Putrajaya: Seorang bekas pegawai polis ditangkap khalwat dengan seorang
anggota polis wanita berstatus isteri orang di perumahan polis Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Sepang, dekat sini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 38 tahun itu ditangkap suami wanita berkenaan yang pulang ke
rumah jam 1.20 pagi.
Menurut sumber, suami wanita terbabit yang juga anggota dari IPD Subang
Jaya, Selangor mengesyaki sesuatu apabila mendapati pintu rumah dikunci
dari dalam dan sebaik masuk ke rumah dia mendapati ada bantal dan selimut
terbentang di hadapan televisyen ruang tamu rumah.
"Suaminya mengesyaki sesuatu kerana isterinya yang berusia 33 tahun itu
berada dalam keadaan kelam-kabut sebelum memeriksa bilik air, stor
belakang, sebelum ke bilik depan dan mendapati tiga anaknya sedang tidur.
"Dia kemudian memeriksa bilik tengah rumah dan mendapati seorang lelaki
sedang bersembunyi di tepi katil, sebelum isterinya memaklumkan lelaki itu
kawannya," katanya.
Menurutnya, suami wanita berkenaan kemudian membawa isterinya dan lelaki
berkenaan ke Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi untuk tindakan lanjut
kerana disyaki bersekedudukan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mohd Yusoff Awang
ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, dan kes diserahkan kepada
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan selanjutnya.
"Lelaki berkenaan sudah dibebaskan dengan jaminan pihak polis selepas
keterangannya diambil. Perkara ini akan dirujuk kepada JAIS untuk tindakan
lanjut," katanya.
Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan ulasan daripada JAIS gagal
apabila kakitangan di bahagian penguat kuasa enggan memberi kerjasama. -HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 6/20/2014 02:47:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.