Berita Harian Isnin 12 Jun 2006
Bapa tersentuh edaran risalah agama di UM - SAYA
terkejut membaca surat ‘Bapa Prihatin’ pada 8 Jun lalu
yang mendedahkan penyebaran risalah Kristian di Pusat
Asasi Sains Universiti Malaya. Hati saya
tertanya-tanya, kenapakah perkara sebegini boleh
berlaku di universiti perdana yang menjadi kebanggaan
rakyat Malaysia? Siapakah bersalah dalam hal ini?
 
Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara dan
termaktub dalam Perlembagaan negara kita. Mana-mana
saja kegiatan untuk merendah-rendahkan martabat dan
kemuliaan Islam patut dihalang. Islam tidak menyerang
agama lain, bahkan Islam membuka pintu perdamaian.
Islam menyeru ke arah kesatuan sejagat. 

Namun apabila berlaku kejadian ini, maka sepatutnya
satu tindakan segera diambil. Universiti juga pada
pandangan saya, adalah tempat menyemai perpaduan
antara agama. Tetapi kenapa hal ini boleh terjadi?

Saya kecewa apabila hal ini berlaku tanpa disedari.
Sampai sekarang saya tertanya-tanya bagaimanakah
penyebaran risalah boleh berlaku di gedung ilmu?
Apatah lagi pada saat pelajar baru mendaftar dengan
semangat berkobar-kobar.

Saya sendiri agak tersentuh apabila masih ramai anak
muda tidak mengenal huruf al-Quran, bahkan tidak mampu
melafazkan kalimah syahadah. Ada yang tidak pernah
bersolat sejak dilahirkan. 

Saya terkejut apabila membaca data pembabitan anak
muda dalam kegiatan tidak bermoral bahkan bertentangan
dengan agama seperti ‘black metal’. Mufti Perak
sendiri mendedahkan jumlah orang murtad yang mencecah
angkat ratusan ribu. 

Ia sangat memeranjatkan. Sepatutnya langkah untuk
membendung gejala ini diambil segera mulai sekarang
tanpa bertangguh.

Namun, saya mendengar daripada mulut anak rakan saya
bahawa gedung ilmu yang kita harap-harapkan dapat
melahirkan generasi lebih berwibawa dan komited dengan
rancangan kerajaan lebih mengagungkan pesta seni yang
langsung tidak membina minda kelas pertama. 

Program keagamaan dipencilkan dan sukar untuk mendapat
kelulusan. Apa salahnya program keagamaan dan apa
baiknya program hiburan? Kita tidak perlukan orang
‘seni’ memimpin negara tetapi kita perlukan pemimpin
amanah dan mampu mewakili suara hati rakyat.

Tapi jika begini proses pembentukan anak muda kita,
saya rasa sasaran Perdana Menteri untuk membina modal
insan hanya mimpi indah pada siang hari. Saya
mencadangkan program keagamaan diperbanyakkan di
kampus seluruh negara. Ia sangat penting pada
perkiraan saya demi membina jati diri mahasiswa Islam
yang unggul, selaras dengan keinginan Perdana Menteri
kita. 

Saya berharap isu penyebaran risalah Kristian di UM
diambil perhatian pihak berwajib.

BAPA KESAL, 
Teluk Intan, Perak.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Surat/20060612081124/Article/


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Home is just a click away.  Make Yahoo! your home page now.
http://us.click.yahoo.com/DHchtC/3FxNAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke