Jharkhand (India): Seorang remaja Hindu nekad memotong lidahnya menggunakan
pisau tumpul untuk membuktikan kesetiaannya kepada dewa Shiva.
Lalmohan Soren, 17, ditemui terduduk di Kuil Mahedevgarha di Dugda ketika
orang ramai ternampak darah di lantai kuil pada satu pagi.
Lidah Lalmohan pula ditemui dalam mangkuk yang diletakkan di sisi kakinya
berserta nota: "Saya sudah memotong lidah saya untuk dihadiahkan kepada
dewa Shiva.
"Tolong jangan halau saya dari sini. Saya cuma ingin duduk di kakinya."
Media semalam melaporkan, orang ramai kemudian memaklumkan kejadian itu
kepada ketua kuil sebelum mereka berjaya memujuk Lalmohan pergi ke hospital
untuk mendapatkan rawatan.
Sumber berkata, doktor cuba menjahit semula lidah Lalmohan namun gagal.
Lalmohan kemudian dibenarkan pulang selepas beberapa hari.
Lalmohan kini semakin sembuh namun tidak dapat bercakap dan tidak boleh
mengambil makanan pejal.
Kata sumber, keluarganya sangat terkejut dengan tindakan itu tetapi tetap
menerima.
Ibu Lalmohan, Lalmuni Soren berkata anaknya itu memang tekun mendalami
agama Hindu sejak kecil.
"Dia memang berminat melakukan pelbagai ritual namun saya tidak menyangka
dia sanggup memotong lidah sendiri demi kepercayaannya.
"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepadanya kerana dia tidak akan
boleh bercakap lagi," katanya, semalam.
Daerah Dugda memang terkenal dengan pelbagai ritual pelik puak Santhal.
Mereka juga hairan dengan perhatian 'luar biasa' diberikan orang luar
terhadap kejadian itu kerana ia memang menjadi amalan biasa di daerah
berkenaan.
Penduduk tempatan Manoj Sharma berkata, puak Santhal mempunyai pelbagai
kepercayaan dan amalan pelik.
"Pada 2011 seorang budak lelaki memotong jarinya untuk 'dihadiahkan' kepada
dewa di dalam kuil sama," katanya ketika ditemui, semalam.- Agensi
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/09/2014 07:14:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.