Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang

Di Internet

http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Yahoo.com dan Google.com adalah antara dua nama domain yang terkenal
di Internet. Hampir semua pengguna Internet tahu akan dua nama ini dan
tentunya menggunakan ia setiap masa bagi mencari maklumat dan
komunikasi. Jika dahulu mempunyai nama domain merupakan satu yang
khusus untuk organisasi seperti perniagaan dan kerajaan namun kini
nama domain lebih mudah dan murah untuk dibeli.

Beli dengan Godaddy.com
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/06/godaddycom-affiliate-program.html

Mempunyai nama domain kini menjadi satu identiti yang perlu. Setiap
daripada pengguna Internet perlu mempunyai nama domain bagi pelbagai
keperluan. Sama ada nama domain dibeli untuk simpanan peribadi atau
nama domain digunakan bagi tujuan perniagaan atau tujuan-tujuan lain.
Dengan mempunyai nama domain, setiap perkara kini mempunyai
identitinya tersendiri yang boleh dikaitkan dengan diri pemilik nama
domain.

Malah terdapat kemudahan-kemudahan di Internet boleh dikaitkan dengan
nama domain yang anda miliki. Anda boleh mempunyai alamat email
sendiri dengan nama domain sendiri. Menulis blog yang mempunyai nama
domain tersendiri khusus untuk diri anda. Itulah keperluan nama
domain, menjadikan kehadiran anda di Internet lebih unik.

Dengan kemajuan teknologi Internet sekarang, nama domain semakin mudah
dibeli daripada pelbagai syarikat yang dikhususkan bagi menjual nama
domain.

Nama domain boleh dipelbagai dan yang penting adalah hujung nama
domain tersebut. Sama ada .com .net .org .info dan pelbagai. bagi
Malaysia penambahan .my bagi menunjukkan domain dibeli khusus untuk
Malaysia. Contohnya .com.my .net.my .org.my

Bagi tujuan membeli domain ia boleh dibeli melalui Internet itu
sendiri sama ada melalui laman web syarikat-syarikat yang menyediakan
kemudahan membeli domain secara online. Sebagai contoh adalah
Godaddy.com melalui laman

http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/06/godaddycom-affiliate-program.html

Pembelian boleh dibuat melalui pembayaran kad kredit atau wang
Internet seperti paypal.

Domain perlulah unik dan sewaktu pembelian sistem online akan
menentukan nama domain tidak dimiliki oleh sesiapa dan sekiranya ada
akan mencadangkan nama domain lain yang bersesuaian atau anda sendiri
menentukan nama lain yang sesuai.

Setiap domain yang dibeli perlu mempunyai komputer pelayan (server)
penyimpan nama domain atau DNS server. Bagi tujuan ini biasanya
syarikat yang menyediakan kemudahan pembelian domain turut menyediakan
kemudahan penyimpanan domain.

Bagi yang mahu mengendalikan nama domainnya sendiri boleh mencuba
perkhidmatan pelayan DNS percuma di http://www.everydns.net/

Bagi anda yang mengendalikan domain penting seperti gov.my atau
syarikat menyediakan laman web penting dalam segi capaian setiap masa
perlu mempunyai dns server ke dua atau secondary dns. Ia perlu
berasingan tempat dan ISP bagi tujuan memastikan salah satu DNS server
tidak dapat dicapai akan sentiasa memastikan domain sentiasa wujud di
Internet,

Bagi pembelian domain .my seperti .org.my com.my boleh merujuk lamn
mynic http://www.mynic.net/ bagi membuat permohonan.

Bagi organisasi yang mahu mengendalikan domainnya sendiri ia boleh
dilakukan dengan murah dengan penggunaan Linux, BIND DNS dan
perkakasan mudah.

Pastikan domain dimiliki oleh anda. Pastikan sekurang-kurangnya alamat
email yang anda gunakan untuk pendaftaran adalah milik anda dengan
anda seorang sahaja yang boleh membukanya.

Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai OS
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Sumber Terbuka Untuk Microsoft Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Wassalam.

Harisfazillah Jamel

http://blog.harisfazillah.info/

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini
dipasaran...

27 Jun 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

Buat Duit di Internet
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Untuk archive

http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/nama-domain-perlu-dimiliki-oleh-semua.html


Kirim email ke