SERDANG - Kes buli membabitkan 10 pelajar senior dan tujuh pelajar junior
Universiti Putra Malaysia (UPM) Khamis lalu dianggap selesai selepas
kedua-dua pihak bertemu dan memohon maaf atas kesalahan dilakukan.
Difahamkan, pelajar junior berkenaan membuat laporan di Balai Polis Serdang
mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menghisap rokok jika tidak mahu
diapa-apakan.
Insiden itu dilapor turut dirakam pelajar senior menggunakan telefon bimbit
masing-masing.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Dr Mohammad
Shatar Sabran berkata, kesemua pelajar yang terbabit sudah berbincang dan
bersetuju memaafkan satu sama lain.
Ibu bapa pelajar juga sudah dipanggil dan dijelaskan mengenai apa yang
berlaku. Satu perjumpaan lagi akan diadakan hari ini antara Persatuan Hindu
UPM dengan ibu bapa pelajar terlibat.
Beliau menafikan wujud kejadian 'ragging' memaksa pelajar junior berbogel
dan menghisap rokok. Ketika mengulas kejadian itu, beliau turut menafikan
pembabitan pelajar wanita dalam insiden yang didakwa sengaja menjatuhkan
maruah mangsa.
Menurutnya, pelajar senior yang terbabit dalam kejadian itu diberi surat
amaran kerana melanggar peraturan ditetapkan universiti.
UPM membuat ketetapan tidak membenarkan mana-mana pelajar senior untuk
dekati pelajar junior sebagai langkah pencegahan mengelak kes seperti itu
berlaku.
Mohammad Shatar berkata, pihaknya memberi jaminan perkara itu tidak akan
berlaku di bawah pengawasan pihaknya.
"Jika ada terima laporan, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa
tatatertib, tindakan kemudian diambil mengikut prosedur," katanya.
Beliau berkata, jawatankuasa akan bersidang, menilai dan menyiasat kes,
jika ada bukti kesemua pihak akan dipanggil.
Tindakan diambil bergantung kepada keadaan dan maklumat diperoleh, pelajar
yang lakukan kesalahan mungkin diberi surat peringatan, amaran, digantung
atau dibuang terus daripada universiti.
"Namun dalam kes ini kedua-dua pihak dah selesaikan di peringkat awal,
mangsa tidak membuat aduan kepada pihak universiti malah mangsa juga
memberitahu apa yang dilapor dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil itu banyak
yang tidak benar," katanya.
Laporan terperinci mengenai kejadian itu jelasnya sudah diserahkan kepada
kementerian untuk tindakan selanjutnya.
"UPM tidak terima laporan daripada mangsa sebelum ini, hanya tahu
mengenainya daripada pihak luar dan berdasarkan laporan polis dibuat tapi
kita sudah temui semua yang terlibat untuk dapat gambaran jelas
mengenainya," katanya.
Kelmarin, umum gempar apabila sebuah akhbar Tamil melaporkan tujuh pelajar
UPM mendakwa mereka dibuli pelajar senior melakukan perkara tidak senonoh
sehingga menjatuhkan maruah di sebuah bilik di asrama universiti itu Khamis
lalu.
Pelajar itu mendakwa mereka hanya dibenar memakai seluar dalam, memegang
kemaluan sambil menari mengikut rentak muzik.
Tujuh pelajar malang tersebut mendakwa trauma bertemu pelajar senior
selepas turut dipaksa menghisap rokok jika tidak mahu dipengapa-apakan. SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 6/09/2014 06:29:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.