yes!! boikot deana yusuf macam kita boikot kedai mamak yang naikkan harga 
makanan



----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, May 29, 2007 4:27:51 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Artis dan ciuman!!!

Rakaman adegan cium Deanna Yusof
Posted on Tuesday, May 29 @ 14:20:45 MYT by greenboc 
Oleh pemudawilayah

"
Rakaman adegan cium Deanna Yusof bersama seorang pelakon lelaki Singapura yang 
disiarkan dalam internet benar-benar menguris maruah rakyat di negara ini. Kita 
semua mengetahui bahawa artis wanita ini seorang Islam dan belum berkahwin dan 
beliau sebelum ini menjadi ikon yang amat dibanggakan oleh rakyat Malaysia 
kerana berjaya membintangi filem 'Anna & The King" serta menjadi contoh pada 
artis-artis lain. Tindakan artis ini benar-benar menyalahi ugama, etika dan 
adab masyarakat Malaysia.

Dunia artis telah tercemar dengan perlakuan beliau dan ini sekaligus memberikan 
tamparan hebat kepada Persatuan-Persatuan artis dan anak-anak seni di negara 
ini.
Jika di negara India, rakyat akan bangkit membuat bantahan awam dan memaksa 
Mahkamah mengeluarkan waran tangkap pada beliau seperti mana yang berlaku pada 
Shilpa Shetty dan Richard Gere yang diburu oleh Mahkamah.

Namun, nasib beliau tidak begitu. Mana dia Menteri Penerangan yang lantang 
berbicara tentang soal artis dan martabat industri hiburan negara? Mana dia 
Ulama' Hadhari? Ustazah Hadhari? adakah ini perkara kecil di mata mereka? 
kenapa semua diam?

Selepas ini orang luar akan memandang rendah pada artis Malaysia kerana mereka 
sanggup buat apa sahaja untuk mencari nama. Kita berharap agar kejadian ini 
akan menjadi Iktibar pada artis-artis lain dan tidak sesekali menjatuhkan 
maruah diri dan imej negara hanya kerana inginkan pujian dan kemewahan sahaja.

Tidak salah untuk menjadi artis, tapi biarlah bersopan dan pandai menjaga diri 
serta sentiasa ingat pada Allah.-Herman Samsudeen






       
____________________________________________________________________________________Pinpoint
 customers who are looking for what you sell. 
http://searchmarketing.yahoo.com/

Reply via email to