Assalamualaikum,

Bagus juga sekali sekala kita dengar golongan salafi/wahabi ini 
bersuara...sebenarnya dah lama sgt mereka dibiarkan berleluasa sampai 
boleh beri hujah-hujah dan mengembangkan pengaruh mereka 
mempertahankan kewahabian atau kesalafian mereka ini. 

Apapun, di sini saya pastekan rujukan-rujukan buku dari ulamak ASWJ 
di zaman Muhammad Abd Wahab hingga sekarang yang boleh diperolehi 
bagi melihat apa sebenarnya WAHABI : THE UNTOLD STORY yang selama ini 
saya kata ""untold story"" sebab senantiasa mereka inilah yang 
berkuasa untuk mempengaruhi silibus pengajian agama di Malaysia ini 
agar berpaksikan fahaman wahabi/salafi ini. 

Baru-baru ini berkesempatan membaca buku pendidikan islam SPM sepupu, 
terpempan saya melihat fakta-fakta mengenai tokoh pejuang agama abad 
20 yang mesti dihafal riwayat hidupnya oleh pelajar. Kesemuanya tokoh 
wahabi. Muhammad Abduh, Syed Rashid Ridha, Syed Jamaluddin Al Afghani 
(di Timur Tengah); Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, 
Hamka (Nusantara). Tidak ada seorgpun tokoh ulamak ASWJ yang 
dikatakan sebg pejuang agama sedangkan sejarah tidak pernah menipu 
kita mengenai perjuangan Tok Kenali, Tokku Paloh, Imam Rasul dan 
sebagainya. Rupanya mereka ini (wahabi) hanya mengiktiraf tokoh-tokoh 
mereka yg dikatakan telah membawa kemajuan peradaban barat dan 
membuka tabir sesat dan bidaah dikalangan umat ISlam.

Tidak ada siapa yang menolak peradaban dan kemajuan, tetapi silaplah 
kita bila kita mengatakan kemajuan itu datang dari barat. Sebenarnya 
kemajuan itu datang dari Tuhan yang mengurniakan nikmat dengan berkat 
rahmat RSAW kepada manusia menerusi kekuatan quwwah (bagi yg bukan 
islam / islam) dan kekuatan maknawiah (TAQWA) (bagi org islam yg 
bertaqwa). KEmajuan itu kelihatan di tangan org bukan Islam kerana 
itulah kekuatan quwwah. MEngapa terjadi sedemikian?. KErana kekuatan 
maknawi (TAQWA) di kalangan org islam sudah tidak ada lagi. Maka 
kekuatan quwwahlah yang menang dan mendominasi dunia moden hari ini. 
Begitulah Ustaz Ashaari Muhammad menerangkan mengenai fenomena yg 
berlaku dalam dunia hari ini. 

Tidak ada cara lain atau jalan pintas yang lain selain dari kita 
bersama-sama KEMBALI KEPADA TUHAN dengan MENINGKATKAN TAQWA iaitu 
sebuah permata yg telah hilang dan sangat mahal harganya DARI JIWA 
UMAT ISLAM sekrg. 

Fahaman Wahabi motif utamanya hanyalah untuk menghilangkan JIWA atau 
ROH ISLAM itu dari jiwa UMAT ISLAM. Yang ada hanya UMAT ISLAM yg ada 
inferiority complexs kepada agamanya sendiri. Ibadah dan ilmu mereka 
hanya berkisar soal-soal lahiriah, TIDAK ADA ROH. Inilah TIPUAN 
YAHUDI YG PALING SUKSES ke atas umat Islam. Terlalu SUKSES sehingga 
umat islam sendiri yg sudah kehilangan ROH islamnya MENDUKUNG SEKUAT-
KUATNYA fahaman wahabi INI HATTA NYAWA dan BADAN bercerai dengan 
badanpun mereka sanggup.  Apalah sangat dengan jawapan di dalam 
Internet ini, tentulah mereka akan bertempik dan meraung-meraung 
tetap mempertahankan fahaman wahabi mereka itu. Saya memang dah lama 
sedar ttg beberapa website yg mendukung fahaman ini. 

Bagaimanapun, sesungguhnya hidayah dan petunjuk itu dari Allah SWT 
juga. Itulah perlunya guru mursyid yang memimpin perjalanan akal dan 
hati kita. Sayang sekali manusia sekrg sgt beerbangga dengan akal 
mereka sendiri dengan hanya bergurukan buku dan internet untuk 
mendalami agama Tuhan yg maha suci. Jika itulah pegangan kebanyakan 
dari kita, maka AKAL saudara-saudarilah sendiri yang akan menipu diri 
anda sendiri.AKAL jika tidak dipandukan dengan HATI maka AKAL itu 
akan memakan diri sendiri kerana NAFSU itu akan bekerjasama dengan 
AKAL untuk memusnahkan ROH/HATI/PERASAAN manusia itu.

Apa yang saya luahkan ini muga-muga ada manafaatnya kepada semua. 
Bukan niat untuk memperkecilkan sesiapa tetapi atas dasar menghormati 
ilmu dan ingin menyampaikannya. Jika ada kekurangan itu adalah dari 
kelemahan akal dan nafsu saya sendiri dan jika ada manafaatnya itu 
adalah dari Allah SWT bersumberkan berkat guru saya.

Sekian.

Artikel yg dipetik :

-----------------------------------
Salam sejahtera.

Dari sini, kita dapat ada segelintir manusia yang masih "ta'sub" 
dengan Ibn Wahab. terpulang pada diri individu. ulama' dizaman-nya 
tidak sependapat dengan ideologynya dan ahli keluarganya pun 
menentang. sehingga abangnya, Shaykh Sulaiman Ibn Abdul Wahab sendiri 
menulis kitab berjudul "Petir ALLAH yang menyambar fahaman Wahabiyah".

Muhammad Ibn Abdul Wahab, ada baiknya, tapi keburukan yang berlaku 
dari tanganya dan anak muridnya itu lagi amat dahsyat sekali. sehigga 
berpecah belah masyarakat Arab dan umat islam.

Kini, mereka "mengaku" sebagai "mengikut" Manhaj Salafi. Tak hairan 
lah, nama mereka sering berubah-rubah mengikut peredaran masa. Itu 
terpulang pada mereka, apa nama mereka nak taruk... 

Saya pernah jumpa seorang yang mengaku sebagai "Salafi", tapi dia 
kata darah para Ahli Sufi itu halal dibunuh. dan cara dia cerita 
bagai mana sepatutnya orang Sufi ini dibunuh amatlah kejam dan 
dahsyat. sesiapa yang tidak semanhaj dng mereka, mereka senang 
menuduh org lain sebagai Ahlul Bid'ah. Mereka belajar melalui Shaykh 
Internet dan mufti Internet.

sebagaimana saya katakan, terpulang pada individu.  terdapat bayak 
kitab yang menentang fahaman ini. kitab-kitab itu ialah:

1. Al-Khawaja al-Sirhindi, Al-Usool al-Arba fi Tardeed al-Wahabia.

2. Al-Shaikh al-Mushrifi al-Maliki, Idhar al-Ukook mimin Mana' al- 
Tawasil bi al-Nabi wa al-Wali al-Sadooq.

3. Muhammad ata-Allah, Al-Aqwa'l al-Mardia fi al-Rad ala al-Wahabia.

4. Al-Shaikh Tahir Sunbil al-Hanafi, Al-Intisar lil Awlia' al-Abrar.

5. Al-Shaikh Ibraheem al-Rawi, Al-Awraq al-Baghdadia fi al-Hawadith 
al-Najdia.

6. Al-Shaikh Salman al-Azami, Al-Baraheen al-Satia'.

7. Al-Shaikh Hamadallah al-Dajawi, Al-Basair li Munkiri al-Tawasil.

8. Nassir al-Saeed, Tarikh al-Saud.

9. Al-Shaikh Abdullah ibn Abdu Latif al-Shafi, Tajreed Saif al-Jihad 
li Muda'i al-Ijtihad.

10. Al-Shaikh Abdullah ibn Ibraheem Merghani, Tahreth al-Aqbia ala al-
 Istiqatha bi al-Anbia wa al-Awlia.

11. Al-Shaikh Muhammad ibn Abdul Rahman al-Hanbali, Tahakum al- 
Muqalideen bi min Ida' Tajdeed al-Deen.

12. Abu Hamid ibn Marzook, Al-Tawasil bi al-Nabi wa bi al-Saliheen.

13. Al-Shaikh Ibraheem Hilmi, Jalal al-Haq fi Kashf Ahwal Shirar al- 
Khalq.

14. Malik Dawood, Al-Haqaiq al-Islamia fi al-Rad ala al-Mazaim al- 
Wahabia bi Adi'lat al-Kitab wa al-Sunna al-Nabawia.

15. Ahmed ibn Zaini Dahlan, Khulasat al-Kalamfi Umara al-Balad al- 
Haram.

16. ----------, Al-Durur al-Sania fi al-Ra'd ala al-Wahabia.

17. ----------, Fitnat al-Wahabia.

18. Al-Shaikh Ismail Al-Tamimi al-Maliki al-Tunisi, Ra'd ala Muhammad 
ibn Abdul Wahab.

19. Al-Fakih al-Hanbali Abdul Muhsin al-Ushaikiri, Al-Ra'd ala al- 
Wahabia.

20. Al-Shaikh Ibraheem ibn Abdul Kadir al-Riahi al-Tunisi al-Maliki, 
Ra'd ala al-Wahabia.

21. Al-Shaikh Ibraheem ibn Uthman al-Samnoodi al-Masri, Sa'dat al- 
Darain fi al-Ra'd ala al-Furkatain al-Wahabia wa Muqalidat al-Dahria.

22. Abu Hamid Marzook, Al-Saif al-Batir li Unq al-Munkir ala al- 
Akabir.

23. Shah Fadhil Rasool Al-Qadiri, Saif al-Jabar al-Maslool ala A'dai 
al- Abrar.

24. Al-Shaikh Dawood ibn Sulaiman al-Baghdadi, Sulh al-Ikhwan fi al- 
Ra'd ala min Qal bi al-Shurk wa al-Kufran.

25. Al-Shaikh Sulaiman ibn Abdul Wahab, Al-Sawaiq al-Ilahia fi al-
Ra'd ala al-Wahabia.

26. ----------, Fasil al-Khitab fi al-Ra'd ala Muhammad ibn Abdul 
Wahab.

27. Al-Shaikh Jameel Sidqi al-Zahawi, Al-Fajr al-Sadiq.

28. Muhsin al-Ameen, Kashf al-Irtiab fi Atba' Muhammad ibn Abdul 
Wahab.

29. Muhammad Jawad Mugania, Hathi Hia al-Wahabia.

ini baru sebahagian dari jumlah yang tidak terkira banyaknya yang 
ditulis pada zaman Abdul Wahab sehingga kehari ini. dan tidak lupa 
juga dari puak Syiah yang juga menyumbang terhadap menentang fahaman 
Wahabiyyah.

Terpulanglah, tepuklah dada, tanya iman sendiri. Kalau tak tahu tahap 
iman anda sendiri, bacalah kitaab; Iman dan Persoalan / TAQWA karya 
Al Fadhil Al Ustaz Ashaari ibn Muhammad.

Sekain
Wassalam

From: al abdul muznib al-hanzalah, Singapore. 









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke