Kuala Lumpur: Seorang siswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung,
Indonesia diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak
sedarkan diri di kawasan meletak kenderaan kira-kira 40 kilometer dari
lokasi dia diculik, Sabtu lalu.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainudin ketika dihubungi Harian
Metro mengesahkan kejadian dan memaklumkan mangsa kini dirawat di Hospital
Hasan Sadikin di Bandung.
Katanya, selain diculik dan dirogol, mahasiswi itu turut cuba dibunuh oleh
kumpulan penjenayah yang menculiknya berikutan terdapat kesan jerutan di
leher mangsa.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa mendakwa dia dirogol tiga
lelaki di dalam kereta.
Kami sudah meminta bantuan pihak polis di Indonesia untuk menjalankan
siasatan terperinci berhubung kejadian itu," katanya.
Berdasarkan laporan berita disiarkan portal berita Detik.com, mangsa
diculik ketika mahu mengambil wang dari mesin juruwang automatik (ATM).
Ketua Polis Cimahi, Erwin Kurniawan, dipetik berkata, mangsa diperkosa
bergilir-gilir oleh tiga suspek kecuali pemandu kereta dinaiki penjenayah
terbabit. -yahoo
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/21/2014 07:35:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.