Kemerdekaan dan Perisian Sumber Terbuka (OSS)

Di Internet
http://blog.harisfazillah.info/2008/08/kemerdekaan-dan-perisian-sumber-terbuka.html

Tahun 2008 Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51.
Telah 51 tahun Malaysia membebaskan dirinya daripada pelbagai bentuk
penjajahan bermula daripada penjajahan politik dan pentadbiran negara
dan kemudiannya ekonomi.

Malaysia berjaya berdiri atas kaki sendiri dan makin yakin terhadap
diri kita sendiri.

Dunia ICT kini menjadi peneraju utama dalam ekonomi dunia. Kemajuan
yang pesat dan perkembangan teknologi ICT telah mewujudkan satu
keadaan kita terlalu bergantung kepada teknologi ICT untuk setiap
perkara dalam kehidupan manusia.

Komputer, Internet dan perisian kini menjadi keperluan utama kepada
setiap kegiatan manusia. Dimana-mana boleh dilihat komputer digunakan
dan hampir 90 peratus dipasang dengan sistem operasi Windows syarikat
Microsoft Amerika Syarikat.

Keadaan ini membolehkan syarikat-syarikat besar dalam ICT mewujudkan
satu keadaan monopoli. Kita seperti tiada pilihan. Tiada pilihan
sehingga dianggap menggunakan perisian tanpa membayar lesen merupakan
satu kesalahan jenayah.

Kita sebagai pengguna dan juga kerajaan dipaksa untuk membayar harga
pelesenan mencecah berjuta-juta ringgit Malaysia.

Berjuta-juta ringgit yang pengguna komputer Malaysia dan kerajaan
Malaysia bayar untuk bayaran perlesenan, hanya mengalir keluar
daripada negara Malaysia. Tiada kesan atau faedah yang jelas terhadap
kita rakyat Malaysia. Semuanya hanya harga diatas kertas.

Bayangkan sekiranya pembayaran perlesenan dialirkan kepada industri
ICT Malaysia, ia boleh menjanakan pelbagai peluang dan tindakan yang
boleh menghasilkan pelbagai kesan positif terhadap industri ICT Malaysia.

Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan
untuk tujuan penyelidikan dan kembangkan kemajuan ICT negara Malaysia.
Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan
untuk latihan tenaga manusia agar lahir pakar-pakar ICT.
Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan
untuk mendapatkan sokongan teknikal dan perkhidmatan dalam negara.

Perkara-perkara diatas membolehkan Malaysia tidak terlalu bergantung
kepada syarikat-syarikat ICT negara luar dan aliran keluar ringgit
Malaysia dapat dikurangkan. Adalah baik duit tersebut digunakan untuk
pembangunan sumber manusia bidang ICT yang membolehkan Malaysia
bersaing dengan lebih baik lagi.

Malah ada usaha untuk meningkatkan harga perlesenan tanpa memikirkan
akibat kepada perbelanjaan kerajaan Malaysia. Kos perlesenan dinaikkan
semata-mata untuk keuntungan tanpa rasa perlu ambil berat terhadap
keperluan negara Malaysia. Ini adalah kerana syarikat-syarikat ICT ini
bukanlah berasal daripada Malaysia.

Penjajahan bentuk baru. Menekan sesebuah negara dengan bayaran perlesenan.

Kita perlu merdekakan diri kita daripada penjajahan ICT ...

Open Source Software (OSS) atau Perisian sumber terbuka mewujudkan
satu lagi pilihan kepada Malaysia. Perlesenan bagi perisian sumber
terbuka (OSS) adalah percuma. Ia boleh dimiliki tanpa perlu membayar
apa-apa kos perlesenan.

Perisian sumber terbuka (OSS) bukan sekadar percuma daripada segi
harga perlesenan. Free dalam maksud OSS, bermaksud perisian sumber
terbuka, boleh dimuat turun sebanyak mana pun, boleh disalin sebanyak
mana pun, boleh dipasang sebanyak mana pun dan boleh disebarkan semula
sebanyak mana pun, tanpa sekatan perlesenan.

Lagi membezakan perisian sumber terbuka (OSS) dengan yang lain adalah
kod sumber, iaitu bagaimana ia dibangunkan, boleh didapati dan
disebarkan. Malah perlesenan sumber terbuka, membolehkan kod-kod
sumber tersebut diubah dan dibaiki oleh mana-mana individu dan pihak,
dengan syarat perubahan yang dilakukan dikongsikan semula kepada
pembangun perisian sumber terbuka (OSS) dan orang ramai dan
mengekalkan bentuk asal perlesenan.

Perisian Sumber Terbuka (OSS) mewujudkan keadaan budaya pembangunan
yang berlainan daripada cara-cara sebelum ini. Pembangunan perisian
sumber terbuka (OSS) boleh dilakukan secara bersama, melalui Internet
tanpa perlu para pembangunnya duduk dalam satu tempat. Ia turut
mewujudkan apa yang dikatakan usaha gotong royong, kerja sama antara
para pembangun perisian daripada pelbagai pelusuk dunia saling
menyumbang menghasilkan perisian sumber terbuka (OSS).

Gotong royong ini membolehkan perisian sumber terbuka (OSS)
dibangunkan menggunakan hasil pengalaman dan pengetahuan pakar-pakar
serata dunia, mewujudkan kawalan mutu yang tinggi dan sistem
pertolongan dalam talian dalam pelbagai cara komunikasi Internet sama
ada Email, IRC, Forum, blog dan pelbagai lagi.

Kekuatan gotong royong ini menghasilkan sistem operasi Linux, Desktop
Gnome dan KDE dan OpenOffice.org yang mampu malah telah menggugatkan
pelbagai perisian lesen berbayar.

Keterangan lanjut mengenai Open Source Software di
http://www.opensource.org/

Pada 19 Jun 2002, Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk
menggalakkan penggunaan aplikasi sumber terbuka (OSS) dalam sektor
awam. The Malaysian Administrative Modernisation and Management
Planning Unit (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri telah dimandatkan untuk
mengetuai dan melaksanakan OSS dalam sektor awam.

Pada 16 Julai 2004, Malaysian Public Sektor OSS Master Plan (OSS
Master Plan) telah dikeluarkan sejajar dengan pelancaran Open Source
Competency Centre (OSCC) MAMPU.

Baca lanjut mengenai OSS Master Plan dan OSCC MAMPU di

http://opensource.mampu.gov.my/
http://www.oscc.org.my/

Sama ada pihak kerajaan atau rakyat Malaysia, kita perlu mempunyai
pilihan dan pilihan itu adalah perisian sumber terbuka (OSS).
Pilihan-pilihan dalam industri ICT akan memastikan kita tidak dijajah
melalui kuasa monopoli ekonomi dan teknologi.

Kita bukan sahaja hanya menggunakan perisian sumber terbuka (OSS),
malah kita perlu budayakan cara pembangunan OSS dalam dunia ICT
Malaysia. Sama-sama gotong royong membangunkan perisian sumber terbuka
(OSS) sama ada oleh kita dan untuk kita. Atau sama-sama menyumbang
dengan masyarakat antarabangsa, menaikkan nama Malaysia di mata dunia
dalam bidang ICT dan perisian sumber terbuka (OSS).

Anda boleh mula menyumbang dengan menyertai dan menyumbang di
Knowledge Bank OSCC MAMPU

http://knowledge.oscc.org.my/

OSCC MAMPU turut keluarkan perisian Mymeeting dengan perlesenan OSS.
Ini membolehkan orang ramai terlibat dalam pembangunan perisian
MyMeeting. Sila lawat laman web

http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting

Kita perlu merdeka daripada penjajahan ICT.

Senarai aplikasi OSS yang boleh digunakan

http://linuxwanita.blogspot.com/

Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/ atau email kepada

[EMAIL PROTECTED]

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

18 Ogos 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di
Putra Online Malaysian Products And Services Directory
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Untuk Archive

http://www.tipswanita.com/Computers/Kemerdekaan_dan_Perisian_Sumber_Terbuka_OSS/


Kirim email ke