inilah salah satu masalah kalau kita jadikan artis
sebagai contoh dan role model. bila artis buat salah
je .. tak kira kecik atau besar, kita akan jadikan ia
masalah negara. kita bincangkan di internet, di
forum2, malah mingkin sampai peringkat parlimen. 

yang paling dihairankan kenapa nak ambil artis2 jadi
role model? semua orang tau apa yg artis2 kebanyakan
(kalau bukan semua) sememang kurang bagus dari segi
moral, akhlak dan tak keterlaluan kalau saya katakan
iman diorang pun hancur. 

hmmm.... ada banyak lagi lagi masalah yg perlu diberi
tumpuan. anak luar nikah yg semakin ramai. org berzina
sana sini. hiburan melalaikan jgn duk cerita laaa....
yg TV3 langgar fatwa mufti perak buat jom heboh tue
... takde ramai plak yg rasa sensitif. 

lagi pun mmg deanna yusoff tue yg suka sendiri. bukan
ada sapa2 paksa dia. 


--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

>       Rakaman adegan cium Deanna Yusof
> Posted on Tuesday, May 29 @ 14:20:45 MYT by greenboc
> 
>  Oleh pemudawilayah
> 
> "
> Rakaman adegan cium Deanna Yusof bersama seorang
> pelakon lelaki Singapura yang disiarkan dalam
> internet benar-benar menguris maruah rakyat di
> negara ini. Kita semua mengetahui bahawa artis
> wanita ini seorang Islam dan belum berkahwin dan
> beliau sebelum ini menjadi ikon yang amat
> dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana berjaya
> membintangi filem 'Anna & The King" serta menjadi
> contoh pada artis-artis lain. Tindakan artis ini
> benar-benar menyalahi ugama, etika dan adab
> masyarakat Malaysia.
> 
>   Dunia artis telah tercemar dengan perlakuan beliau
> dan ini sekaligus memberikan tamparan hebat kepada
> Persatuan-Persatuan artis dan anak-anak seni di
> negara ini.
>   Jika di negara India, rakyat akan bangkit membuat
> bantahan awam dan memaksa Mahkamah mengeluarkan
> waran tangkap pada beliau seperti mana yang berlaku
> pada Shilpa Shetty dan Richard Gere yang diburu oleh
> Mahkamah.
>    
>   Namun, nasib beliau tidak begitu. Mana dia Menteri
> Penerangan yang lantang berbicara tentang soal artis
> dan martabat industri hiburan negara? Mana dia
> Ulama' Hadhari? Ustazah Hadhari? adakah ini perkara
> kecil di mata mereka? kenapa semua diam?
>    
>   Selepas ini orang luar akan memandang rendah pada
> artis Malaysia kerana mereka sanggup buat apa sahaja
> untuk mencari nama. Kita berharap agar kejadian ini
> akan menjadi Iktibar pada artis-artis lain dan tidak
> sesekali menjatuhkan maruah diri dan imej negara
> hanya kerana inginkan pujian dan kemewahan sahaja.
>    
>   Tidak salah untuk menjadi artis, tapi biarlah
> bersopan dan pandai menjaga diri serta sentiasa
> ingat pada Allah.-Herman Samsudeen
>    
>   
> 



       
____________________________________________________________________________________
Need a vacation? Get great deals
to amazing places on Yahoo! Travel.
http://travel.yahoo.com/

Kirim email ke