Seorang guru wanita yang disamun di rumahnya, menyelamatkan diri daripada
menjadi mangsa rogol penyamun itu, dengan menjerit meminta tolong jirannya.
Guru berusia 23 tahun itu tdipaksa lelaki berkenaan dengan menggunakan
parang, tetapi wanita itu bertindak menjerit sekuat hati menyebabkan
penyamun itu lari, tetapi sempat membawa bersama barang-barang yang
disamunnya.
Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku pada pukul 4
petang semalam, ketika guru itu berada di rumah bersama ibunya di
Permyjaya, apabila seorang lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk.
Lelaki itu mengarahkan dua beranak itu menyerahkan wang, barang kemas dan
telefon bimbit dalam anggaran RM5,500, katanya pada sidang media di Ibu
pejabat Polis Miri hari ini.
Gan berkata polis percaya lelaki yang sama sebelum itu cuba merogol seorang
pelajar perempuan tingkatan dua pada sebelah paginya, tetapi gagal.
Pelajar berkenaan juga tinggal di kawasan Permyjaya dan suspek menggunakan
parang untuk mengancam mangsa, bertindak agresif dengan menumbuk, menampar
dan mencederakan pelajar itu, kata Gan.
Pelajar itu kini menerima rawatan lanjut di hospital dan doktor mengesahkan
dia tidak dirogol.
Berikutan dua kejadian itu, polis memburu seorang lelaki Iban berusia dalam
lingkungan 20-an dan alamat terakhirnya juga di Permyajaya. - Bernama
--
Posted By apa tu to Says Blog on 6/19/2014 06:02:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.