'Biar statistik yg bercakap'... Ni statistik nak 'bercakap' pula perihal keterbilangan pemerintahan BN setalah menguasai Terengganu (sila baca article dari Harakahdaily Online dibwh)...
 
Lepas ni kita saksikan pula 'universiti' yg mcm mana yg bakal muncul di Kelantan ('janji manis' pilihanraye).. Nampaknya mulai hari ni, kpd rakyat Kelantan yg bercita2 nak jadi pelacur tu tak perlu susah payah ke luar daerah/negeri/negara... Segala 'kelengkapan/prasarana maksiat' akan tumbuhlah laksana cendawan tumbuh slps hujan spt di kebanyakan negeri di Malaysia Hadhari ni... Dan kemungkinan besar kes2 aurat (tudung), pertukaran jantina, pertukaran aqidah tidak akan kedengaran langsung di dewan2 kabinet/parlimen sbb semua tu akan jadi isu remeh-temeh.. Isu ketuk-ketampi, isu mewarnakan rambut (yg dah jadi hukum harus), isu filem 'Puteri Gunung Ledang' hebat pulak di'kokok-kokok' dilaung-laung... Entah b'manalah kamus istilah 'remeh-temeh' yg ditetapkan oleh ustaz, ustazah, menteri2 Islam hadhari ni ye... Dan bersedialah rakyat Kelantan utk 'menikmati' pula kenaikan kos kehidupan tinggi dgn harga barang, harga itu, harga ini yg bakal menjelma tak lama lagi....
 
Sesungguhnya, bukan 'nasib PAS yg berada dihunjung tanduk' bak tulisan Utusan Malaysia hari ni, tapi nasib rakyat Kelantan khususnya dan nasib rakyat Malaysia amnya yg semakin berisiko tinggi utk ditimpa bala dari Allah s.w.t.... Na'uzubillah..
 
 
Kadar kemiskinan di Terengganu naik setelah BN perintah
Monday, December 05 @ 18:50:31 MYT


KUALA TERENGGANU, 5 Dis (Hrkh) – Kadar kemiskinan di negeri ini meningkat selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan, kata Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam).

Menurutnya, ini berbeza sewaktu PAS memerintah sebelum ini yang berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 13 peratus yang ditinggalkan oleh kerajan BN sebelum itu kepada 10.6 peratus.
“Sewaktu PAS memerintah dulu, kadar kemiskinan yang Umno tinggal dulu 13 peratus, kita berjaya turunkan kepada 10.6 peratus,” ujarnya semasa mengemukakan soalan tambahan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dun, di sini, hari ini.
Beliau menambah, bagaimanapun kadar kemiskinan yang telah berjaya diturunkan sewaktu kerajaan PAS memerintah telah meningkat kepada 16 peratus.
Ini, katanya berdasarkan kepada kajian Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri bahawa kadar kemiskinan di negeri ini meningkat dari 10.6 peratus kepada 16 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
“Mengapa perkara ini berlaku,” soalnya yang juga Bendahari Perhubungan PAS negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita negeri, Dato’ Rosol Wahid semasa menjawab soalan itu menyalahkan rakyat yang terlalu memilih pekerjaan antara puncanya.
“Apa yang berlaku sekarang ialah sikap yang ada di kalangan orang-orang kita terutama apabila mereka memilih pekerjaan,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri akan membuat kajian bagi mengenal pasti golongan yang betul-betul miskin dan termiskin.
Semasa menjawab soalan asal wakil Kemasik, Dato’ Abu Bakar Ali, beliau berkata terdapat 27,073 orang penduduk di negeri ini yang dikategorikan sebagai miskin dan termiskin. - ayu


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke