29 Mei 2014: Kuala Lumpur: Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi
terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan
Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah
Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata,
bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu
berjalan dengan lancar.
"Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya," katanya secara ringkas
menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand
selepas dua minggu berkenalan.
Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada
minggu lalu.
Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi
mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan
lafaz yang sudah disebut itu.
Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula
diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang
meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.
Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas
lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu.
Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu
yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.
Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan
pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak. -HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/29/2014 04:13:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.