Harian Metro 11 Mei 2006

TAMPIN: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK), Tampin Tengah, Ali Omar,
kesal dengan sikap Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan
(Jains) yang didakwanya melengah-lengahkan pembaharuan
surat kuasa pelantikan sukarelawan di kawasannya.

Ini berikutan, dia yang membuat pemeriksaan di sebuah
rumah di Taman Gunung Emas, di sini, selepas menerima
aduan ada pasangan disyaki berkhalwat gagal mengambil
sebarang tindakan perbuatan remaja berusia lingkungan
awal 20-an itu.

Menurutnya, dia menerima aduan itu pagi kelmarin
tetapi menghadapi masalah untuk meminta bantuan kerana
tiada pegawai berkaitan perkara itu.

“Saya pergi ke Jabatan Agama Islam Tampin, tetapi
malangnya tidak ada pegawai untuk menahan pasangan
terbabit.

“Seorang kerani menyuruh saya membuat laporan ke
Seremban. Saya kemudian menemui seorang imam dan bilal
di kawasan berdekatan tetapi mereka memaklumkan surat
tauliah mereka sudah tamat beberapa bulan lalu,”
katanya.

Beliau berkata, akibat ketiadaan pegawai itu, pasangan
yang disyaki berkhalwat dapat melepaskan diri.

“Saya meminta Jains segera memperbaharui tauliah yang
diberikan kepada sukarelawan bagi membantu mereka
membendung gejala sosial di kawasan ini,” katanya. 
     
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20060511093039/Article/indexm_html



    
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
  
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke