Assalamualaikum Warrahmatullah Wabarakatuh saudaraku seklian yang ada di milist ini, saya sangat setuju dengan larangan merokok, baik dalam Al Quran maupun dalam hadits. saya juga tidak menyalahkan betapa banyak orang yang suka merokok, contoh saya sendiri, saya merokok sudah sekitar separuh usia saya. Jika saya hitung berapa panjang rokok yang sudah saya hisap, barangkali panjangnya mencapai Kuala Lumpur dari Jakarta
pernah saya berfikir untuk menghilangkan kebiasaan tersebut, tapi terus terang saya merasa tidak yakin bisa berhenti, jika saya berhenti mata kompensasi yang saya terima adalah seringnya makan snack atau makan kecil sehingga gula darah saya turut naik atau darah tinggi saya juga ikut naik. Percaya atau tidak, ketika saya berhenti merokok selama 3 bulan berat badan saya naik dari 83 Kg menjadi 96 Kg pikir pikir saya check up ke dokter, tekanan darah saya yang biasanya 140/100 menjadi 160/105, dan detak jantung saya agak lebih cepat sedikit, alhasil saya coba lagi merokok dalam waktu 3 pekan kondisi badan saya normal kembali kecuali berat badan yang terlanjur naik. untuk itu manakah yang benar? saya rasa semua benar tidka ada yang salah, sebagai contoh di salah satu pulau kecil di perairan Lombok ada satu desa perokok mulai dari anak anak usia 8 tahun hingga usia lanjut, sedangkan usia kematian rata rata di sana mencapai 70 - 80 tahun. Sisi lain saya juga tidak setuju dengan para perempuan merokok, apalagi merokok ditempat umum, walau di smoking area, tapi kita tidak bisa bicara apa apa, mau ditegur bukan saudara mau marah apa lagi. Satu hal yang saya sadari bahwa dunia ini perlu penyeimbang mungkin itu adalah salah satu penyeimbangnya Demikian mohon maaf jika ada salah salah kata, jika ada sumur diladang bolehlah saya menumpang mandi, jika ada umurku panjang bolehlah kita bersua lagi Wassalamualaikum ade --- In hidayahnet@yahoogroups.com, "Syahril Rizal Abd Kadir \(MA\)" wrote: > > Istimewa untuk ahli-ahli yahoogroups semua.. > > > Assalamualaikum wrb. > > > Tuan/Puan > > Sukacita dimaklumkan KLINIK BERHENTI MEROKOK di HOSPITAL SELAYANG telah dibuka untuk orang awam / sesiapa sahaja yang ingin BERHENTI MEROKOK. Khidmat / kaunseling ini akan di berikan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan, Pembantu Perubatan atau Jururawat Terlatih yang bertugas dan ianya adalah percuma untuk sesiapa sahaja. Klinik kami dibuka setiap hari Rabu 2.30 petang hingga 5 petang. Hubungi 03- 61203233 sambungan 3155 / 3158 untuk temujanji. > > > > Hari : Setiap Hari Rabu ( mulai 3 Mei 2006) > > Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang > > Tempat : Pusat Sumber Promosi Kesihatan, > > Aras 3 Klinik Pakar, Hospital Selayang. > > > > Sehubungan itu, mereka yang ingin mendapatkan kaunseling dan berhasrat untuk berhenti merokok, dijemput datang atau menghubungi pihak kami untuk mendapatkan tarikh temujanji. > > > > Sekian, dimaklumkan. Terima kasih. > > > > 'Practise A Healthy Lifestyle' > > > > Syahril Rizal Abd Kadir > > > > Medical Assistant > > Health Education Dept > > Hospital Selayang > > > > 03-61203233 Ext 3155 > > > -----Original Message----- > From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of "ALIAS JAWAHIR" > Sent: 28/06/2006 9:30 AM > To: Ikhwanul Muslimun > Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Budaya Atau Agama? > > Assalammualaikum... > > Saya rasa tabiat merokok patut dihentikan...baik pada seorang perempuan mahu pun seorang lelaki. > > Kebanyakkan orang kita....pemikiran mereka dah dikelirukan oleh musuh2 ISLAM. Yang buruk dikatakan baik..manakala yang baik dikatakan sebaliknya. > > Mendedah aurat tu kan tak baik....tapi MEROKOK TU BAIK KE?...kalau baik.. > > TOLONG SENARAIKAN KEBAIKAN MEROKOK.....kalau dapat 2 kebaikan ....teruskan lah > > Kalau tak.....baik tinggalkan saja tabiat tu. > > > :- bekas perokok > > >>> ruzaihan.junit 6/22/2006 12:58:34 PM >>> > Assalamualaikum warahmatullah* > > Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita. > > Bismillahir Rahmanir Raheem* > > Semalam petang, ketika berborak dengan teman², tiba² terkeluar cerita tentang wanita yang merokok. Entah saya sendiri tidak berapa ingat bagaimana topik ini terkeluar tetapi ia kemudiannya menjadi 'tajuk perbahasan yang hangat' di situ. Masing² dengan cara sendiri. Tetapi secara keseluruhannya, kemsemua yang ada menyelar perbuatan itu (walaupun kami sendiri adalah perokok). > > Yang seronoknya apabila ada seorang yang berkata wanita atau perempuan yang melakukan perbuatan itu seakan tidak tahu malu. Kutukan demi kutukan terkeluar yang kemudiannya disambut dengan gelak ketawa. Terkadang hinaan yang dikeluarkan agak memedihkan. Mujurlah, Alhamdulillah, di kalangan ahli keluarga saya yang perempuan tidak ada yang merokok. > > Kemudian ada seseorang yang menyebut tentang senario di ibu pejabat kami di Kuala Lumpur. Katanya, di sana keadaan perempuan menghidap rokok adalah suatu kebiasaan. Tidak ada apa yang hendak dipelikkan. Malah terdapat seorang perempuan yang agak berusia, bertudung dan berbaju kurung tetapi sering kelihatan berada dan menghisap rokok di smoking area. > > Masing² menggeleng kepala. Ternyata mereka amat malu dengan tindakan perempuan bertudung yang merokok itu. Rasanya sentimen terkuat mereka untuk berasa malu adalah kerana wanita itu seorang Melayu. Kerana hampir kesemuanya menyuarakan bahawa merokok bukan amalan wanita Melayu. Dan kata mereka, merokok biasa dikaitkan dengan wanita jalang atau pelacur. > > Saya agak kurang bersetuju dengan kenyataan itu. Juga kenyataan bahawa rokok adalah pembunuh. Kerana nenek saudara saya, yang pastinya seorang wanita adalah seorang perokok tegar. Beliau tidak jalang, bukan pelacur malah adalah seorang perempuan kampung yang baik. Tetapi beliau telah meninggal dunia lebih kurang lima tahun yang lepas, pada usia 104 tahun akibat penyakit tua, bukan barah. > > Baiklah, itu bukan isunya di sini. Yang menjadi isu ialah perbuatan merokok oleh perempuan bertudung itu tadi. Apa pendapat anda? Secara peribadi, saya tidak bersetuju jika wanita itu dikatakan memalukan. Namun saya tidak mengatakan perbuatan merokok itu baik. Tidak. Cuma jika hendak 'dijijikkan' > wanita itu semata² atas satu amalan 'sekecil' itu adalah tidak wajar. > > Fatwa telah dikeluarkan dan merokok dihukumkan sebagai makruh. Walaupun ianya makruh yang menghampiri haram, namun makruh tetap makruh. Jadi, apakah logik untuk kita keji seorang yang melakukan perbuatan yang setakat makruh dengan kejian yang lebih menghinakan dari seorang yang lain yang tidak melakukan perbuatan makruh tersebut tetapi melakukan perbuatan yang haram pula? > > Sebagai contoh, perbuatan merokok, larangannya tidak disebutkan di dalam al-Quran yang merupakan qalam Allah. Tetapi perbuatan menutup aurah dituntut secara terang di dalamnya. Begitu juga perbuatan menghampiri zina, pengambilan untung yang berlebihan dan riba serta banyak lagi perbuatan² yang Allah sebutkan sebagai menzalimi Allah dan diri mereka sendiri. > > Yang peliknya, orang kita tidak pula merasa malu apabila melihat kaum mereka melakukan perbuatan sebegini. Malah, pendedah aurah seperti beberapa penyanyi popular dipuja dan disanjung. Inilah yang saya lihat sebagai songsang. Kerana wanita bertudung yang merokok dipandang hina manakala wanita yang tidak merokok tetap dipandang mulia walaupun sebenarnya menafikan perintah Allah. > > Mengapa kita tidak sibuk untuk berapa malu apabila melihat seorang wanita Melayu mendedahkan rambut dan lehernya serta bentuk buah dadanya (walaupun berbaju kurung)? Mengapa kita tidak malu melihat pasangan muda yang dilahirkan dalam keluarga muslim dan belum berkahwin berjalan berpimpinan tangan dan berpeluk² di depan khalayak? Malah kita boleh pula anggap sebagai trend masa kini. > > Itulah, berjuang pada perkara yang tidak betul. Paksinya sudah tepat, menggalakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Namun perkaranya yang salah. Memang elok jika kita bertindak menggalakkan orang berhenti merokok (bukan mencemuh perokok). Tetapi mengapa mesti ditekankan perkara ini dan dalam masa yang sama terus sahaja membiarkan perkara mungkar yang lain berleluasa? > > Apakah kita sebenar seorang pejuang agama atau lebih kepada pejuang bangsa? > Apakah kita sebenarnya lebih sedih melihat seorang meninggalkan nilai budayanya sedangkan yang meninggalkan nilai iman tidak menjanakan apa² rasa kecewa dalam jiwa kita? Mungkin kerana itu kita terlalu berminat dengan permainan makyung dan bertindak mempertahankannya walaupun ianya melencongkan aqidah... > > Hari ini, seorang penyanyi wanita yang togel kepala dan dadanya digelar sebagai penyanyi yang bersopan. Sedangkan seorang penyanyi wanita lain yang bertudung sering pula diejek dan dicemuh kerana dikatakan kuat bahkan sering dilihat terkangkang² ketika menyanyi. Ada yang jelas mengatakan itu memalukan kerana tidak melihatkan ciri kesopanan wanita timur. > > Pada hakikat keduanya adalah sama. Keduanya memang memalukan. Kerana si penyanyi yang mendedahkan aurah sememangnya terang salah manakala si penyanyi yang bertudung pula mengalunkan suaranya dengan alunan yang mendayu bagi menarik perhatian orang juga satu kesalahan. Hanya yang tidak sedapnya, penyanyi yang tidak bertudung itu dianggap lebih sopan? > > Apa sebenarnya yang dikatakan sopan? Mungkin boleh kita sebut seorang nyah yang berlemah lembut dalam berbuat sesuatu kita katakan sebagai sopan? Demi Allah tidak! Nyah tetap nyah. Biarlah selembut manapun dia tetap biadap kerana menolak ciptaan dan ketentuan Yang Maha Pencipta dan Maha Menentukan. Jika begitu, mengapa hendak dikaitkan pendedah aurah dengan sifat sopan? > > Mana yang lebih utama? Mentaati tatasusila kesopanan Melayu atau mentaati perintah Yang Maha Menciptakan? Fikirkanlah. Mungkin benar wanita yang merokok kelihatan jelik. Tetapi sebenarnya wanita yang mendedahkan aurah adalah jauh lebih jelik. Jika hendak amr-bil- ma'ruf, nahi-'anil-mungkar, sebolehnya biarlah paksi yang sebenarnya. Janganlah, yang menangkap ayam di hutan kita penjarakan tetapi yang mencuri kesemua harta orang kampung kita biarkan..... > > Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri. > > Wabillahitaufiq walhidayah. > > Wassalamualaikum warahmatullah* > > -Abu Naqibah- > > Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/ > > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor -------------------- ~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. > http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM > -------------------------------------------------------------------- ~-> > > -------------------------------------------------------------------- ------ > > All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. > > If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". > > -------------------------------------------------------------------- ------ > > Recommended sites: > Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my > Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my > Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com > Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info > Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org > Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ > The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com > Yahoo! Groups Links > > > > > > DISCLAIMER: > > This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law. > > > > > > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor -------------------- ~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. > http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM > -------------------------------------------------------------------- ~-> > > -------------------------------------------------------------------- ------ > > All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. > > If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". > > -------------------------------------------------------------------- ------ > > Recommended sites: > Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my > Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my > Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com > Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info > Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org > Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ > The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com > Yahoo! Groups Links > > > > > > > > > > > > > > > /------------------------------------------------------------------- --------\ > > Confidential and/ or privileged information may be contained in this > e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are > not the addressee indicated in this Message (or responsible for > delivery of this Message to such person),you are hereby notified that > any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or > any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received > in error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions > and other information in this Message that do not relate to the > official business of this company shall be understood as neither given > nor endorsed by this company. > > This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd) > *Scanner Engine powered by Norman Virus Control > > \------------------------------------------------------------------- -------/ > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Something is new at Yahoo! Groups. Check out the enhanced email design. http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/