suspek berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran
manakala seorang lagi suspek berjaya ditahan.
Kerana tidak berpuas hati dengan sikap dan perlakuan suspek, orang ramai
telah membelasah suspek selain menghiris telinga sebelah kirinya.
"Ketika Ahli PPKM sampai di tempat kejadian, kami dapati suspek terlibat
hampir pengsan dan terbaring di atas rumput di tepi jalan dalam keadaan
berlumuran darah.
Kami kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis dan meminta bantuan
ambulans.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kulim dengan ambulans
Hospital Kulim dan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil,
bagaimanapun orang yang bertanggungjawab mencederakan suspek masih gagal
menyerahkan diri kepada polis," katanya. -SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/11/2014 11:24:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.