29 Mei 2014
PASIR MAS - Seorang bapa bersama dua anaknya antara 14 yang ditahan bagi
membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian
di Ketereh pada 20 Mei lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng
berkata, tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan
pagi semalam di sekitar Ketereh.
"Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan
terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar
Ketereh pagi ini.
"Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama
seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang
termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita
dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Yong Heng berkata, seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman
esok.
Beliau berkata, gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di
Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam
kejadian itu.
Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes
berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit
kesalahan, katanya.
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun
dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari
Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah
rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
Sementara itu, Yong Heng berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an
kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun
dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan
Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan
senjata, katanya. - Bernama
VIDEO
--
Posted By apa tu to Says Blog on 5/30/2014 12:49:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.