Siasat dakwaan pelajar dinoda 38 lelaki
28 Mei 2014
Kota Bharu: Kes seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa
dirogol beramai-ramai oleh kira-kira 38 lelaki tidak dikenali di Ketereh,
Selasa lalu mendapat perhatian Ahli Parlimennya Tan Sri Annuar Musa.
Annuar menerusi laman sosial Facebooknya memuat naik status yang melahirkan
rasa terkejut dan dukacita berhubung kejadian itu jam 9 malam semalam.
Beliau yang mengetahui berita itu menerusi Buletin Utama TV3 jam 8 malam
turut meminta pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan
sewajarnya.
"Saya di luar negara terkejut apabila TV3 jam 8 malam memaparkan tajuk
utama yang mengaitkan kejadian rogol di Ketereh.
"Masya-Allah. Sebagai Ahli Parlimen Ketereh, saya dukacita dengan berita
ini. Semoga siasatan dibuat untuk mengetahui kebenarannya," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi laporan polis mengenai kejadian itu
yang mendapat perhatian orang ramai, namun tidak mendedahkan identiti
mangsa.
Kira-kira dua jam kemudian, beliau memuat naik satu lagi status yang
mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan identiti
mangsa.
Mengikut laporan, seorang pelajar tingkatan dua dari Kuala Krai mendakwa
dirogol sekumpulan lelaki sekitar 38 orang dalam sebuah rumah.
Mangsa rogol ditahan reman
Kota Bharu: Tiga lelaki dan seorang remaja perempuan yang didakwa menjadi
mangsa rogol ditahan reman bagi membantu siasatan kes perkosa dua pelajar
membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Selasa lalu.
Semua suspek berusia 17 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Remaja perempuan berusia 17 direman selama enam hari manakala tiga lagi
seminggu bermula hari ini.
Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Roszita Md
Saad.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata sehingga jam 10
pagi tadi, polis sudah menahan dan mengambil keterangan daripada 12
individu bagi membantu siasatan.
"Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.
"Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Kes rogol beramai-ramai: 12 individu ditahan
KOTA BHARU - Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia
17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam
satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata empat
daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi
semalam di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.
Perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta
gadis berkenaan bermula hari ini, katanya yang ditemui pemberita di luar
mahkamah majistret, di sini hari ini.
"Polis pada hari ini telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu
masing-masing pada pukul 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh,"
katanya.
Katanya polis akan mendapatkan perintah reman terhadap kesemua lapan suspek
berusia 20 hingga 30-an itu esok.
Semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sementara gadis itu
pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut, katanya.
Menurut Azham polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek
dalam kes yang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang
memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit
kesalahan.
Ringkasan Kes
Pada 20/5/2014 jam l/kurang 1930hrs, semasa berada di Kuala Krai, pengadu
telah dihubungi oleh rakan sekolahnya nama Mira yang meminta tolong pengadu
ambilnya di Ketereh kerana telah seharian tidak pulang ke rumah.
Pengadu hubungi rakan nama Iwan yang tinggal di Ketereh kerana pengadu
tiada kenderaan. Iwan telah jemput pengadu dari Kuala Krai dan mereka
berdua jumpa rakan Mira nama Alif di Ketereh.
Alif telah bawa pengadu dan Iwan ke sebuah rumah kayu kosong dikelilingi
semak samun di sebuah kampung di Ketereh di mana ada Mira dalam rumah
tersebut.
Belum sempat mereka berempat hendak meninggalkan rumah itu, datang 1LM usia
lingkungan 40an telah tahan Iwan dan paksa mereka duduk dalam rumah itu.
Kemudian datang rakan-rakan lelaki itu seramai lebih kurang 40 orang dan
mereka telah secara paksa bawa Mira dan pengadu masuk ke dalam sebuah bilik
tidur.
Mira dan pengadu telah ditampar dan dirogol oleh beberapa orang lelaki
sehingga pengsan.
Kemudian pengadu tersedar selepas dikejutkan oleh lelaki usia 40an tadi dan
menyuruh mereka berpakaian. Pengadu berasa sangat sakit di bahagian
kemaluan dan dibawa menaiki m/sikal Iwan.
Iwan memberitahu pengadu bahawa dia telah dipaksa melihat pengadu dirogol
oleh lebih kurang 38 orang lelaki.
Mira naik m/sikal bersama Alif dan pergi ke arah berasingan. Pengadu hendak
pulang ke rumah tetapi Iwan tidak mahu hantar kerana bimbang dimarahi
keluarga pengadu.
Iwan telah hantar pengadu ke rumah rakan baiknya nama Pok Wa.
Di sana, pengadu telah dijaga oleh emak Pok Wa dan pada suatu hari, pengadu
terserempak dengan 1LM yang pengadu cam sebagai salah seorang perogolnya,
iaitu bapa saudara Pok Wa.
Pok Wa telah menyuruh pengadu buat laporan polis tetapi selepas pengadu
menghubungi bapanya yang berada di Kuala Krai, bapa pengadu tidak ambil
sebarang tindakan. Pengadu hanya tinggal di rumah Pok Wa sehingga
24/05/2014.
Pada 24/05/2014, pengadu telah dihantar pulang ke rumah oleh sepupunya dan
mengadu kepada ibu dan bapa bahawa perutnya sakit dan kemaluannya berdarah,
tetapi hanya dimarahi kerana keluar rumah tanpa kebenaran.
Ibu dan bapa pengadu hanya beri minum 2 tin air Coca Cola dan makan 2 biji
Panadol untuk cuci perut pengadu.
Pengadu hanya tidur dan pada pagi 25/5/14, pengadu masih sakit perut dan
masih keluar darah di bahagian kemaluan. Bapanya telah bawa pengadu ke
Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan.
Kemudian pengadu telah buat laporan polis.
Hasil siasatan
*Rakaman percakapan pengadu dapati pengadu merupakan anak sulung daripada 3
beradik. Pengadu dan keluarga tinggal di Kuala Krai dan bersekolah di SMK
Bandar Kuala Krai, Kelantan. Ayah pengadu seorang peniaga roti canai
manakala ibunya surirumah sepenuh masa.
*Pengadu selesai jalani pemeriksaan dan laporan awal doktor dapati kesan
koyakan lama. Hymen mangsa hanya tinggal sisa sahaja, dan diameter
disifatkan boleh masukkan satu jari dengan mudah ke dalam vagina. Terdapat
kesan geseran pada posterior fourchette dan kesan lebam pada labia minora
genitalia mangsa. Terdapat juga kesan koyakan (anal fissure) pada jam 7
anus mangsa.
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun
dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di
sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian. -
Bernama
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Diratah38orang/Article
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014052802491720140528024917/Article
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-rogol-beramai-ramai-12-individu-ditahan-1.284715
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=512742
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/28/2014 08:08:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.