KUALA TERENGGANU - Mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman
penjara 13 tahun dan 10 kali sebatan terhadap seorang bapa yang tergamak
merogol anak kandungnya sebanyak dua kali pada 16 Ogos dan 12 September
tahun lalu.
Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang berusia 38 tahun dan beralamat
di Jalan Lebuhraya Jerangau Jabor, Terengganu itu mengaku bersalah di
hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.
Tertuduh yang disabitkan dua pertuduhan itu didakwa melakukan kesalahan
yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta
sebatan.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 3
pagi, 16 Ogos lalu, ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di rumah
tidak bernombor, di Dungun.
Ketika itu, tertuduh telah mengejutkan mangsa yang ketika itu berusia 15
tahun dan membawanya ke bangsal sebuah kebun Dungun, dan setelah tiba di
bangsal tersebut, tertuduh telah menyuruh pengadu tidur di bangsal
tersebut, sebelum bertindak merogol mangsa jam 3.30 pagi sebanyak sekali
tanpa kerelaan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi merogol mangsa pada jam
9.30 malam, 12 September tahun lalu.
Pada awalnya, kira-kira jam 5 petang, ketika mangsa berada di rumah,
tertuduh mengajak mangsa menemaninya tidur di bangsal kebun, dan pada jam
9.30 malam, mangsa telah dirogol oleh tertuduh sebanyak sekali tanpa
kerelaannya.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun pada 23
September 2013, jam 10.40 malam.
Tertuduh kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Tapai, Marang
oleh Inspektor Mohamad Ramizan Ramli bersama sepasukan anggota Jabatan
Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 29
September 2013, jam 11 pagi.
Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku salah dan diarahkan menjalani
hukuman secara serentak iaitu di penjara selama 13 tahun dan 10 sebatan
iaitu masing-masing lima sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua.
Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Siti Nur Hafizah Mohd
Sokran manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Ismail.- SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/20/2014 05:41:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.