Polisi Backup Untuk Organisasi Berdasarkan Sumber Terbuka

Di Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/07/polisi-backup-untuk-organisasi.html

http://cikgucyber.blogspot.com/

Dalam merangka polisi "backup" yang bersesuaian dengan sesebuah
organisasi, perkara-perkara berikut perlu diambil kira.

(1) "Backup" kepada tape drive adalah mengambil masa dan penambahan
masa bagi restore apabila ia dibandingkan dengan backup.

Sebagai contoh sekiranya "backup" mengambil masa satu jam, maka masa
"restore" boleh mencapai lebih kurang dua jam. "Restore" biasanya akan
membuat sistem operasi akan melakukan kerja tambahan untuk memastikan
data ditulis dengan betul. Iaitu penambahan "IO write and verify"
kepada cakera keras (hard disk).

(2) Ruang cakera keas yang besar boleh dibeli dengan murah. Khaskan
satu perkakasan dan satu bahagian cakera keras untuk tujuan "backup".

"Backup" pada "tape" hanya dilakukan untuk menyimpan data dalam cakera
keras simpanan backup diatas.

(3) Backup kini boleh dilakukan melalui rangkaian (LAN dan WAN) dan
automatik.

*** Cadangan ***

Untuk tujuan backup organisasi pilihan bagi saya adalah berikut

(A) Sebuah perkakasan akan dikhaskan untuk tujuan backup, dengan
kapasiti cakera keras (Hard disk) yang besar. Cakera keras perlu
menggunakan menggunakan teknologi RAID 5. Tidak perlu kad RAID
tambahan kerana sistem operasi seperti Linux dan FreeBSD boleh
melakukan RAID.

(B) Kerja salinan data adalah melalui rangkaian (network) setiap
komputer yang di backup ke cakera keras Server Backup. Salinan ini
perlu dilakukan secara automatik.

(C) Buat salinan Backup Server ke tape mengikut aplikasi dan script
secara automatik dan berkala.

*** Penjelasan ***

(A) Menyediakan perkakasan khas untuk tujuan backup. Penulis
menggunakan Linux Centos versi 5 dimana, tiga biji cakera keras
disatukan menggunakan RAID.

Sambungan ini boleh dirujuk bagi tujuan konfigurasi backuppc.

http://www.howtoforge.net/setting-up-lvm-on-top-of-software-raid1-rhel-fedora

(B) Backppc telah dipilih bagi tujuan salinan melalui Network.

Laman rasmi Backuppc
http://backuppc.sourceforge.net/index.html

Panduan Backuppc
http://www.howtoforge.net/linux_backuppc

Nota LinuxMalaysia tentang Backuppc
http://linuxmalaysia.harisfazillah.info/2008/06/setting-up-backuppc-centos-5.html

Dengan menggunakan Backuppc, salinan pelbagai komputer dapat dibuat
didalam cakera keras "Backup Server". Dengan mempunyai salinan didalam
cakera keras, "Restore" dapat dilakukan dengan cepat.

(C) Bagi tujuan buat salinan Backup Server ke Tape. Penggunaan arahan
tar boleh digunakan.

tar cvjf /dev/st0

Tujuan backup pada tape adalah untuk memastikan sebarang masalah
kepada Backup Server, kita tidak kehilangan data semua backup.

Modul Webmin File System Backup boleh digunakan

http://doxfer.com/Webmin/FilesystemBackup

*** Backup MySQL ***

Bagi tujuan Backup database Mysql, aplikasi berikut dicadangkan.

Zmanda Mysqlbackup
http://mysqlbackup.zmanda.com/

Automysqlbackup
http://sourceforge.net/projects/automysqlbackup/

Bacula
http://wiki.bacula.org/doku.php?id=application_specific_backups

Untuk backup Mysql Database dan database lain, saya akan tuliskan
dalam artikel lain.

*** Links ***

Linux Centos
http://www.centos.org/

Wikipedia - Backup
http://en.wikipedia.org/wiki/Backup


Dapatkan email-email tentang komputer dan Internet
http://groups.yahoo.com/group/haris/join

Wassalam.

Harisfazillah Jamel
http://blog.harisfazillah.info/

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini
dipasaran...

2 Jul 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...


This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.


Buat duit di Internet
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Untuk Archive

http://www.tipswanita.com/Computers/Polisi_Backup_Untuk_Organisasi_Berdasarkan_Sumber_Terbuka/


Kirim email ke