Assalamualaikum...

Komen Saudara Iskandar memang betul... Matlamat perkahwinan adalah
mengelakkan penzinaan. Kita tak boleh nak halang pihak pompuan letak RM12k
ke RM24k ke. Tu hak dia. Tapi kalau la golongan yang Baitulmal nak Tanggung
ni yang hantarannya RM24k, lupakan la.

Pendapat saya, tak salah membantu tapi perlu ada kriteria. Contoh, siapa2
yang berpendapatan kurang RM1000 sebulan dan mempunyai tanggungan seperti
adik beradik yang masih sekolah dan ibu bapa, mereka ini layak. Tapi tengok
gak berapa hantarannya. Kan? Kalau hantaran tak pasal2 RM6k, Baitulmal
tanggung gak, akan datang kita dengar orang cakap "Mahalnya hantaran?" "Apa
susah! Baitulmal ade..."

Satu lagi, saya tak galakkan anda bagi zakat pada orang yang anda tau
susah. Bagaimana orang yang nada tak tau? Nak biarkan dia terus makan siput
babi? Itu baiknya kita bagi kepada amil2. Kalau sistem amil nih tak betul,
Allah tak ciptakan jawatan amil. Kalau ada penyelewengan adalah antara
mereka. Tapi kita pun bersubahat sebab biarkan si penyeleweng nih terus
berkuasa. Ye tak?

Wallhu'alam...



                                                                                
                                                        
                      [EMAIL PROTECTED]                                         
                                                    
                      xom.com                        To:      
hidayahnet@yahoogroups.com                                                
                      Sent by:                       cc:                        
                                                        
                      [EMAIL PROTECTED]          Subject: Re: Bismillah 
[hidayahnet] Baitulmal tanggung kos perkahwinan?            
                      s.com                                                     
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                      07/22/2005 09:03 AM                                       
                                                        
                      Please respond to                                         
                                                        
                      hidayahnet                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        



Waalaikumslam,

Ingin saya menyumbang pendapat. Tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan
zuriat dan membina institusi keluarga. Selain daripada itu, ia juga
bertujuan memartabatkan wanita. Dengan demikian tak perlu lagi orang
perempuan jual diri kerana terdesak dan darurat (sila rujuk kenyataan Datuk
Dr Masyitah, Professor Kajian Hadis dan Wahyu UIAM - betul ke ni?) melalui
kaedah GRO.

Dewasa ini kita biasa dengar hantaran perkahwinan semakin meningkat. Tak
boleh komen banyak sebab itu hak perempuan dan keluarga mereka. Tapi
kesannya cukup mendalam kepada diri sang teruna. Berhempas pulas untuk
makan, apatah lagi kena ikat perut untuk sediakan nilai tersebut. Keluarga
lelaki tentu mengeluh untuk 'up'kan standard berdasarkan perspektif orang
lain - seerti dengan sedara mara dan jiran tetangga serta kenalan -. Jadi
belanja perkahwinan meningkat lagi. Begitu juga dengan keluarga perempuan.
Supaya Hari Kebesaran Raja Sehari akan tampak seperti 'Diraja'. Tapi adakah
kita nampak akan pembaziran yang akan berlaku? Tentu saya akan terima
kritik. Tak apa lah...

Menyentuh isu, kalau tak disediakan jumlah bantuan tersebut, maka akan
berlaku pasangan tak berkahwin dan berkemungkinan tinggal bersama. Dalam
bahasa syariah, bersekududukan. Kalau agenda kerajaan berdasar pilihan
rakyat untuk tidak keluarkan belanja ini, maka banyaklah perbendaharaan
akan kutip jumlah kompaun 'tangkap basah'. Tetapi masalah ini tak selesai
sebab keluar mahkamah, status perkahwinan tak berubah, malah meningkatkan
tekanan lagi serta perasaan malu. Berkemungkinan besar, peningkatan
'keterjumpaan' bayi terbuang atau anak terbiar akan meningkat. Ini menambah
bebanan kepada Jabatan kebajikan Masyarakat yang tidak cukup sumber dan
kakitangan.

Mungkin perlu kita ambil iktibar, dengan jihad halus ini, kita dapat
mengurangkan beban sosial terhadap mereka yang terlibat - seerti memerlukan
bantuan segera sementara masa masih ada - dan kita boleh bina agama,
masyarakat dan bangsa sebagai dihormati.

Sekian pandangan untuk ulasan lanjut.

Sofea Khadeeja wrote:
      Assalamualaikum.. Bagi pendapat saya... saya tidak bersetuju dengan
      memberi bantuan pada pasangan yang hendak berkahwin mandapat skim
      baitumal ini... kalau ada hajat hendak mendidirikan rumah tangga...
      duit kenalah simpan sendiri... tempoh pertunangan tu kan ada.. ambil
      lah waktu itu untuk mengumpul wang untuk perbelanjaan perkahwinan..
      itu pendapat saya.... waalaikumsalammmmmmmmmm

      [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
       Any comment? saya ni bukan arif pasal duit zakat ,i prefer bagi
       sendiri pada orang yang saya tahu susah tak pernah bagi kat
       baitulmal pun

       Kahwin percuma di Kuala Lumpur


       KUALA LUMPUR 14 Julai - Baitulmal Wilayah Persekutuan berhasrat
       untuk menanggung sepenuhnya kos perkahwinan bagi pasangan kurang
       berkemampuan yang ingin mendirikan rumah tangga di bawah Skim
       Perkahwinan.


       Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Che Mat Che
       Ali berkata, pada masa ini skim yang diperkenalkan pada tahun 2000
       itu, Baitulmal memberi bantuan untuk membiayai sebahagian sahaja kos
       perkahwinan ataupun sehingga RM3,000.


       ``Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi kurang
       berkemampuan boleh tuntut agihan ini daripada Baitulmal oleh kerana
       pada hari ini ramai generasi muda yang tidak kahwin,'' katanya.


       Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
       (Mawip) berkata demikian kepada pemberita pada bengkel
       penambahbaikan skim agihan zakat era millenium Mawip di sini, hari
       ini.


       Che Mat berkata, lelaki yang berpendapatan kurang RM1,024 sebulan
       layak untuk memohon bantuan Skim Perkahwinan itu.


       Beliau berkata, pihaknya akan meningkatkan promosi skim itu dengan
       harapan lebih ramai lagi generasi muda mendirikan rumah tangga dan
       tiada lagi alasan tidak berkahwin kerana tidak berkemampuan.


       ``Sejak tahun 2000 tidak sampai 100 orang yang memohon skim ini
       untuk mendirikan rumah tangga,'' katanya.


       Beliau berkata, selain itu Baitulmal bercadang untuk mengkaji semula
       pelbagai skim bantuan sedia ada selain mewujudkan skim-skim baru,
       seperti skim biasiswa kecemerlangan akademik dan skim untuk individu
       yang ditimpa kecelakaan dan musibah.


       ``Sekarang ini ada 17 skim dan kami bercadang untuk menambahnya
       kepada 32 skim,'' katanya. - Bernama


       ``Baitulmal juga berhasrat untuk mengagihkan semua wang kutipan pada
       tahun ini dan tidak mahu ada yang disimpan. Tahun lepas sebanyak
       RM30 juta lebihan kutipan tersimpan dan anggaran kutipan tahun ini
       pula sebanyak RM100 juta,'' katanya.


       Beliau berharap mereka yang layak untuk mendapat bantuan supaya
       tampil bagi membuat permohonan.


       Bagaimanapun bantuan perlu dibuat mengikuti syarat ditetapkan bagi
       mengelakkan penyalahgunaan agihan wang zakat, katanya


       Meet your soulmate!
       Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather
                               YAHOO! GROUPS LINKS

              Visit your group "hidayahnet" on the web.

              To unsubscribe from this group, send an email to:
              [EMAIL PROTECTED]

              Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of
             Service.





      Start your day with Yahoo! - make it your home page




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



                                                            SPONSORED LINKS
                                                                 
 Divine inspiration                               Islam          
                                                                 


                            YAHOO! GROUPS LINKS

       Visit your group "hidayahnet" on the web.

       To unsubscribe from this group, send an email to:
       [EMAIL PROTECTED]

       Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke