SEGAMAT - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menerima nasib malang
apabila menjadi mangsa rogol dan dikurung selama lima hari oleh dua lelaki
yang baharu dikenalinya selama sebulan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata,
mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Segamat bersama keluarganya pada 25 September lalu.
"Mengikut keterangan mangsa, kali terakhir dia dirogol oleh suspek secara
bergilir-gilir pada 25 September di sebuah rumah tumpangan di Jalan Genuang
selepas diambil oleh suspek menaiki kereta di sekitar bandar Segamat pada
21 September lalu.
"Mangsa melarikan diri semasa suspek tidur sebelum pulang ke rumah
keluarganya. Pada awalnya, keluarga mangsa menyangkakan anaknya itu pergi
ke rumah salah seorang saudaranya memandangkan cuti sekolah dan tidak
menyangka suspek dikurung dan menjadi mangsa rogol," katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun dan mempunyai
ikatan kekeluargaan itu kemudiannya ditahan di rumah mereka di Jalan Buloh
Kasap, di sini, sejurus laporan polis dibuat.
Katanya, siasatan awal juga mendapati suspek menyewa sebuah rumah tumpangan
sejak beberapa hari lalu dan mengawasi mangsa secara bergilir-gilir supaya
mangsa tidak melarikan diri selain turut memberikan suspek makan dan minum.
"Siasatan lanjut juga sedang dijalankan sama ada mangsa telah dirogol di
tempat lain sebelum itu dan mangsa juga turut diarahkan menjalani
pemeriksaan kesihatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).
"Kedua-dua suspek juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hasil
pemeriksaan air kencing turut mendapati salah seorang suspek positif dadah
jenis Amphetamine," katanya.
Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah
Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 9/29/2015 01:29:00 PG
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.