Jenazah saudara baru dibakar
Harian Metro 6 sep 2006, Edisi Selatan: Jenazah
saudara baru dibakar

KULAI: “Saya terkejut apabila diberitahu jenazah
Mahendran akan dihantar ke pusat pembakaran mayat di
Jalan Kota Tinggi,” kata Firdaus Goh Abdullah, 52,
rakan kepada seorang peguam saudara baru yang
jenazahnya didakwa dibakar mengikut upacara agama asal
oleh keluarganya, petang semalam.

Menurut Firdaus, beliau terkejut apabila mendapati
jenazah rakan baiknya R R Mahendran, 40, atau nama
Islamnya Rafie Syazwan Abdullah berada di dalam sebuah
van ketika mahu menziarahinya di rumahnya di Taman
Nong Chik kira-kira jam 4.30 petang semalam.

“Saya mahu menziarahi jenazahnya. Bagaimanapun sebaik
sampai di rumahnya didapati keranda yang mengandungi
jenazah rakan baik saya berada di dalam sebuah van.

“Saya bertanya kepada pemandu van terbabit dan
diberitahu mahu di bawa ke tempat pembakaran mayat di
di Jalan Kota Tinggi,” katanya.

Firdaus seorang saudara baru berkata, dia mengenali
Allahyarham sejak 10 tahun lalu dan mendapat berita
rakannya itu meninggal dunia di Kuala Lumpur awal pagi
semalam dan jenazahnya dibawa ke rumahnya di Taman
Nong Chik.

“Bagaimanapun, hasrat saya memberikan penghormatan
terakhir sebagai orang Islam tidak kesampaian kerana
apabila tiba, Mahendran sudah pun di dalam keranda dan
van,” katanya.

Difahamkan jenazah Mahendran yang dipercayai memeluk
Islam kira-kira lima tahun lalu, diuruskan mengikut
upacara agama asalnya oleh keluarganya.

Mahendran, dipercayai meninggal dunia di sebuah hotel
di Kuala Lumpur, kira-kira jam 2 pagi semalam akibat
serangan sakit jantung dan jenazahnya dibawa pulang ke
Johor Bahru oleh isterinya yang juga dipercayai
seorang saudara baru berasal dari Sarawak.

Firdaus berkata, dia ke pusat pembakaran mayat dan
nampak ahli keluarga Mahendran termasuk isterinya ada
di situ.

Katanya, dia tahu Mahendran memeluk Islam dan mendakwa
Mahendran sering membuat rumah terbuka setiap kali
menyambut Aidilfitri dan menyifatkan rakannya itu
seorang yang sangat baik dan bijak mengendali pelbagai
kes jenayah di mahkamah.

Wakil media yang tiba di pusat pembakaran itu
kira-kira jam 7 malam, semalam, dimaklumkan ahli
keluarga sudah pulang selepas menghantar jenazah
Mahendran.

Wakil Jabatan Agama Johor (JAJ) yang turut berada di
pusat pembakaran itu bagaimanapun enggan memberi
sebarang ulasan berhubung perkara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Zainal
Abidin Osman dan Pengarah JAJ, Datuk Mohd Zaini Osman
juga gagal dihubungi.

Sementara itu, keluarga Mahendran yang ditemui di
rumahnya kira-kira jam 9 malam tadi juga enggan
mengulas lanjut

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20060906095329/Article/indexm_html


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to