tm-hidekan id saya.gunakan zam shj

Assalamualaikum.........

Pada pandangan mata bukan anak kelantan atau yang tak pernah g kelantan.
mungkin mereka-mereka ni akan terpengaruh dengan propaganda2 yang UMNO
war-warkan. bagi saya kelantan tak mundur dan tak juga maju. rakyat
kelantan hidup serba sederhana.

betul,tak ada tempat shopping yang grand kat sana, tak de nya bangunan2
pencakar langit. TAPI.......kenapa kebanyakan dari kita kalau nak shopping
tetap gak pilih kelantan.

saya sarankan kat kengkawan semua cuba bercuti ke kelantan dan anda akan
dapati apa yang UMNO cakap tu tak benar.




                                                                                
               
                    @                                                           
               
                    Sent by:                To:     hidayahnet@yahoogroups.com  
               
                    [EMAIL PROTECTED]        cc:                                
                
                    groups.com              Subject:     Bismillah [hidayahnet] 
Re: 12 tahun   
                                            Umno tadbir Kelantan, Pasir Mas 
tidak berubah      
                                                                                
               
                    11/11/2005 01:06                                            
               
                    AM                                                          
               
                    Please respond                                              
               
                    to hidayahnet                                               
               
                                                                                
               
                                                                                
               




Mengapakah setiap pilihanraya, pemerintah (BN) akan menggunakan hujah
pembangunan yang akan di bawa oleh mereka. Seandainya mereka orang yang
benar menepati janji, bagaimana dengan janji janji pembangunan yang ingin
dibawa mereka di kawasan DUN, Parlimen dan negeri pemerintahan mereka
sendiri?

Tidak kah anda, rakyat Malaysia yang membaca akhbar setiap hari, yang
menonton berita TV  setiap hari, dapat melihat kemiskinan rakyat dipelbagai
ceruk negara terutama di kawasan DUN, Parlimen dan negeri pemerintahan BN
sendiri?

Kelantan yang dikatakan mundur, sememangnya diakui oleh semua sebagai
begitu. Namun dalam kemundurun itu, Kelantan adalah sebuah negeri yang
telah berjaya mengurangkan hutang mereka dengan efektif sekali.

Ingatlah saudara dan sahabatku, walau apa perbedaan politik di Kelantan,
ianya merupakan sesatunya negeri yang diperintah sepenuhnya oleh kerajaan
Melayu dan Islam. Membantu menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan serupalah
seperti anda mengkhianati bangsa Melayu itu sendiri.

Rumah rumah judi dan maksiat serta kedai arak akan berluasa di negeri yang
telah berjaya mengurangkannya pada kadar minima. Tempat tempat inilah yang
akan meracuni generasi generasi anak Melayu / Islam yang akan datang. Fikir
fikirkanlah.



syed dahij <[EMAIL PROTECTED]> wrote:


 12 tahun Umno tadbir Kelantan, Pasir Mas tidak berubah
 Thursday, November 10 @ 18:33:47 MYT


 PASIR MAS, 10 Nov (Hrkh) ? Pembangunan. Inilah satu-satunya modal yang
 mampu dibawa Umno berdepan dengan pembangkang setiap kali menghadapi
 pilihan raya. Tidak terkecuali juga dengan pilihan raya kecil DUN
 Pengkalan Pasir, 6 Disember ini.

 Sejak dahulu sehingga sekarang, itulah satu-satunya isu yang 'sehidup
 semati' dengan parti berteras kebangsaan itu. Anehnya pada pilihan raya
 umum lalu, isu Islam Hadhari diketengahkan, namun pilihan kecil ini tidak
 lagi diminati.


 Apa puncanya, mungkin penduduk di Pasir Mas yang mewarisi paling banyak
 institusi pengajian pondok di Kelantan suatu ketika dahulu hanya mampu
 ketawa bila disebut Islam Hadhari.


 Mereka mendalami ilmu agama sejak turun temurun, bukan sekadar ketika
 munculnya Islam Hadhari sekarang. Biar pun banyak pusat pengajian pondok
 lain sudah 'berkubur' namun Pondok Lubuk Tapah, di Lemal masih lagi
 mempunyai ratusan pelajar.


 "Islam Hadhari hanya untuk Dato' Seri Abdullah dan bukan untuk rakyat di
 sini," katanya Mustafa Awang Senik, 55 dari Kampung Jias di sini.


 Rakannya, Abdul Rahman, 57 pula berkata, ketika Umno bertapak di Pasir Mas
 sebelum 1990, parti itu tidak melakukan apa pun, seperti yang cuba
 diungkit semula hari ini.


 Menurutnya, dalam tempoh 12 tahun menguasai kerusi di Pasir Mas Umno tidak
 pula melaksanakan apa yang disebut sekarang kecuali membina jalan raya
 yang menghubungkan Pasir Mas ? Rantau Panjang dan jambatan Salor.


 "Tidak ada apa pun yang mampu dimegahkan di kawasan bandar Pasir Mas
 dibina di zaman Umno mentadbir negeri ini. Ketika itu hanya bangunan kayu
 yang menghiasi bandar ini.


 "Kalau sekadar jalan raya dan jambatan itu sebenarnya projek lama yang
 dirancang dalam Rancangan Pembangunan Negara. Dan kalau sekadar hendak
 bercakap pembangunan semata-mata menghadapi pilihan raya kecil, ia sudah
 terlambat," katanya.


 Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri akan
 melaksanakan beberapa prasarana membabitkan peruntukan lebih RM5 juta di
 bandar Pasir Mas bagi manfaat rakyat.


 Projek tersebut termasuk pembinaan sistem perparitan yang lebih sempurna
 melibatkan peruntukan sebanyak RM200,000 dan gerai niaga (RM50,000) bagi
 menggantikan lapan gerai yang terbakar awal Ramadan lalu.


 Bagaimanapun pembinaan lintasan landasan kereta api yang sepatutnya
 dilaksanakan kerajaan Pusat masih belum menjadi realiti, biar pun ia sudah
 lama dibangkitkan.


 Landasan yang terletak di tengah-tengah bandar Pasir Mas menjadi faktur
 menyebabkan kesesakan lalu lintas yang begitu ketara. Setiap kali kereta
 api melintas jalan raya di kawasan itu terpaksa ditutup sehingga
 menyebabkan kesesakan.


 Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan
 Pembangunan Masyarakat Kelantan Husam Musa berkata, sekiranya kerajaan
 Pusat tidak berminat meneruskan projek tersebut, kerajaan negeri terpaksa
 mencari peruntukan lain bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang berlaku
 sekarang.


 "Pembinaan infrastruktur terbabit tiada kaitan dengan pilihan raya kecil
 kawasan DUN Pengkalan Pasir. Ia disegerakan bagi mengurangkan masalah
 trafik di kawasan bandar," ujarnya.
 - mJ


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo!
Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



                                                            SPONSORED LINKS


                                                        
 Divine inspiration                        Islam        
                                                        



                            YAHOO! GROUPS LINKS

      Visit your group "hidayahnet" on the web.

      To unsubscribe from this group, send an email to:
      [EMAIL PROTECTED]

      Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.










------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke