Alahai cik Suria, kat mana2 pon ada penduduk miskin yg terbiar tak terbela... jgn khususkan satu2 tmpt je.. tengok sajelah rancangan program Bersamamu TV3.. seluruh negara masih ada golongan termiskin yg tak dibela... buatlah statistik sendiri... yg selalu keluar dlm media elekrtonik / media cetak mmg lah ramai dari Kelantan,  (sbb tau2lah media malaysia ni dah dikawal ketat oleh satu parti.. keburukan org lain yg 1 negeri tu digembar-gembur, pekong sendiri yg 13 negeri tu disorok2)... semua ada politic's agenda... terutama skarang ni yg tgh hangat berkempen utk Pasir Mas.... Malaysia ni harap aje ada Sultan/kerabat diraja yg kaya-raya serta pemerintah yg terkejar2 kemajuan nak tunjuk hebat dipersada global & glocal. Mereka2 nilah yg kita daulat + martabat + julang + junjung, tapi t/jwb paling utama ntah tercicir kemana... Sepatutnya adanya mereka2 spt itu maka tiadalah timbul masalah rakyat miskin & merempat... tapi, kenapa masih ada?  Jawapan mereka pasti berbunyi begini - ORANG MELAYU NI PEMALAS.....Tp dlm pada tu wang PPRT seronok plak diseleweng.. Nnt mereka tanya pulak, MANA BUKTI?? (sbb dia tau media, polis, BPR, hakim semua ditgn mereka...) haii.. ntahlah...
 
Dan jgn ingat FIL(father in law) sedari saje yg buat kerja beramanah spt itu , ramai lagi yg buat termasuklah FIL saya... anyway tahniah & bersyukur atas jasa baik FIL tu, semoga ramai lagi akan menjadi pengganti... tapi tulah, golongan marhaen juga yg susah-payah bela nasib mereka yg tak terbela... org2 yg spt disebutkan diatas? ... haii.. tak taulah...
 
Maaf ye.. sekadar berkongsi pendapat...
 
★anak jati Johor Darul Takzim★

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Orang Kelantan hidup melarat ke? Saya orang Kelantan duk di Kedah. Semenjak duduk di sini jarang sangat nak jumpa rumah batu orang Kedah besar-besar dan cantik rekabentuknya macam orang Kelantan punya (maaf ya orang Kedah). Kalau Cik Suria pernah ke Kelantan Cikk Suria boleh lihat sendiri dan buat perbandingan. Jangan berbohong. Orang Kelantan miskin? Pendapatan rendah sedikit mungkin ya. Tapi isteri saya beli timun (sayur) di Pasar Wakaf Che Yeh RM7.00 dapat satu beg plastik besar, terpaksa saya pikul atas bahu. Di Kedah tempat saya tinggal beli RM7.00 dapat berapa biji je! Pendapatan rendah sikit tak apa asalkan makan mewah. Belia Kelantan pakai jeans Levis buatan Siam harga tak sampai RM40. Belia Johor beli jeans Levis di supermarket harga hampir RM300 tetapi tak sedar jeans itu jeans yang sama dari Siam (diperakui oleh media tempatan). Kesimpulannya miskin sikit pun tak apa asalkan makan pakai murah!
 
Jangan lihat yang segelintir untuk dijadikan ukuran kerana kemiskinan ada di mana-mana di Malaysia. Jangan taksub kepada propaganda kerana propaganda ialah satu sistem fitnah. Mendengar fitnah berdosa. Dapatkan statistik dari USM, orang Melayu negeri manakah perkapita paling tinggi? Saya bagi assignment kat Cik Suria.

[EMAIL PROTECTED] wrote:
cadangan yang baik juga masjid menjadi pusat pengumpulan zakat
supaya senang diagihkan kepada penduduk kampung yang miskin. nak
kata baitul mal tak buat kerja tak boleh juga tapi kalau pergi ke
pantai timur, ke baling dan beberapa tempat yang penah saya pergi
macam tak percaya aja orang boleh hidup melarat macam tu, apa tak
ada baitul mal ke? kata kadar kemiskinan di malaysia only 5%. penah
dlm siri lawatan ke terengganu ternampak dari dlm bas kanak2 ke
sekolah berkaki ayam..terfikir dlm hati ada lagi ke orang susah
macam ni. ada kawan2 menyertai expedisi ke baling, sebelum tu kumpul
duit dulu dan mulakan expedisi ke baling untuk membantu rakyat
miskin di sana, ni saya ada gambar kalau ada sesapa nak join saya
boleh bagi no contact orang di utara tu.( heran dia punya menteri tu
tak buat apa pun sampai kini)
sebab itu saya tak penah bayar duit zakat pada baitul mal kecuali
zakat fitrah tu aja.
tapi boleh ke kerajaan nak tukar concept ni?
rasa saya tak perlulah nak guna SPSS tu, nak beli software tu pun
cost 250, guna pirate pun pengeluarnya boleh kesan dan sent virus to
computer pengguna, really protected ni, ramai kawan dah terkena.
biar aja ketua kg, or tok imam yang agihkan sebab dia lebih
mengetahui anak buahnya yang mana yang miskin...dengan syaratlah
orang2 ni betul2 boleh dipercayai dan bertanggungjawab.orang keluar
zakat pun setahun sekali aja kalau banyak kali barulah cari program
yang canggih sikit but not se canggih spss tu.
my father inlaw is JKK kg, dah letak jawatan beberapa tahun pejabat
daerah reject his resignation sebab tak ada orang yang layak dan
boleh dipercayai utk pegang duit, bendahari UMNO pun dia gak. ada
juga orang perseorangan yang datang ke rumah serah duit zakat pada
dia minta tolong agihkan pada orang susah. ni jenis orang yang tak
mau menunjuk dia senang. alhamdulillah memang dia serahkan pada yang
berhak tak ambil sesen upah pun.dia ada buku rekod tiap kali urusan
dia catat tapi tak bg kami tengok, time pi haji br dia bagi tau
kalau ada apa hal rujuk kat buku tu.. dia buat kerja pun senyap tak
cerita dengan kami...tup tup tau bawah katil ada RM5000, duit orang!
tau sebab sedang ziarah sedara sakit, hujan lebat tak berhenti dia
risau dlm kereta baru cerita ada duit orang bawah katil takut hanyut
kalau air naik.
 


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke