Alor Setar: Seorang isteri parah di peha kiri manakala seorang remaja
lelaki hampir putus tangan kiri akibat ditetak suami wanita terbabit
selepas mereka ditemui dalam keadaan bogel di dalam rumah sewa dalam
kejadian di Langgar, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu
dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini,
terkejut apabila mendapati isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan
memalukan bersama pekerjanya yang berusia 19 tahun.
Jurucakap polis berkata, suspek bertengkar dengan pekerjanya itu sebelum
pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang serta menetak mangsa beberapa
kali yang turut terkena isterinya.
Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian mendapati kedua-dua
mangsa mengalami pendarahan teruk sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman
Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian
dan memaklumkan suami mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana
mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. -HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 6/19/2014 05:45:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.