NEW DELHI: Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan
atas urusan perniagaan, didakwa dirogol pada Jumaat oleh seorang lelaki
yang ditemuinya di sana.
"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia
pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara," menurut Indo-Asian News Service
memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh sebagai
berkata.
Lelaki itu berusia 30 tahun.
Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata dia datang ke
Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki
berkenaan.
Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang pada Khamis malam dan
dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa
dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.
Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut
laporan itu.
Wanita itu berjaya menghubungi sebuah kereta polis di kawasan berhampiran
Jawahar Circle di bandar raya ini dan membuat aduan. Lelaki terbabit
ditahan dalam tempoh tiga jam.
"Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki
terbabit," laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata.
Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telahpun
menghubungi mangsa.
"Dia selamat dan pihak berkuasa di Jaipur memberi kerjasama penuh kepada
kami berhubung insiden ini," kata seorang pegawai ketika dihubungi hari ini.
Bantahan terhadap keganasan seksual di India semakin memuncak sejak insiden
rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di Delhi
pada 2012.
Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 25,000 kes rogol dilakukan setiap
tahun di India, negara yang dihuni 1.3 bilion penduduk.
Pada awal tahun ini seorang wanita warga Denmark berusia 51 tahun mendakwa
dirogol beramai-ramai di Delhi. Dia dirompak dan dirogol oleh suspek
bersenjatakan pisau.
Dalam tempoh sama, seorang wanita Jerman berusia 18 tahun juga dilaporkan
dirogol oleh seorang lelaki yang berkongsi kompartmen dengannya di dalam
kereta api ketika dalam perjalanan dari Mangalore ke Chennai di selatan
India.
Kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di India, bagaimanapun serangan yang
kurang dilapor bermakna kekerapannya mungkin lebih tinggi. - Bernama
--
Posted By apa tu to Says Blog on 6/08/2014 02:31:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.