IPOH: Seorang murid perempuan darjah tiga diculik seorang lelaki berumur 57
tahun yang menaiki sebuah kereta di stesen bas Slim River dekat sini
semalam sebelum dicabul.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nanyan berkata dalam kejadian
kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa dan kakaknya berumur 12 tahun
berada di stesen bas berkenaan setelah tamat sesi persekolahan.
"Selepas menyedari adiknya menaiki kereta seorang lelaki, kakak mangsa
telah menelefon bapanya yang kemudian terus membuat laporan di Balai Polis
Slim River," katanya.
Beberapa jam kemudian polis berjaya menahan suspek bersama-sama seorang
wanita dan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai isteri dan anaknya di
Taman Desa Idaman dekat Sungkai di sini, katanya ketika dihubungi hari ini.
"Sebelum suspek ditahan, dia enggan memberhentikan kenderaannya dan memecut
laju menghala Plaza Tol Slim River dan seterusnya masuk ke tol Sungkai.
"Semasa di Pekan Sungkai, kenderaan suspek telah melanggar kenderaan awam
jenis Proton Exora dan masuk ke Taman Desa Idaman Sungkai dan bertindak
melanggar kenderaan polis di bahagian hadapan sisi kiri. Bagaimanapun
anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal berjaya menangkap suspek,"
katanya.
Beliau berkata budak perempuan itu yang sedang berlari dalam keadaan
ketakutan dijumpai seorang wanita yang memandu kereta melalui jalan lama
Slim Village berdekatan perkuburan Cina dan membawanya ke Balai Polis Slim
River.
Othman berkata sebelum menculik budak perempuan itu, lelaki itu mengajak
mangsa menaiki keretanya kononnya untuk pergi membeli buku dan ketika
berada di dalam kereta, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri.
Suspek kemudian memberhentikan keretanya di kawasan perkuburan Cina dan
mengajak mangsa ke pondok tokong di kawasan itu sebelum mencabulnya dan
beredar dari kawasan itu, katanya.
Mangsa telah dihantar ke Hospital Slim River dan hasil pemeriksaan
mendapati tiada kesan mangsa diperkosa, katanya.
Othman berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. -
Bernama
--
Posted By apa tu to Says Blog on 6/26/2014 07:11:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.