Assalamualaikum, setiap hari saya akan menemui seorg sahabat baru. Dan saya tak 
pernah memikirkan dari mana org itu datang. Saya selalu menjadikan kawan baru 
ini akan membawa satu perubahan baru dalam diri saya. Dan hari ini, saya telah 
bertemu dgn sesuatu yg telah menyebabkan jiwa saya rasa terlalu tertekan dgn 
dosa2 saya...Ya ALLAH..ampunkanlah kami...dan tunjukkanlah kami jalan yg lurus.

dari Sahabat itu buat saya...
A'kum,

Cinta dan sayang saya pada kaum adam yang tiada sempadan membuat diri saya leka 
sejak dari remaja lagi hingga ke usia tua. Apabila ditimpa masalah dunia, saya 
jadi tidak keruan dan malu untuk sujud pada yang ESA. Seolah2 DIA menghukum 
saya kerana leka.
Regards.

Balasan saya mungkin tak seberapa buat dia...Tapi bantulah saya mendoakan dia...
Assalamualaikum,
Sahabat,
Sebenarnya saya kurang jelas dengan ringkasan yang Sahabat berikan ni. Tapi 
saya harap kefahaman saya ni mungkin kalau tak banyak dapatlah sedikit 
bertepatan dengan kehendak Sahabat.

Mmg satu fitrah bila kita menyukai seorang lelaki. Saya juga tak pernah lari 
dari diuji mcm ni. Bila2 masa sahaja kita akan terasa untuk meminati lelaki itu 
dan lelaki ini. Setiap org pun mungkin akan melalui perasaan ini.

Sekarang saya minta Sahabat cuba utk fokus kepada sesuatu. Saya tak pasti apa 
yg Sahabat maksudkan dgn masalah dunia. Tapi, mungkin benar, masalah itu 
mungkin datang utk menguji keimanan ataupun mungkin juga itu adalah balasan 
kepada dosa yg kita lakukan.

Bilamana disebut dosa, bukanlah bermakna dosa akan kekal dalam bentuk dosa tapi 
ia akan diampunkan asal sahaja kita bertaubat Sahabat. Saya rasa ALLAH bg kita 
satu2 ujian ada kemungkinannya adalah supaya kita lebih ingat kepada ALLAH, 
betul tak?? Kalau kita tak diuji bukankah ade kemungkinan utk kita terlanjur 
lebih jauh dalam keadaan yg berdosa?

Sekarang Sahabat dah sedar, dan itu menunjukkan bahawa itulah fitrah yg suci 
murni dari diri kita sendrik. Betapa sebenarnya jiwa Sahabat mahu diri Sahabat 
suci dari dosa. Betapa jiwa kita dahagakan kasih sayang sebenar dari 
ALLAH...Betapa mungkin telah lama kita telah lupa utk memberi jiwa kita makanan 
yg sepatutnya dia terima kan Sahabat??

Perkara pertama yg perlu Sahabat lakukan mungkin seperti yg akan saya tulis. 
Tapi semua org maklum, kita adalah manusia biasa. Mungkin agak susah utk kita 
berubah secara mengejut. Tapi asal sahaja kita berubah...Bukan duduk di tapuk 
lama...

buat permulaan,
Apa yg Sahabat kata dosa yg Sahabat lakukan itu, Sahabat kurangkan lah. 
Kurangkanlah dgn cara apa sekali pun. Jika sebelum ni pegang tangan lelaki 
bukan yg sepatutnya pernah Sahabat lakukan, lepas ni biarlah beralas. Jika 
sebelum ni Sahabat tidak menutup aurat saya rasa wajarlah dimulakan mungkin 
dengan cara Sahabat. Mulakan dengan melonggarkan pakaian, melabuhkan pakaian 
dan seterusnya memakai tudung. Jika sebelum ni Sahabat selalu berdampingan 
dengan lelaki secara tentang mata, maka lepas ni kurangkanlah.

Jika saya tahu cara hidup Sahabat yg sebenar saya akan cuba bantu. Apa yg saya 
kata tu, kemungkinannya tidak kene mengena langsung dgn Sahabat. Saya hanya 
mengandaikan sahaja berdasarkan ayat Sahabat. Sahabat jgn fikir saya bersangka 
buruk dgn Sahabat ye.

Yg keduanya...Sahabat bertaubatlah. ALLAH tu walau dalam keadaan apa sekalipun 
Dia akan memaafkan kita. Tapi biarlah kita bertaubat dgn taubat sebenar. Jgn 
taubat tapi masih buat dosa. Sahabat fahamnkan maksud saya?? Berubah lah 
sikit2...Kalau tak mampu byk2..

Satu cabarannya kalau kita bertaubat adalah mungkin kita akan merasakan kita 
akan kehilangan nikmat dunia. Tapi cepatlah ingatkan diri kita semula yg dunia 
bukan selamanya kerana kita akan kekal di akhirat sana. Di sana, jika kita 
dalam keadaan berdosa, maka kita akan dihukum dan tiada siapa lagi yg dapat 
membantu Sahabat. Beza jika kita dalam keadaan selesa di dalam syurga. Ya 
ALLAH, moga kau beri petunjuk pada hati kami....Amin...

Sahabat, Sahabat perlu tahu bahawa apabila kita bertaubat, maka kita akan 
menjadi suci. Suci seperti bayi yg baru lahir. Saat kita bertaubat, ALLAH akan 
mengampunkan dosa silam kita. Tika itu, kita akan mulakan kehidupan kita dgn 
perkara yg terbaik supaya amalan kita yg baik akan jauh meninggalkan amalan 
kita yg keji...

Sahabat,
Memang terlalu pedih kalau kita mengenangkan dosa silam kita. Sangat pedih dan 
serasanya sungguh kita malu utk mendongak ke langit lagi. Tapi, ALLAH pasti 
suka bila kita dalam keadaan begini. Di mana kita akan terus2an berdoa agar 
dosa kita diampunkan. Biarlah pandangan manusia lain terhadap kita selama ini 
tapi kita mulakanlah dgn hidup baru. 

Pernah saya dengar, kalau mahu mengubah kehidupan ada baiknya kita berpindah ke 
tempat baru supaya gangguan dunia luar tidak lagi menghantui kita. Mungkin ada 
betulnya. Kalau Sahabat rasa Sahabat perlu berpindah, pindahlah...

Bunyinya seperti terlalu bykkan utk di ubah...Sahabat, saya percaya akan ada yg 
membantu. Sahabat mulakanlah sekarang..jgnlah tgu walau seminit kerana saat 
kematian itu tidak akan tertangguh walau sesaat...Dan penyesalan kita tiada 
gunanya kalau kita tidak bertindak segera.

Saya sangat teringin utk membantu...Andai sahaja Sahabat di sisi 
saya............Buat tika ini, saya merasakan sangat mahu bersama Sahabat 
supaya rasa keinsafan juga tersebar luas dalam jiwa saya. Andai Sahabat terasa 
mahu meluangkan masa bersama saya, saya sangat berlapang dada utk bersama 
Sahabat.

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah, 
YM : sitisifir10 

  http://sitisifir10.blogspot.com/ 
   

       
---------------------------------
 Get your own web address.
 Have a HUGE year through Yahoo! Small Business.

Kirim email ke