KUALA LUMPUR: Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa
Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, akan dibawa
pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.
"Dia akan pulang ke Malaysia hari ini," kata ketua polis Cimahi, Erwin
Kurniawan.
Katanya, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan
Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di
Malaysia.
Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya dan dijadualkan
berangkat pulang pada hari yang sama (Selasa).
Kata Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia
sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika
itu masih dalam keadaan terkejut.
Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus
Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak
sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari
tempat dia diculik.
Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak
berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini
sedang diburu.
Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada
pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.
Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.
Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah
untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada
rumah sewanya di kampus Jatinangor.
Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki
yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan
menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.
VIDEO RAKAMAN CCTV MANGSA ROGOL
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/25/2014 05:23:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.