Camner aaa nak buat supaya kita ni tak turut tumpang semangkuk
dosa2 yang pemerintah kita dah buat???
saya sedang confuse ni. Nak buat demo kang masuk lokap plak...
 
heheheh satu lagi... kelantan dah bukak pusat snooker????
tak ke kita tumpang semangkuk jugak???

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Perutusan dari penyokong program pengedaran kondom
 
Terima Kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong pengedaran kondom kepada penzina2, gay, pelacur dan lain2.
 
Sebagai menghargai sokongan anda, anda akan diberi kenaikan percuma harga minyak, cukai pintu, tol dan lain2 lagi!. Ikhlas dari kami untuk anda. Kopun2 akan diberi percuma secara bill. Tiket2 tol juga diberi percuma, dapatkan di pondok2 tol. Bayaran minimum dikenakan ketika sampai di destinasi.
 
Disamping menikmati kenaikan ini, anda juga secara tidak langsung telah menyumbang ke arah ekonomi kroni2 bumiputera dalam negara yang di dalam program pengumpulan harta bersepadu.
Hanya perlu beberapa juta di akaun mereka, jadi kita perlu bantu mereka! kalau bukan kita siapa lagi? agen -agen asing tidak akan membantu kita.
 
Islam juga menyuruh kita bantu membantu.
 
Sesiapa yang membantah, memanglah tidak sensitif terhadap ekonomi bumiputera dan negara amnya. Ekonomi adalah paling penting. Kalau ekonomi tak kuat, nak makan pun tak ada duit. Macammana nak beribadat? macammana nak tukar spotrim baru?
Kalau gejala buruk semakin berleluasa, itu biasalah...dunia moden beb. Hukum hudud dari Allah boleh membenteras gejala2 ini, tapi hudud pembangkang tak boleh, No No.
Sekarang ni kita tengah tunggu Hudud dari Allah.
 
Main income Malaysia sekarang minyak.
Pembangkang kata Allah yang membantu orang islam dan memberi jalan dengan menganugerahkan hasil bumi (minyak) .
 
Itu memanglah, tapi kalau tidak disebabkan dari ke-terrer'an 'pemerintah' maka tak terjadilah Petronas. Lagipun minyak tu adalah kejadian alam semulajadi.
 
Jadi Petronas adalah hak Pemerintah dan kengkawan, bukan hak Rakyat, itu pun tak faham??
 
Akhir kata, diharap sempena pengedaran kondom ini dapatlah sedikit sebanyak membantu menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
 

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
agaknya ler kan..kalau lah mereka melakukan maksiat, zina dan sebagainya menggunakan kondom tersebut...masyaAllah..payah nak menjawab kat akhirat nanti sebab semua akan kata bahawa mereka diberikan kondom tersebut untuk perkara sedemikian....payah pak lah nak jawab..sebab dia ketua negara...dia kene jawab...dan semua ahli kebinet pun kene jawab sebab mereka tak membantah..mengiyakan sahaja...entah lah....zina tak salah asalkan pakai kondom..mungkin itu masej yang ingin disampaikan...Allah kalau nak bagi bala kat diorang ni..jangankan kondom...bapak kondom yang pakai satu badan pun boleh kene....
 
entah lah

IslahGateway <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Berita Harian 07-01-06

300,000 kondom diedar di 20 lokasi


Usaha YMM tingkat kesedaran berhemah bahaya HIV/Aids


KUALA LUMPUR: Sebanyak 300,000 kondom akan diedarkan Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) di 20 lokasi di seluruh negara ketika Kempen Kesedaran HIV/Aids Kebangsaan anjuran persatuan itu bermula Ahad ini.

Presiden YMM, Ng Chin Long, berkata bagaimanapun, kondom itu akan diedarkan secara berhemah kepada orang ramai dalam usaha meningkatkan kesedaran mereka mengenai bahaya jangkitan HIV yang boleh menyebabkan penyakit Aids.

Katanya, 5,000 kondom akan diedarkan kepada orang ramai ketika pelancaran kempen di Jalan Petaling, Ahad ini.

�Kempen ini akan menjelajah ke seluruh negara termasuk Kangar, Alor Star, Sungai Petani, Taiping, Pantai Remis, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Seremban, Muar dan Kuala Selangor,� katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Hadir sama Penasihat YMM yang juga Pengerusi Barisan Nasional Bukit Bintang, Datuk Dr Lee Chong Meng.

Ng berkata, selain mengagihkan kondom, YMM juga mengadakan ceramah, pameran dan mengedarkan risalah mengenai HIV/Aids selain menyediakan persembahan hiburan bagi menarik orang ramai.

Katanya, YMM menganjurkan kempen itu bagi meningkatkan kesedaran umum mengenai bahaya HIV/Aids dan cara mengelakkan diri daripada terkena jangkitan penyakit berkenaan.

�Pada masa sama, kempen berkenaan adalah sumbangan sosial bagi membantu negara menangani HIV/Aids yang mana jumlah penghidap bertambah setiap tahun,� katanya.

Sementara itu, Dr Lee berkata, pemilihan Jalan Petaling di buat kerana ia menjadi tempat tumpuan orang ramai termasuk pelancong asing, selain mengambil kira kawasan sekitarnya kini menjadi sarang penagih dadah dan pekerja seks.

Katanya, kawasan sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Haji Taib tidak lagi menjadi tumpuan penagih selepas operasi membersihkan kawasan berkenan dilancarkan besar-besaran sejak dua tahun lalu.

�Kita mahu membersihkan Jalan Petaling yang kini semakin tercemar kerana pelbagai jenayah termasuk penagihan dadah, pelacuran dan terbaru kes samseng,� katanya.

Naib Presiden, Majlis Belia Malaysia (MBM), Loka Ng Sai Kai berkata, setiap tahun kira-kira 6,000 kes baru dikesan membabitkan HIV/Aids dan jangkitan membabitkan wanita semakin bertambah.

Katanya, pada 1990, seorang wanita dikesan HIV/Aids bagi setiap 100 kes dan kini angkanya bertambah kepada 10 orang bagi setiap 100 kes.

�Bagaimanapun, berdasarkan pemantauan kadar kesedaran wanita terhadap kempen kesedaran HIV/Aids semakin meningkat. Kita juga dapati pekerja seks mengamalkan pemakaian kondom sebagai langkah mengelakkan jangkitan HIV/Aids,� katanya.

FAKTA NOMBOR:
67,528 - Penghidap HIV
10,024 - Pesakit Aids
7,651 - Kematian akibat Aids
80% - Penghidap HIV/Aids di Malaysia adalah penagih dadah


Yahoo! Photos
Got holiday prints? See all the ways to get quality prints in your hands ASAP.


Yahoo! Photos
Ring in the New Year with Photo Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.


Yahoo! Photos
Ring in the New Year with Photo Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke