“Kalau nak bantuan, pembelaan, doakan wakil rakyat
mati” ; kenyataan ini boleh dikira agak kasar dan
mungkin terpesong. Namun itulah hakikatnya. Kempen
pilihanraya kecil Pengkalan Pasir membuktikan
kebenaran kata-kata diatas.

Lihat sahaja sekeliling kita, jiran-jiran kita , sanak
saudara kita yang miskin dan merempat. Atau mungkin
kita tidak mengenali orang susah dikalangan jiran
tetangga kita atau sanak saudara kita kerana kita
sibuk mengumpulkan harta, sibuk membesarkan rumah,
sibuk mencari kereta model terbaru yang orang lain
belum miliki, sibuk merebut jawatan Ketua Bahagian
atau Ketua Cawangan. Maka kita tidak tahu siapa
dikalangan jiran tetangga dan sanak saudara kita yang
merempat, tahu-tahu muka mereka keluar dalam rancangan
Bersama Mu TV3 atau dalam dada-dada akhbar.

Sekiranya kita banyak terlibat dalam kerja kebajikan,
sering didatangi orang yang meminta bantuan, maka ada
juga terlintas jauh didalam hati, kalau begini
ramainya orang yang memerlukan bantuan tetapi tidak
tahu ke mana hendak dipanjangkan hajat mereka,
alangkah bagusnya jika wakil rakyat ditempat kita ini
mati. Kerana jika ada wakil rakyat di tempat kita yang
mati, maka akan adalah pilihanraya kecil. Sepertimana
apa yang berlaku di Pengkalan Pasir , Kelantan. 

Alangkah bagusnya menteri-menteri besar daripada
serata negeri di negara kita ini datang ke teratak
usang kita, meredah air banjir, bertanyakan khabar
serta menghulurkan bantuan.

Alangkah bagus lagi mereka yang sakit selama ini tidak
mampu untuk mendapatkan rawatan, datang doktor-doktor
ke rumah mereka merawat mereka tanpa mengenakan
bayaran, bahkan dihulurkan lagi bantuan kepada
pesakit. Dan doktor-doktor yang datang pula bukan
sekali malah semua parti menyediakan perkhidmatan
doktor baik daripada parti pemerintah mahu pun parti
pembangkang.

Tambahan pula sekolah akan buka sekarang ini, dapatlah
pula pelajar-pelajar miskin memilikki basikal baru,
beg baru, pakaian sekolah baru dan kasut sekolah baru.

Sekiranya beginilah mentaliti rakyat di negara ini
dibiasakan, maka jangan hairan satu hari nanti bahawa
rakyat daripada berbilang bangsa dan agama terutamanya
mereka yang hidup merempat, miskin lagi fakir akan
sentiasa berdoa bilalah wakil rakyat ditempat mereka
akan mati, supaya kesusahan mereka akan dapat
didedahkan semasa kempen pilihanraya kecil.

Malah penyakit ini boleh merebak dikalangan ahli
kariah masjid, kerana jika selama ini atap surau dan
masjid yang bocor tiada peruntukan untuk dibaiki, maka
melalui pilihanraya kecil sahajalah peruntukan untuk
membaik pulih masjid serta surau akan disegerakan.

Bagi para peniaga jalanan terutamanya peniaga-peniaga
Melayu yang sering gerai-gerai mereka dirobohkan atas
alasan mengganggu lalu lintas, mengotorkan sistem
perparitan dan sebagainya, mereka juga akan berdoa
agar wakil rakyat dikawasan mereka mati, agar keluhan
mereka untuk mendapat tapak berniaga akan diberi
pembelaan.

Maka hendakkah kita meneruskan tradisi ini ? Apakah di
negara barat dan negara maju dan Malaysia yang akan
menuju negara maju menjelang tahun 2020, rakyatnya
masih lagi berfikiran sebegini ?

Dan wakil-wakil rakyat serta ahli-ahli parlimen,
tenangkah hidup mereka apabila rakyat yang mereka
wakilkan terutama daripada golongan yang susah,
miskin, fakir dan merempat sentiasa mendoakan agar
diadakan segera pilihanraya kecil di tempat mereka
supaya nasib mereka mendapat pembelaan ?

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





                
__________________________________ 
Start your day with Yahoo! - Make it your home page! 
http://www.yahoo.com/r/hs





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke