Kuala Pilah: Seorang pemandu lori sempat melemparkan senyuman selepas
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan
merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, November tahun lalu.
Tertuduh, Ahmad Affifuddin Ismail, 30, membuat pengakuan itu selepas
pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Sazlina Safie.
Dia dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di
Kampung Kikir, Bahau.
Perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa melahirkan bayi lelaki secara
songsang di sebuah klinik kesihatan di Bahau pada jam 9 pagi, 8 Ogos lalu.
Bayi seberat lebih satu kilogram selamat dilahirkan dan mangsa dibawa ke
Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah
(HTAN), Kuala Pilah.
Bagaimanapun, bayi terbabit meninggal dunia di HTAN akibat radang usus jam
4.40 pagi.
Selepas lebih sebulan menyembunyikan diri, tertuduh akhirnya ditahan polis
di rumah keluarganya di Kota Bharu, Kelantan, Khamis lalu.
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri memohon mahkamah
tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes berkenaan sangat
serius membabitkan kanak-kanak berusia 11 tahun, selain mengambil tempoh
lama membolehkannya ditahan.
Bagaimanapun, tertuduh diwakili Abdul Aziz Hamzah daripada Yayasan Bantuan
Guaman Kebangsaan Seremban memohon mahkamah menggunakan budi bicara bagi
membenarkan dia diikat jamin.
Sazlina kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 daripada
seorang penjamin.
Pada masa sama, mahkamah turut mengarahkan tertuduh melaporkan diri di
balai polis berhampiran sekali setiap bulan, selain melarangnya mendekati
mangsa atau keluarga hingga kes selesai.
Sazlina menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes berkenaan.
--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 10/21/2015 04:50:00 PTG
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.