bila cakap sesuatu yang negative kenapa dilihat sebagai satu penghinaan? tak boleh ke dibuat sebagai satu pengajaran supaya insaf dan sedar diri dan perbaiki lagi mana yang patut. memang ada orang melayu yang dah berubah tapi berapa kerat? yang banyak keratnya yang masih ditakuk lama.
dulu definasi orang melayu pernah ditulis dalam sebuah encycopledia membawa maksud ' sebagai pemalas' boleh rujuk ni this is part of history. atas desakan pemimpin malaysia waktu tu definasi tu telah diubah. kalau bangsa yang pernah menjajah kita pun boleh definasikan begitu takkan nak duduk diam aja.
sebenarnya dah terlalu lama orang melayu ni duduk di comfort zone, DEB diwujudkan pun utk bantu orang melayu tapi tercapai ke? fikir sendiri tuhan bagi akal gunakan sebaik mungkin

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum semua,
 
Apa pasal suka hina bangsa sendiri?Lepas tu cuba kait dengan agama. Orang melayu banyak yang sudah berubah.Perangai pemalas ni bukan setakat bangsa Melayu tetapi bangsa lain juga. Ada bangsa yang kuat menipu,kalau tak pandai masuk universiti,ada yang melacur,jual CD,jadi along, jadi kaki pukul, jadi penjual CD di petaling street. Tak hina pun bangsa diorang sendiri dan hantar kat email.
 
Ada yang minum samsu, jadi samseng, kalau pusat hiburan eksluklusif separuh penuh dengan bangsa tu.Tapi,saya tak pernah tengok orang mereka hina bangsa mereka dalam email,wawancara dan macam-macam lagi.
 
Tak ada yang puji bangsa sendiri yang bangun subuh toreh getah,banting padi sampai nak bengkok tulang belakang darimuda sampai ke tua. Tak ada orang yang nak puji orang Melayu yang pandai yang jadi cendekiawan di universiti,professional ,business dan macam2lagi. Kalau orang cakap bantuan kerajaan, kerajaan yg bantu itu siapa yang pegang. Kalau ada yang salah, siapa yang pin point kesalahan tu kalau bukan juga orang melayu?
 
Jadi fikir sendiri,awak tu apa yang anda dah buat untuk tolong bangsa sendiri dan orang yang seugama dengan anda. Fikir sendiri,ada tak bangsa lain tulis email kutuk bangsa sendiri lepas tu hantar dalam mailing group yang semua bangsa boleh baca.
 
Yang malas itu individu,bukan bangsa...

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
kenapa melayu pemalas ye? orang arab satu lagi pemalas
dalam dunia ni.nak dikaitkan dengan islam pun malu,
walau pun nabi tu lahir di sana tapi tak mampu
mengubah sikap penyakit M ni.
sewaktu di luar negara saya telah menonton satu
documentary tentang orang melayu pemalas ni, waktu tu
satu rumah hangat hati tengok. fakta dalam documentary
tu semua betul, sampai british terpaksa bawa masuk
bangsa asing nak memajukan tanah melayu masa tu.
sekarang ni dalam kerja seharian saya masih lagi
berdepan dengan bangsa pemalas ni. walau pun dah
diberikan kesedaran, pelbagai program motivasi...there
is something we cant change from these people...jangan
marah kalau bangsa lain kutuk orang melayu pemalas...
--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> Saudara orang Kedah memperkatakan tentang sikap
> orang Melayu di 5 negeri yang saudara lalui. Orang
> Pahang? Orang Pahang pemalas. Ini diperkaui sendiri
> oleh pensyarah saya orang Melayu Pahang. Katanya
> orang Melayu Pahang malas kerana banyak tanah. Lepas
> kerbau banyak-banyak. Masa nak duit tangkap kerbau
> dan jual. Silap beliau cakap silaplah saya. Orang
> Kedah juga pemalas. Datanglah ke Sungai Petani. Cuba
> cari kalau restoran dan kedai runcit Melayu. Yang
> ada cuma ada milik Melayu Mamak. Kalau ada yang
> berniaga makan pun warong tepi jalan. Lebih sikit
> kedai makan ala Thai milik Melayu Pattani. Ini belum
> lagi bisnes lain yang lebih besar. Kalau ada pemaju
> Melayu mereka ambil tender sahaja lepas itu sub
> kepada kontraktor bangsa Cina.
>
> [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED]
> wrote:good article to share!
>
> Nurazura Suria <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Bacalah kalau nak tahu.......
> CUTI-CUTI MELAYU
>
> Baru-baru ini penulis sengaja mengambil cuti setelah
> beberapa minggu
> tidak dapat bercuti dengan sebenar-benarnya,
> walaupun di hujung minggu.
> Cuti yang pendek itu, lebih tepat dikatakan sebagai
> cuti untuk memandu
> pergi dan balik ke Kuantan, bukannya cuti untuk
> berehat di Kuantan.
> Walaubagaimanapun, penulis tidaklah terasa sangat
> penatnya kerana
> penulis memang suka memandu jauh-jauh, tenangkan
> fikiran sambil
> menikmati pemandangan. Lebih-lebih lagi, penulis
> sebenarnya hanya ingin
> lari sekejap dari memikirkan soal kerja.
>
> Bermula dari Kedah, penulis memandu melalui Perak,
> bermalam di rumah
> saudara di Kuala Lumpur kemudian ke Kuantan, Pahang
> dan tinggal dua
> malam di sana. Tujuan? Tidak ada tujuan sama sekali.
>
> Perjalanan balik pula, penulis melalui Cherating,
> terus ke Kuala
> Terengganu
> (PAS) kemudian masuk Kelantan (PAS), melalui
> Jalanraya Timur Barat,
> tembus ke Baling (PAS) sebelum melalui Lunas (ADIL)
> untuk pulang ke
> rumah penulis. Penulis telah berhenti di beberapa
> tempat sekadar untuk
> menikmati pantai yang indah sepanjang Terengganu dan
> ada kalanya penulis
> juga berhenti untuk membeli belah dan makan.
>
> Sengaja penulis menekankan tempat-tempat 'jajahan'
> pembangkang itu di
> sini kerana penulis teringatkan satu kain rentang di
> Terengganu mengenai
> Seminar bertajuk "Ke Arah Mengekalkan Kemenangan"
> dengan 'penampilan
> khas', Wan Azizah. Mata penulis terpaku ke arah
> tajuk itu kerana penulis
> tak dapat membayangkan bagaimana mungkin terdapat
> rakyat yang menyokong
> golongan ini yang hanya memikirkan tentang kuasa
> atau kemenangan dalam
> pilihanraya? Secara nyatanya, seminar itu
> menunjukkan yang memang itulah
> satu-satunya matlamat mereka berpolitik iaitu untuk
> berkuasa dan untuk
> menang semata-mata. Bagaimana kehidupan rakyat dan
> ke mana arah rakyat
> hendak dibawa, bukan soalnya. Hala tuju agama,
> bangsa dan negara juga
> bukan soalnya. Soalnya hanyalah menang dan kekal
> menang! Penulis
> menggelengkan kepala mengenangkan bagaimana mudahnya
> bangsa Melayu
> terpedaya oleh mereka.
>
> Fikiran penulis tidaklah pula hanya berkisar soal
> politik sepanjang
> perjalanan tersebut, malah politik hanya menerjah ke
> dalam kepala
> penulis selama beberapa minit (terutama bila
> terlihat bendera UMNO lebih
> banyak dari bendera PAS di Terengganu) berbanding
> beberapa jam
> perjalanan yang bagaikan tiada penghujung itu.
>
> Seorang wanita penjual baju-baju batik santai yang
> menyapa penulis di
> sebuah kedai di Cherating telah menarik perhatian
> penulis. Ini kerana
> loghat Amerikanya yang pekat dan tidak bertepatan
> dengan penampilan
> dirinya yang 'sebiji' seperti Minah Ganu dengan baju
> kurung lusuhnya dan
> tudung sederhananya. Setelah membeli belah sambil
> berbual dengannya dan
> juga orang-orang sekeliling, penulis mendapat tahu
> yang dia berbangsa
> Jepun dan menetap di Amerika sebelum jatuh cinta
> dengan lelaki
> Terengganu ketika melancong ke sini, lalu terus
> menetap di sini.
>
> Namun, ini bukanlah sesuatu yang baru, apa yang
> penulis ingin kongsi di
> sini ialah cerita orang-orang sekeliling tadi bahawa
> wanita
> Jepun-Amerika-Terengganu inilah yang memberi idea
> untuk mereka berniaga,
> membuka chalet dan juga menjual pakaian selain
> mengusahakan batik di
> kedai yang sempit itu untuk tontonan pelancong -
> sekadar untuk perubahan
> dan menambah pendapatan. Terus saja fikiran penulis
> terkenang betapa
> bangsa kita tidak mampu mengubah atau meningkatkan
> taraf hidup sendiri
> tanpa idea dari orang lain. Ini kerana idea hanya
> datang dari
> pengetahuan manakala pengetahuan hanya datang dari
> pembelajaran,
> pengalaman ataupun pembacaan. Sedangkan bangsa kita
> tidak suka belajar,
> membaca, jauh sekali mengembara atau meneroka. Lalu
> bagaimana mungkin
> akan datangnya idea? Bagaimana mungkin boleh
> mengubah keadaan hidup dan
> pemikiran?
>
> Pendapat penulis ini dikuatkan lagi apabila penulis
> berjumpa dengan
> sepasang pelancong Amerika yang menjual minuman tin
> untuk mengumpul wang
> untuk pulang ke negara asal mereka. Kedatangan
> mereka dengan wang yang
> hanya cukup untuk datang tetapi bukan untuk pulang,
> adalah sekadar
> mencuba atau memperjudikan nasib untuk melihat
> negara orang. Penulis
> memang telah lama ingin mencuba sesuatu seperti ini,
> iaitu mengambil
> risiko merantau ke negara orang tanpa persiapan
> rapi, tetapi sehingga
> kini masih belum berkesempatan. Apa yang penulis
> lihat ini penulis
> ceritakan pada rakan-rakan sepejabat apabila mereka
> bertanya apa penulis
> buat semasa cuti 'panjang yang pendek' itu? Namun,
> cerita penulis
> tentang sepasang pelancong tadi rata-ratanya hanya
> mengundang pendapat
> bahawa ianya adalah perbuatan gila dan tak masuk
> akal.
>
> Penulis kesal, kerana ini memperlihatkan peribadi
> kebanyakan bangsa
> Melayu ialah tidak mahu susah-susahkan diri. Mereka
> tidak ingin mencari
> pengalaman. Mengembara adalah perbuatan gila. Mereka
> impikan yang
> hebat-hebat belaka, semuanya ingin menjadi ketua,
> ingin sentiasa dalam
> keadaan selesa. Tinggal di dalam pondok kerana
> mencari pengalaman
> seperti sepasang pelancong tadi adalah gila.
> Meneroka hutan belantara,
> melihat orang asli dan tinggal di sana beberapa hari
> tentulah lebih gila
> lagi.
>
> Bukanlah penulis menyatakan yang semua orang perlu
> mempunyai minat yang
> sama iaitu mengembara tetapi mentaliti yang sama ini
> jugalah yang
> diserapkan dalam pembelajaran, pekerjaan, agama
> serta politik kita.
> Mereka ingin ambil mudah, selesa dan kelihatan
> hebat.
>
> Dalam pelajaran, anak-anak Melayu hanya belajar dan
> menghafal apa yang
> di dalam buku, sedangkan persekitaran, pergaulan dan
> segala sesuatu yang
> terserap oleh pancaindera tidak dijadikan sumber
> pembelajaran juga.
> Mereka malas memikirkan tentang perkara yang tidak
> ada di dalam buku
> teks itu. Kerana itu, walaupun mereka cemerlang di
> dalam pelajaran,
> tidak bermakna mereka juga pandai dalam pergaulan,
> kehidupan dan
> pekerjaan.
>
=== message truncated ===



           
__________________________________
Meet your soulmate!
Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather
http://asia.yahoo.com/meetic






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Nashrul Fazli Mohd Nasir


Discover Yahoo!
Get on-the-go sports scores, stock quotes, news & more. Check it out!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".


Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Reply via email to