Kuala Lumpur: Kesilapan seorang wanita meminjam wang RM5,000 daripada ceti
haram atau along bagi menjelaskan kos rawatan anaknya di hospital
mengundang padah apabila diperkosa lelaki terbabit di sebuah hotel,
kelmarin selepas gagal melangsaikan hutang.
Lebih malang walaupun diperkosa, namun mangsa berusia 32 tahun tetap
dipaksa menjelaskan hutang yang masih belum dilangsaikan dianggarkan
mencecah lebih RM10,000 termasuk bunga.
Mangsa yang trauma dengan kejadian itu tampil membuat laporan di Balai
Polis Tun HS Lee untuk tindakan selanjutnya
Sumber berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani meminjam dengan seorang
along selepas buntu untuk mencari wang bagi membayar kos rawatan anaknya di
hospital.
"Bagaimanapun selepas beberapa bulan mangsa belum dapat melangsaikan
hutangnya itu yang kian bertambah," katanya.
Menurutnya, along terbabit mengugut supaya mangsa membayar hutang miliknya
jika tidak mahu diapa-apakan dan kononnya akan membuat laporan polis dan
dia boleh dipenjara.
Sumber itu berkata, bimbang dengan ugutan suspek mangsa merayu memberi masa
kepadanya untuk menjelaskan bayaran itu.
"Suspek kemudian memberi cadangan kepada mangsa supaya membuat pinjaman
dengan seorang lagi along dan wang itu boleh digunakan untuk menjelaskan
hutangnya.
"Mangsa yang tidak mempunyai pilihan bersetuju dan mereka berjanji berjumpa
di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, kelmarin untuk berjumpa dengan
along terbabit," katanya.
Menurutnya, sebaik mangsa tiba di lobi hotel, suspek mengajaknya masuk ke
dalam sebuah bilik di hotel itu, namun dia enggan dan memberitahu ingin
berbincang di lobi hotel.
"Suspek bagaimanapun memberitahu along yang ingin diperkenalkannya tidak
mahu kegiatannya disedari orang lain dan ingin berjumpa di dalam bilik.
"Mangsa yang mempercayainya akur dan mengikut suspek, namun terkejut
apabila kelibat along yang kononnya menunggu mereka di dalam bilik tiada
sebaliknya suspek terus mengunci pintu," katanya.
Sumber itu berkata, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal apabila
diperkosa suspek. Selepas selesai suspek meminta mangsa menjelaskan hutang
itu dalam masa terdekat. -HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 6/21/2014 06:56:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.