Assalamu'alaykum waRahmatuLlah..
   
  Pengkaji bersama Khazanah Fathaniyah sebuah syarikat yang dilantik dalam 
menyebarkan dakwah melalui penerbitan bahan-bahan khazanah ulama Alam Melayu 
melalui terbitannya seperti buku-buku dan risalah memohon sumbangan orang ramai 
mengenai pembelian dua buah rumah teres di Taman Melewar untuk dijadikan wakaf.
   
  Kedua-dua unit rumah itu dinamakan Dewan Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani 
dan Dewan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani.
   
  Kedua-dua wakaf tersebut berfungsi dalam memperkembangkan pelbagai kitab 
pengarangan para ulama dunia Melayu yang dibimbing sendiri oleh penaung 
Pengkaji, Wan Mohd. Shaghir Abdullah (penulis Ulama Nusantara-Utusan Malaysia & 
Ensiklopedia Nusantara-Berita Harian) serta dijadikan sebagai tempat 
pengumpulan, penyimpanan dan mendokumentasikan segala manuskrip, kitab, buku 
dan segala bahan yang bersangkut paut dengan dunia Islam global.
   
  Program rangka panjang kedua-dua dewan itu akan digunakan untuk pendidikan 
bagi peringkat kanak-kanak, pelajar, mahasiswa dan golongan intelek. 
   
  Sumbangan wakaf boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama Bendahari 
Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia atau melalui Bank 
Muamalat di No. akaun 1406-000-2431-712. Juga dilampirkan borang wakaf 
(wakaf.doc/ wakaf.pdf) atau muat turun di sini> 
http://www.mysharefile.com/v/3295073/Wakaf.doc.html atau 
http://www.mysharefile.com/v/8687004/Wakaf.pdf.html

  Bahan-bahan terbitan Pengkaji & Khazanah Fathaniyah boleh diperoleh di pusat 
jualannya di No. 33 Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, 
Kuala Lumpur atau menghubungi di talian 03-6189 7231

 Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke