abang saya seorang yang kuat merokok, cuba sedaya upaya utk berhenti. baru-baru ni saya berjumpa dengannya dan dia dlm proses yang nekad berhenti, siap dgn nicotine inhaler lagi. so dia cerita. semasa satu program lawatan kerja jabatan mereka telah dibawa ke tempat kilang rokok. melihat bagaimana proses rokok dari tembakau dibuat. Sungguh jijik dan menakutkan. Daun tembakau disimpan dalam satu tempat tertutup selama sebulan dan dlm tempoh itu segala bentuk bahan 'beracun'; tar, bahan2 yang saya pun tak ingat dah apa dipam dan ditambah kepada daun tembakau, binatang2 kecil sperti cicak, lipas dsb pun mati tersimpan dalam tempat tu sehingga tembakau tu ' lembik'. kekadang puntung rokok yang orang buang sebenarnya ada orang yg kutip dan sisa tembakau pun campur dalam tu juga. so dia nekad berhanti rokok. Dia cerita juga, ada seorang kawan yg juga kuat merokok dan dapat serangan jantung, terpaksa melalui pembedahan. susahnya nak berhenti merokok tapi setiap kali ingat betapa sakitnya dada bekas pembedahan, dapat juga berhenti merokok. wassalam
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: HUKUM MEROKOK --------------------------------- Rokok merupakan masalah baru yang tidak dibincangkan oleh para ulamak klasik. Tembakau atau rokok mula dikenal pada kurun ke 9 atau ke 10 hijrah. Ketika itulah baru bermunculan pendapat-pendapat dari kalangan para ulamak mengenai hukumnya. Pelbagai risalah/kitab yang ditulis mengenainya. Secara ringkasnya, terdapat 4 pendapat tentang hukum merokok, iaitu: 1. Haram 2. Makruh 3. Harus 4. Memperincikan hukum Berikut ini adalah perinciannya: 1. Haram Para ulamak dari golongan pertama mengatakannya sebagai haram secara mutlak. Mereka mengharamkannya atas sebab-sebab berikut: 1. Asap dan bau rokok adalah keji. Firman Allah Taala: (Al-Araf:157) 2. Rokok mengakibatkan kematian sebahagian penghisapnya. Firman Allah Taala: (Al-Nisaa:29) 3. Membelanjakan wang untuk rokok merupakan suatu pembaziran. Kerana rokok tidak membawa sebarang faedah. Firman Allah Taala: (Al-Isra:26) 4. Rokok mengandungi kemudaratan yang diakui oleh para doktor. Sabda Rasulullah s.a.w.: Tidak boleh memberi mudarat dan tidak memudaratkan. (HR Malik, Daruquthni & Jamaah) 5. Asap dan bau rokok adalah kotor/tidak bersih. Sabda Rasulullah s.a.w.: Allah itu bersih dan Dia cintakan kebersihan (HR al-Bazzar) 6. Merokok dapat menyakiti orang yang bersebelahan atau berhampiran dengannya. Sabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan dan akhirat, janganlah menyakiti jirannya. (HR Bukhari & Muslim) 2. Makruh Para ulamak yang berpendapat bahawa rokok itu makruh adalah dengan beberapa alasan, antaranya ialah: 1. Merokok memudaratkan kesihatan, lebih-lebih lagi jika ia dihisap dengan banyak. Manakala yang menghisap sedikit, jika dihimpun-himpun akan menjadi banyak juga. 2. Mengurangkan harta, sekalipun tidak sampai ke peringkat membazir. Padahal, jika duit itu digunakan untuk perkara-perkara yang bermafaat adalah lebih baik lagi. 3. Bau dan asap rokok yang tidak enak boleh menganggu dan menyakiti orang lain. Sama seperti orang yang memakan bawang mentah, petai, jering dsbnya. 4. Masyarakat memandang rendah orang yang menghisap rokok. 5. Melalaikan seseorang dari mengerjakan ibadah secara sempurna. 6. Orang yang ketagihan rokok, fikirannya menjadi tidak keruan apabila tidak dapat merokok dalam jangka waktu tertentu. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Waiz al-Hanafi mengatakan bahawa kemakruhan merokok disabitkan dengan dalil yang pasti (qathI), sedangakan keharamannya disabitkan dengan dalil yang zhanni (tidak pasti). 3. Harus Bagi golongan ulamak yang membolehkan atas dasar asal setiap makanan dan minuman itu adalah halal. Hukum ini akan kekal sebagai halal sehingga ada dalil yang mengharamkannya. Atau ia berada di bawah satu dalil atau kaedah umum yang membawa kepada hukum haram. Atau diqiyaskan kepada sesuatu yang haram, yang illahnya bersekutu pada keduanya. Ketika itu barulah haram hukumnya. Mengenai rokok, tidak ada dalil yang mengharamkannya. Oleh itu ia kekal hukumnya sebagai harus. Tentu susah nak fahamkan? Yang senang difahami cuma di akhir itu Rokok harus hukumnya. Begini Asal bagi semua makanan adalah halal. Beri contoh apa sahaja makanan dan minuman, semuanya adalah halal. Roti, ayam, lembu, ikan, babi, anjing, tikus, tupai, cicak, air sirap, air sarsi, air paip, air mineral dsbnya. Semuanya itu pada asalnya adalah halal. Sedikitpun tidak haram. TETAPI Ia akan bertukar menjadi haram seandainya: a. Ada dalil yang mengharamkannya. Seperti daging babi, asalnya adalah halal, tetapi sebab ada ayat al-Quran yang mengharamkannya, maka ia bertukar menjadi haram. Jadi, babi itu haram dimakan bukan sebab dirinya itu haram, tetapi sebab al-Quran mengharamkannya. b. Di bawah satu dalil atau kaedah umum yang membawa kepada hukum haram. Seperti, ada ayat al-Quran yang secara umum melarang membunuh jiwa. Jadi, kalau kita memakan racun yang boleh membawa maut, maka haram hukumnya. Asal racun itu adalah halal, tetapi oleh kerana ayat suatu ayat umum yang melarang membunuh jiwa, maka racun itu bertukar menjadi haram dimakan. c. Diqiyaskan dengan kepada sesuatu yang haram, yang illahnya bersekutu pada keduanya. Contohnya, dadah. Mana ada di dalam al-Quran yang menyatakan secara jelas tentang haramnya dadah. Tetapi, ia diqiyaskan dengan khamar yang secara jelas diharamkan oleh al-Quran. Khamar diharamkan kerana memabukkan. Kerana memabukkan itulah yang disebutkan sebagai illah (penyebab hukum berlaku). Jadi, dapat ditarik kesimpulan bahawa setiap perkara yang ada illah itu adalah haram hukumnya. Dadah, ada atau tidak illah tersebut (memabukkan)? Sudah tentu ada! Maka dadah juga dihukumkan haram seperti arak. Jelas bukan? Ulamak dari golongan ini tidak melihat satu dalil pasti/qathiI yang mengharamkan rokok. Mereka menolak hujah pendapat ulamak yang mengharamkan rokok dengan katanya: Dalil yang digunakan untuk mengharamkan rokok dilalahnya (petunjuk hukum) bersifat zhanni (tidak pasti). Perkataan keji di dalam ayat yang diberi adalah tidak tepat jika memasukkan asap rokok ke dalam sebahagian dari maksud `keji yang dikehendakki oleh al-Quran. Begitu juga dengan membunuh jiwa. Ia tidaklah secara yakin berlaku kepada semua perokok dan dalam semua keadaan. Mengenai kemudaratan merokok pula, tidaklah semua yang memudaratkan itu haram hukumnya. Ada mudarat yang tidak haram. Kemudaratan adalah sesuatu yang besifat nisbi ada yang haram dan ada yang makruh. Tentang hujah mengatakan ia menyakitkan/mengganggu, sama seperti memudaratkan. Tidak semuanya haram, ada juga menyakitkan itu hanya makruh sahaja. Samalah halnya dengan hujah lain yang diketengahkan, iaitu: kebersihan dan pembaziran. Tidak semuanya haram, kerana di sana ada yang makruh sahaja hukumnya. Begitulah mereka yang berpendapat bahawa rokok itu harus. 4. Memperincikan hukum Ulamak dari golongan ini pula memperincikan hukum merokok. Bagaimana? Mereka mengatakan, ya, perlu dilihat dahulu keadaannya bagaimana. Jika seseorang itu merokok hingga menjejaskan kesihatannya (menurut doktor yang dapat dipercayai), sudah tentu haram hukumnya. Begitu juga jika perokok itu membelanjakan wangnya untuk membeli rokok sehingga menjejaskan kewajipan nafkah terhadap keluarganya, maka haram hukumnya ketika itu. Dalam keadaan lain, merokok hukumnya makruh jika ia tidak menjejaskan kesihatan dan harta. Kerana ia merokok merupakan tempat yang diduga akan memudaratkan kesihatan dan menjejaskan kewangannya. Juga kerana baunya yang tidak enak yang mengganggu orang lain. Begitulah gayanya pendapat dari golongan ini. ----------------------- Tarjih 1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok.. 2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok. 3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok. 4. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Waizh al-Hanafi condong kepada hukum makruh. 5. Syeikh Abdul Ghani al-Nabilisi mengatakan Harus 6. Syeikh Athiyah Saqr condong kepada pendapat yang memperincikan hukum merokok. ******** Bagaimana? Kami tahu, bagi yang merokok, bila membaca pendapat pertama yang mengatakan haram merokok, rasa bengang dan sesak nafas. Bila, baca pendapat kedua yang kata makruh sahaja hukumnya, ada rasa lega sedikit. Bila membaca pendapat ketiga yang mengatakan merokok ini harus sahaja hukumnya, fuuhh! Rasa lega betul Dan akhirnya pendapat keempat yang memperincikan hukumnya, rasa lega itu susut sedikit. Bagi yang tidak merokok pula Mereka tidak banyak soal. Haram hukumnya. Bagi yang merokok, sekarang ini beginilah.. Tidak kiralah apa juga hukumnya, haram atau makruh, kita semua pakat tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan. Tak perlulah kami menyatakan lapuran para doktor mengenai perkara ini. Semua telah sedia maklum. Dan, dari sudut menghamburkan wang kepada sesuatu yang tidak berfaedah seperti rokok juga kita telah sedia ketahui. Kemudian ditambah lagi dengan syarikat pengeluar rokok, entah siapa di belakang mereka.. Tetapi yang pasti mereka adalah orang kafir yang banyak menaja perkara-perkara merosakkan umat Islam. Inipun semuanya sudah mengerti. Jadi . Bagaimana ya? Berhenti merokok? Ya, memang mudah disebut, tetapi sukar dilaksanakan. Kami tahu para netters sekalian adalah orang-orang yang amat mencintai Islam. Bahkan pejuang Islam. Hatta kami di sinipun banyak kalah dari segi semangat, keazaman dan kerja-kerja anda semua ke arah membumikan kembali al-Quran dan Sunnah di tanah air tercinta. Dengan itu, kami percaya anda semua sudah berazam untuk berhenti merokok. Bukanlah disebabkan oleh kesihatan tetapi atas alasan agama. Kecintaan kepada Islam. Ada yang telah berusaha berkali-kali untuk berhenti tetapi tidak berjaya. Ada juga yang berjaya, kemudian menghisap kembali. Ada yang terus berazam, dan terus berazam. Teruskanlah usaha anda. Dan, bagi yang tidak merokok pula, janganlah mengeji, apatahlagi menghina kepada saudara-saudara kita yang merokok. Adalah menjadi kewajipan kita untuk membantu, memberi galakkan dan dsbnya agar azam dan usaha mereka berjaya. Oh!! Betapa siksanya mahu berhenti merokok Sekian adanya. Wallahu alam "Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote: Harap boleh beritahu hadis diatas datang dari mana.. Hadis ni interesting, sebab saya ni perokok tapi pergi surau solat jemaah. >>> "a.rahman ariffin" 09/01/2007 02:42:24 >>> Sdr Shaik, Terima kasih, tetapi hanyalah satu pendapat. Tak lebih tak kurang. Memang ada fatwa oleh Mufti Selangor pada satu waktu dulu, bahawa merokok itu haram, tapi tak ada siapa yg peduli pun. Saya tengok tok-tok lebai pun sedap jer merokok dalam perjalanan ke masjid/surau. Orang ketayap putih dan songkok hitam pun sama jer depa, berkepoi-kepoi. Ustaz yg bagi ceramah pun tak sebut "haram", cuma perli jer: Jin suka asap, maka siapa yang merokok, adik beradik jin lah dia tu" dan hadirin pun gelak dan ketawa. Allahu a'lam. Telah bersabda Nabi SAW: "Wahai Abu Hurairah akan datang beberapa kaum diakhir zaman yang mengekalkan menghisap rokok (pohon tembakau ini) dan mereka berkata: kami sekalian termasuk sebagian umat Muhammad SAW, dan padahal mereka bukanlah termasuk daripada umatku dan aku tidak mengakui mereka sebagai umat, tetapi mereka itu merupakan sebagian umat yang liar. Berkata Abu Hurairah: "Aku bertanya kepada Nabi SAW dari apakah tumbuhnya?. Rasulullah menjawab: "Sesungguhnya tembakau itu tumbuh dari kencing iblis . Apakah tetap iman di hati seseorang yang menghisap kencing setan? maka di laknat orang yang menanamnya, yang memindahkannya, dan yang menjual belikannya. Telah bersabda nabi SAW Allah akan memasukan mereka kedalam api neraka Bahwasanya pohon tembakau itu pohon yang keji. " DISCLAIMER: This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law. --------------------------------- Never Miss an Email Stay connected with Yahoo! Mail on your mobile. Get started! --------------------------------- Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik http://my.mail.yahoo.com/