Assalamualaikum warahmatullah… Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.
Bismillahir Rahmanir Raheem… Beberapa hari lepas saya berkesempatan mendengar perbualan beberapa 'orang lama'. Maksud saya orang lama di sini bukanlah orang yang telah lama bekerja tetapi mereka yang telah lama gidup dan ada yang telah bergelar datuk. Kata orang, mendengar perbualan orang lama ini kadang² boleh menambahkan pengetahuan. Maklumlah, orang lama tentulah banyak pengalaman mereka. Topik hari itu adalah berkenaan kepercayaan mistik. Tentang hantu, jembalang dan jin serta tidak ketinggalan ilmu² kebatinan dan tangkal. Antara yang paling menarik adalah cerita tentang siong babi hutan. Dikatakan sesiapa yang memiliki siong babi hutan ini, akan kebal dan tidak lut senjata. Ada juga versi lain yang mengatakan pada siong itu terdapat sebentuk cincin yang mampu membuat si pemakai ghaib. Tetapi payah untuk ditemui, kata mereka. Kata hati saya pula, kalau cincin itu mampu buat pemakainya ghaib, macam mana hendak jumpa? Sudah tentulah babi hutan itu juga ghaib. Tetapi yang paling lucu adalah apabila mereka katakan, babi tersebut akan menanggalkan siong atau cincinnya jika ia hendak mandi... Mandi? Er... Cuba bayangkan bagaimana agaknya babi hutan tanggalkan siong itu ya? Mungkin kebanyakan yang membaca akan berkata ini adalah ideologi kekampungan. Fahaman mengarut. Sementara bagi saya, walaupun sudah beberapa kali 'disakat' dan pernah bertemu jelmaan makhluk berbentuk toyol, namun terlalu sukar untuk meyakini. Bukan saya tidak percaya dengan kewujudan mereka. Saya percaya. Mereka makhluk Allah juga. Hanya, untuk mengatakan mereka hebat, agak sukar. Sebenarnya kepercayaan begini sudah begitu sebati dengan kehidupan orang Melayu sejak sekian lama. Mungkin ini diwarisi oleh fahaman animisme yang diamalkan sebelum kedatangan Hindu dan kemudiannya disesuaikan menurut kepercayaan terhadap alam ghaib seperti yang diajarkan di dalam Islam. Namun kini kepercayaan itu sudah semakin meleset. Orang mulai menolak kewujudan makhluk² ini. Jika dulu, ada saja orang sakit, pawang dan bomoh akan segera dicari. Tapi kini orang kita mula beralih ke hospital. Mungkin ini selaras dengan peningkatan kadar celik huruf. Atau mungkin juga kerana ketiadaan bomoh dan pawang yang berbakat? Wallhu'alam. Apa yang pasti, meskipun orang kita mula melupakan 'kehebatan' hantu dan jembalang, namun kepercayaan tetap sama. Kepercayaan dari segi, yang mendatangkan mudarat dan kebaikan adalah makhluk. Bukan Allah. Hanya yang berbeza adalah makhluk 'yang dipercayai'. Jika dulu, kita letakkan kepercayaan kepada hantu dan jembalang. Kini kepercayaan kita letakkan pula kepada ubat²an. Kepada makanan tambahan. Dan paling penting kepada duit. Kita percaya, duitlah punca kebahagiaan hidup kita. Jika dulu, orang kita bulat² percaya untuk menangkis sesuatu kejahatan, kita perlu kepada tangkal. Jika berjalan di dalam hutan tanpa tangkal yang terikat di pinggang, lengan atau tergantung di leher, alamat celakalah padahnya. Begitu juga dalam mengubati penyakit. Sekira seseorang itu sembuh, maka yakinlah ia akan tangkal yang dipakainyalah yang menyembuhkannya. Tetapi hari ini masyarakat umum mula mempercayai bahawa untuk terjamin kehidupan hari ini dan esok, kita perlukan duit. Jika tidak ada duit, seolahnya kita telah melihat hari esok, maka akan celakalah akibatnya. Bugitu juga dengan ubat. Kalau demam, yang menyihatkan mereka adalah ubat tersebut. Jika kita teliti, betul bukan bahawa hakikat minda kita tidak pernah berubah? Sedangkan pada realitinya yang menentukan keselamatan, yang menentukan kebahagiaan bahkan yang menentukan kecelakaan, hanya Allah subhanahu wata'ala. Begitu juga yang menyihatkan badan. Bukan ubat yang kita makan. Itu hanya asbab. Dan Allah boleh menyembuhkan penyakit tanpa asbab ubat. Allah juga boleh menjadikan seseorang itu senang tanpa sesen duit pun. Kerana itu saya cukup tidak selesa jika ada yang suruh menabung duit untuk kegunaan di hari tua. Kata mereka, jika masa muda ini tidak menabung, di hari tua nanti hendak makan apa? Oh... Mungkin duit yang memberi mereka makan. Tapi bagi saya, saya cukup yakin bahawa hanya Allah yang menjadikan saya kenyang. Dan hanya Allah yang boleh menentukan susah senang saya di hari kemudian. Bukan salah untuk menabung. Simpanlah jika ada keperluannya seperti untuk menunaikan haji atau sebagainya. Tetapi jika menabung sehinggakan sanggup mengikat perut, atau sehingga terasa kering tapak tangan untuk menghulurkan derma, entah apalah gunanya? Tidak mendatangkan hasil. Tidak mampu menjanakan ekonomi masyarakat. Kerana itulah orang Islam dikenakan zakat harta dan simpanan. Kerana wang yang disimpan itu mungkin hak seorang nelayan atau pekebun atau siapa sahaja yang kita batalkan niat untuk membeli barangan mereka kerana hendak menyimpan duit. Dan duit inilah yang akan dipulangkan kepada mereka untuk membantu mereka menampung hidup. Begitulah adilnya Allah menyusun kehidupan manusia... Kembali kepada tajuk, jika hari ini kita tidak lagi bergantung harap kepada tangkal hitam pemberian tok bomoh, namun jadikan pula kepingan² duit sebagai tangkal kita. Hari ini, sebagaimana takutnya masyarakat silam kepada polong, begitu jugalah takutnya kita kepada kemiskinan. Seorang miskin umpamanya seorang pembawa penyakit dijangkiti. Perlu dijauhi dan dicemuh. Sedang hakikat kemiskinan bukanlah kecelakaan. Memang kemiskinan mampu membawa kepada kekufuran. Tetapi, apakah kekayaan dapat menjamin kita menjadi orang² yang bersyukur? Nabi saw sendiri orang yang miskin. Bahkan Nabi saw pernah bersabda bahawa dihari qiamah nanti, orang miskin akan masuk syurga awal setengah hari (500 tahun) daripada orang kaya. Mengapa? Kerana mereka tak punya banyak harta untuk dihisab. Mereka tidak perlu ditanya ke manakah harta mereka dibelanjakan. Tidak. Mereka tidak perlu itu. Bukankah ini suatu nikmat? Namun begitu, janganlah ini dijadikan alasan untuk bersifat malas. Allah tidak menjadikan bumi dan segala isinya untuk dipersiakan. Allah mahu kita berusaha. Hanya haruslah berpada². Harta dunia ini murah. kerana itu Allah berikan kepada semua orang termasuklah orang kafir. Namun harta di akhirat Allah berikan hanya kepada mereka Dia pilih. Itulah mahalnya iman kita. Dan, tidak perlulah untuk meletakkan segenap harapan kepada duit untuk menjaminkan kebahagiaan. Rezeki itu hak Allah dan Dia boleh berikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Kita mungkin merasa meremang bulu roma apabila bertemu hantu atau bercakap tentang hantu. Sayangnya kita tidak pula seriau setiap kali nama Allah Yang Maha Mulia berulang kali disebut. Mungkin agaknya kita yakini hantu itu lebih perkasa dari Allah sendiri. Atau mungkin kita percayai bahawa hantu mampu menyiksa kita dengan siksaan seberat siksaan neraka. Tak perlu rasanya untuk takutkan hantu. Juga tidak perlu untuk takut kehilangan harta dan apa yang kita miliki pada hari ini. Ada baiknya kita bulatkan segenap rasa takut itu hanya kepada Allah Yang Maha Agung. Atau kita lebih takut kehilangan kasih dan sayang Allah kepada kita. Mungkin itu lebih bermakna dalam usaha untuk menjadikan kita muslim yang lebih baik. Peringatan ini untuk semua dan diri saya terutamanya... Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullah… -Abu Naqibah- Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/