Kinabatangan: Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia kelmarin dipercayai
ada kaitan dengan kes merogol bergilir-gilir seorang wanita berusia 18
tahun yang baharu dua bulan berkahwin.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata
polis menerima aduan daripada mangsa beberapa hari selepas kejadian didakwa
berlaku pada jam 6 petang 14 Mei lalu di Ladang Leepang 5.
Mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan lanjut manakala
kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Mangsa dikatakan dirogol ketika pergi ke tepi sungai berhampiran rumahnya
di situ untuk membuang air besar berikutan tandas di kediamannya rosak.
Diekori 3 suspek
Dalam perjalanan, mangsa diekori tiga suspek yang kemudian menariknya ke
dalam ladang kelapa sawit sebelum merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Mangsa kemudian menceritakan perkara berkenaan kepada suaminya beberapa
hari selepas kejadian sebelum dibawa membuat laporan polis.
Di Sandakan, seorang pelajar Tingkatan Satu mengadu dirogol kekasih yang
baharu dikenali dua minggu menerusi Facebook ketika berjumpa di tangga
sebuah bangunan di Jalan Singapura di sini, kira-kira jam 3.30 petang
kelmarin.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa dikatakan bertemu remaja berusia 18 tahun
itu selepas sesi persekolahan sebelum suspek menawarkan diri untuk
menghantarnya pulang ke rumah.
Bagaimanapun ketika melalui sebuah bangunan, mangsa mendakwa diajak oleh
suspek untuk ke bahagian atas bangunan terbabit dan ketika berbual, suspek
dipercayai memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali
mengesahkan ada menerima aduan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pengantinbaharudirogol3lelaki/Article/
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/28/2014 08:25:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.