Nilai: Akibat gagal membayar tunggakan bil utiliti dan sewa rumah
didiaminya bersama suami dan anak-anak, seorang wanita mendakwa menjadi
mangsa rogol oleh abang iparnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung
Gebok, Mantin di sini, dua bulan lalu.
Wanita berusia 31 tahun itu mendakwa kejadian pertama berlaku pada 17 Julai
lalu dan kejadian terakhir pada awal bulan lalu apabila abang iparnya itu
dikatakan berang selepas dia dan suami didakwa tidak pernah membayar sewa
serta melangsaikan bil utiliti sejak menetap di rumah berkenaan, kira-kira
dua tahun lalu.
Sumber berkata, sebelum kejadian itu, suspek dikatakan sudah lama berang
dengan mangsa dan suami apabila semua perbelanjaan harian dikatakan
ditanggung keluarga suspek dan nenek mangsa.
Menurutnya, rumah yang didiami itu dikatakan milik nenek mangsa yang
kemudian dibahagikan kepada dua iaitu satu bahagian didiami kakak mangsa
yang juga isteri suspek, anak serta neneknya manakala mangsa, suami serta
tiga anak mereka menetap di bahagian yang satu lagi.
"Selepas dua tahun tinggal di rumah itu, suspek mendakwa mangsa sekeluarga
tidak pernah membantu menjelaskan bil air, bil elektrik serta bayaran sewa.
"Berang dengan tindakan keluarga wanita berkenaan, suspek yang berusia
40-an dikatakan bertindak memanjat bumbung rumah mangsa kira-kira jam 12
tengah malam, 17 Julai lalu sebelum merogol mangsa," katanya.
--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 9/30/2015 08:08:00 PTG
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.