Kuala Lumpur: Wanita yang ditemui di atas jejantas berhampiran Bangunan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menunaikan solat dan membaca al-Quran
memberi alasan berbuat demikian selepas mendapat alamat melalui mimpi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata
kejadian selepas pihaknya menerima maklumat dari orang awam, pada 1.30
petang Sabtu.
"Anggota polis yang melakukan penugasan am bergegas ke lokasi kejadian
kerana bimbang wanita itu akan dilanggar kenderaan sebelum membawanya ke
Balai Polis Tun HS Lee.
"Dia kemudiannya dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL)
untuk pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi.
Katanya, wanita itu dikenali sebagai Anita Shiar, 27, warga Indonesia dan
tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya malah maklumat juga
diberikan secara lisan.
Difahamkan, gambar wanita itu menjadi viral di laman sosial lewat petang
tadi sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai.
KUALA LUMPUR- "Saya solat di merata-rata tempat tidak kira di mana jua saya
berada," kata Anita Shiar, 27 tahun.
Wanita warga Indonesia itu ditemui orang awam ketika sedang membaca
al-Quran di jejambat berdekatan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini,
tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata,
pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam.
Menurutnya, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian dan menghantar
wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1.30 petang.
"Pemeriksaan kami mendapati beliau tidak mempunyai apa-apa dokumen,"
katanya.
Kata Zainuddin, mengikut keterangan wanita tersebut, dia bersolat
merata-rata setelah mendapat hidayah untuk berubah.
Menurutnya, wanita itu mendakwa dirinya sebelum ini seorang yang tidak baik
dan pada suatu hari dia bermimpi sesuatu yang buruk.
"Selepas mendapat mimpi tersebut, dia mula insaf dan mula bersolat di
mana-mana," katanya.
Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu laporan hospital mengenai keadaan
wanita berkenaan.
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/18/2014 06:29:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.