Pengusaha MLVK didakwa guna wang PTPK PDF Cetak
Tue | May 30, 06 | 01:27:41 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Masalah membabitkan pengusaha Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) masih terus diperbincangkan, malah terdapat kes-kes pengusaha MLVK di kalangan bumiputera yang telah 'gulung tikar'.

Semuanya berikutan kesilapan dalam menguruskan dana pinjaman Tabung  (PTPK) dan kesukaran mendapatkan pelatih baru untuk mendaftar di pusat latihan masing-masing.

Isu membabitkan penyelewengan pinjaman PTPK sekali lagi dibangkitkan oleh Senator Wan Ubaidah Wan Omar dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Menurut Wan Ubaidah, ada pengusaha MLVK yang menyelewengkan wang PTPK yang dipinjamkan kepada pelajar dengan lansung tidak memberikan baki dari bayaran yuran yang dikenakan kepada pelajar.

Sedangkan pelajar terpaksa membayar kesemua jumlah pinjaman yang diberi selepas menamatkan latihan, katanya.

Malah janji mahu memberi wang belanja kepada pelajar juga tidak ditunaikan oleh pengusaha MLVK.

Justeru beliau meminta Kementerian Sumber Manusia (KSM) memantau cara-cara pengagihan pinjaman yang dibuat pengusaha MLVK supaya isu sedemikian tidak berulang, katanya.

Sementara itu Menteri Sumber Manusia, Dato' Dr Fong Chan Onn dalam jawapannya berkata, pihak KSM akan sentiasa memantau setiap MLVK yang diusaha pihak swasta.

Malah, mana-mana MLVK yang melanggar undang-undang penubuhannya, KSM tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan, katanya.


Email: [EMAIL PROTECTED]
Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke