From: Umm Waheedah
Date: Fri, 14 Apr 2006 17:03:25 -0700 (PDT)
Subject: Ulang tanyang:- Menghadapi sakaratul maut[41244]-<-Latifah Abdul Wahab>wrote:

Salam,

Dua hari lepas saya sempat membeli kaset2 Ust Samsuri Ahmad (harga
RM10 untuk tiga kaset), mengupas kitab Bahrul Mazi berkaitan
sakaratul maut ini, kupasan begitu detail termasuk tanda2 orang
beriman mati (berpeluh dahi) dan apa dan macam mana nak mengajar
kalimah 'lailaha illahlah' kepada orang sedang nazak.

Intipatinya saya ringkaskan:-

1-Bila kita berhadapan dengan orang nazak hendaklah kita ajar dia
melafaz 'lailaha illlah' untuk mengambil pengajaran dari hadis
bahawanya sebaik mukmin itu ialah yang perkataan
terakhirnya 'lailaha illallah"

2- Bila orang nazak ini sudah menyebut kalimah 'lailaha illalallah'
itu, jangan gesa2 lagi.Diam sahaja dan lihat/perhatikan gerak
mulutnya. Jika dia menyebut yang lain seperti meminta air, maka
penuhi permintaannya dan lepas itu ajar semula kalimah 'lailaha
illalallah'. Diam semula dan perhatikan tingkahnya (lidahnya)..
jika dia sudah mengikut jangan sebut berulang-ulang kerana orang
tengah nazak melihat apa yang kita tidak lihat dan mereka merasa
sakit semasa roh nak keluar.

3- Jangan meratap atau buat bising disekeliling orang tengah nazak.
Jika ingin membaca Yasin, baca perlahan dan jauh supaya tidak
merimaskan orang yang sedang nazak. Biarkan dia tenang dengan
kalimah 'lailaha illalallah' sebagai kalimah terakhir.

4- Pilih orang yang paling disayangi untuk ajarkan kalimah 'lailaha
illalallah' itu supaya yang nazak itu tidak terasa yang orang suka
dan mahukan dia cepat mati. Contohnya jika seorang yang bakhil dan
banayk harta.. ketika nazaknya caroilah anak yang paling dia sayang
untuk jara kalaimah 'lailaha illalallah'. Jika dipilih anak yang dia
tak suka, maka nanti akan meimbulkan syak yang anak2 ini memang
sengaja hendak bapanya cepat mati... begitu adap yang ditunjukkan
oleh ulama. Dengan cara ini tekanan semasa menghadapi sakaratul maut
akan dapat dikendurkan, allahu'alam.

Mendengar ceramah berbeza dengan menulisnya.. jadi maklumat yang
sedikit ini diharap ada manafaat. Kaset berkaitan sakaratul maut ini
ada 2 jilid (2jam) itupun tak habis, bersambung di kaset lain.
Wassalam.la_abwa

Hizamri Johari wrote:

st1\:* { BEHAVIOR: url(#default#ieooui)}--- Original Message -
----
From: Bakhtiar
To: 'JIMPP' ; 'UA Group'
Sent: Thursday, May 20, 2004 11:16 AM
Subject: [uofa-my] Kuliah Dr. Asri - 19 Mei- Masjid Bayan Baru

Kuliah Dr. Asri membincangkan doa yang dibaca ketika solat janazah
didalam Riyadus Solehin Jilid 2. Auf bin Malik yang meriwayatkan
hadis ini mengatakan dia bersolat di belakang Nabi ketika mana Nabi
mengimamkan solat jenazah dan mendengar Nabi membaca doa kepada
simayyit. Nabi memohon supaya diampunkan dosa simayyit, meluaskan
kuburnya, menghindarkan dari siksaan kubur dan sebagainya. Setelah
Nabi selesai membaca doa tersebut, Auf berkata alangkah baiknya
jikalau aku adalah mayyit tersebut. Hadis ini menolak pendapat
Astora Jabat mengatakan tidak ada siksaan kubur.



Syurga adalah motivasi kepada para sahabat. Sahabat mengharapkan
syurga dan mereka mengharapkan Jannatul Firdaus. Di dalam doa
mereka, mereka memohon supaya memasuki syurga paling atas, berbeza
dengan sebilangan manusia yang bersyair dan bernashid mengatakan
dianya tidak layak untuk memasuki syurga. Sahabat tidak memandang
dunia, bermaksud tidak menjadikan dunia sebagai tujuan utama
kehidupan, kerana sahabat sentiasa diingatkan balasan syurga oleh
nabi dan juga ayat-ayat Allah yang menceritakan perihal syurga.
Kita tidak boleh bayangkan bagaimana hebatnya syurga. Sebut sahaja
apa yang kita mahu, Allah akan perkenankan. Ya, apa sahaja. Dr.
Asri bertanya kepada yang hadir, wanita negeri manakah yang paling
cantik. Ada yang mengatakan Shams (Syria) dan Iran. Ada sahabatnya
yang belajar di Jakarta cuba menerangkan kecantikan wanita kacukan
Belanda dan Melayu, dimana katanya ibu jari wanita itu sudah cukup
menakjubkan akan kecantikannya apatah lagi paras rupanya.

Namun bidadari jauh lebih cantik daripada wanita yang paling cantik di dunia ini.Sahabat sentiasa mengharapkan ganjaran akhirat, mereka hubbul maut,
wakarihatul hayat (mengharapkan kematian dan tidak suka kehidupan).
Mereka mendoakan supaya Allah meyediakan baitul jannah, kaisarul
jannah (rumah dan istana di syurga). Oleh itu, saudara diminta
berdoa untuk mendapat syurga yang paling bagus, jannatulfirdaus, dan
berusaha ke arahnya. Jangan kita menyanyi "Wahai Tuhan, aku tidak
layak ke syurga Mu", itu sesuatu yang bodoh. Dunia ini sementara,
apabila seseorang itu mati, dunia tidak dapat dibawanya bersama
melainkan tiga perkara : a) sedeqah jariah b) doa dari anak yang
soleh c) ilmu yang dimanafaatkan



Dr Asri juga menggariskan tanda-tanda mayyit yang mati dalam keadaan
baik berdasarkan beberapa hadis:

1) mati shahid

2) Dahi berpeluh setelah mati, hadis mengatakan mati orang
mukmin itu ialah berpeluh di dahi

3) Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat
dia akan terhindar dari siksaan kubur; ada yang bertanya bagaimana
mereka tidak solat seumur hidup, dan mati pada hari Jumaat. Dr.
Asri kita sebagai manusia tidak akan mengetahu apakah terjadi antara
mayyit tersebut dengan Allah, mungkin simati sempat bertaubat
sebelum menghembuskan nafas terakhir, dan juga mungkin ada dua tiga
amalannya yang Allah sungguh berkenan, kita tidak tahu, itu antara
dia dengan Allah.

4) Mati kerana penyakit taun, pahalanya macam pahala mati shahid

5) Wanita yang mati ketika melahirkan anak

6) Mati kerana penyakit dalam perut

7) Mati kerana mempertahankan harta

8) Mati apabila orang ramai memuji dengan ikhlas, hadis sahih
Bukhari. Namun bukan pujian dari kroni, pujian dari orang ramai.

Semasa permulaan kuliah, Dr. Asri memperingatkan kita tentang aliran
baru di Indonesia dengan nama Jaringan Islam Liberal yang sedang
membuang ayat-ayat alQuran yang bagi mereka tidak sesuai atau
relevan dengan zaman ini dan mengeluarkan Edisi Baru al-Quran. Kita
kena berhati-berhati dalam hal ini. Mereka ini bermula dengan
menolak hadis Ahad kemudian menolak keseluruhan hadis. Ulama
bersepakat menolak hadis adalah kafir. Ada juga tokoh akademik di
negara kita mengatakan bahawa Islam, Kristian dan Yahudi adalah
sama, sesiapa yang menganutinya akan memasuki syurga. Islam
mempunyai kelebihan sedikit katanya. Mansyallah!

Diakhir sessi, ada soal jawab dan diantara soalan yang dikemukakan
ialah mengenai saf dimana sesetengah masjid meletakkan garisan untuk
kanak-kanak. Dr Asri menjawab, memang betul bahawa yang lebih afdal
ialah orang tua-tua berada di saf hadapan tetapi jikalau tujuan
meletakkan garisan itu kerana mengatakan jikalau tersentuh budak
kecil akan membatalkan solat dan hilang pahala saf, maka itu adalah
satu yang salah. Seelok-eloknya budak-budak boleh mengisi saf yang
kosong. Rasulullah juga pernah mengangkat cucunya ketika mengimamkan
solat. Ada sesetengah masjid meletakkan garisan untuk kanak-kanak
terlalu kebelakang dan inilah penyakit atau mentality terbelakang
masyarakat kita, tempat yang baik seperti masjid kita patut galakkan
budak-budak datang bukan menghalang tau meletakkan banyak sangat
syarat untuk budak datang ke masjid sebab itu budak-budak lebih suka
ke tempat hiburan yang tiada halangan. Jangan salahkan mereka,
salahkan kita yang kurang berfikir.

Itulah sedikit sahaja petikan kuliah untuk manafaat bersama.
Insyallah ada sahabat sedang mengusahakan pengeluaran kaset Dr Asri
di Pulau Pinang ini, semata-mata untuk tujuan dakwah dan sedikit
keuntungan sahaja. Di KL, kaset-kaset Dr. Asri diusahakan oleh Haji
Shukri (very nice guy, always look happy, with his groovy hair).

Kuliah Dr. Asri yang terdekat ialah di Masjid Gelugor, Pulau Pinang,
24 Mei, hari Isnin selepas solat Maghrib membincangkan hadis-hadis
dari Sahih Bukhari.


Bakhtiar.






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke