MEREKA PUN AGEN YAHUDI

YAKJUJ DAN MAKJUJ




umar faruqi 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
22/06/2007 09:27 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Aduan : Kolam Mandi Di saujana Utama







Cerita Kolam Mandi Di saujana Utama
Posted on Friday, December 15 @ 14:35:05 MYT by din-cryptos 


Oleh Aba Muiz


Pihak pengurusan kolam mandi yang terletak di sebuah restoran mewah di 
Saujana Utama Sungai Buluh, dilihat mempertahankan peraturan yang membawa 
kepada pendedahan aurat. 


Perkara ini di sedari apabila pihak urusetia KEM CUTI-CUTI MESRA AL-QURAN 
yang dianjurkan oleh NZ ILMU / BAKTI BAGUS SDN BHD; yang telah cuba untuk 
menyewa kolam berkenaan sebagai salah satu aktiviti untuk para peserta 
program mereka. 


 
Permohonan telah dibuat untuk sewaan dan pengecualian syarat berkenaan 
pakaian yang menuntut para peserta mendedahkan aurat ketika mandi. 
 

Ustaz Mahmud, salah seorang dari urusetia kem yang tersebut telah pun cuba 
berbincang dan memohon pertimbangan pihak pengurusan kolam mandi yang 
berkenaan agar dapat menerima permohonan yang dikemukakan. 

 

?Program kita mengajar anak-anak, agar dapat menjaga aurat mereka 
sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam. Mendedahkan aurat adalah satu 
kesalahan yang besar di dalam ajaran Islam. Namun kita nak menunjukkan 
kepada mereka bahawa peraturan-perturan di dalam ajaran Islam, sebenarnya 
tidak menghalang kita untuk bersuka ria. Sikap pihak pengurusan kolam 
mandi yang berkenaan sangat dikesali?, kata ustaz Mahmud. 

 

Ustaz Hishamuddin, moderator utama program yang berkenaan pula berkata: 
?Apa yang disesalkan adalah sikap mempertahankan peraturan yang terang 
nyata bercanggah dengan ajaran Islam. Kita tidak minta mereka meminda 
peraturan yang telah mereka tetapkan itu, tetapi kita meminta pengecualian 
untuk orang Islam yang mahu mematuhi ajaran agama mereka. Saya tidak 
nampak keselamatan mereka yang mandi di kolam terancam semata-mata kerana 
tidak memakai bikini. Takkanlah tiada sikap toleransi. Bukankah kita ini 
di Negara Malaysia yang mengamalkan prinsip toleransi beragama. Kolam itu 
dibuka untuk sewaan orang ramai. Kita tahulah itu kolam mereka dan kita 
mahu bayar. Kasihan, anak-anak yang kehampaan.?

 

Dibawah ini disertakan salinan surat permohanan yang dikemukakan oleh 
pihak kem kepada pihak yang menguruskn kolam mandi yang berkenaan.


 

 
 
Bakti  Bagus  SENdIRIAn  BERhAd ( NZ ILMU ) ( 718862 - T )
DIVISION OF NZ HOLIDAYS TRAVEL & TOURS SDN BHD ( 666707-D ) (  KKKP 4178 )
Tarikh:       13 November 2006
Telefon & fax.:    03-60384198
019-3079526 (Ustaz Mahmud)
 
 
Kepada
GLOMAC PROPERTY
Saujana Utama, Sungan Buluh,
Selangor Darul Ehsan.
(Untuk perhatian: Pihak Pengurusan Kolam Mandi)

 
Tuan / Puan,
Permohonan Penyewaan Kolam Mandi Secara Berkumpulan

Sebagai makluman untuk pihak tuan/ puan bahawa kami sedang menjalankan 
program yang dipanggil sebagai CUTI-CUTI MESRA AL-QURAN yang melibatkan 
para pelajar berumur 9 hingga 15 tahun.

 

2. Kami berhasrat untuk membawa para perserta kami, mandi di kolam yang 
disediakan oleh pihak tuan sebagai salah satu dari aktiviti program.

3. Butirannya adalah seperti berikut :-
3.1. Hari Jumaat, 15 hb Disember 2006, jam 9.00 ? 10.30 pagi; seramai 24 
orang (Perempuan).
3.2. Hari Jumaat, 15 hb Disember 2006, jam 5.00 ? 6.30 petang; seramai 23 
orang (Lelaki).
 

4. Oleh kerana program kami berprinsipkan kepada syariat Islam, maka kami 
memohon kepada pihak tuan untuk membenarkan para peserta kami memakai 
seluar trek, baju berlengan panjang dan bertudung (Bagi perempuan). Ini 
sangat penting bagi kami kerana ia adalah nilai yang kami terapkan di 
dalam program bagi mencapai matlamat Islam Hadhari yang dicita-citakan 
oleh Perdana Menteri kita, Dato? Seri Abdullah Ahmad Badawi. 

 

5. Diharap permohonan kami ini dapat pertimbangan yang sewajarnya dari 
pihak tuan.
Sekian. Wassalam warahmatullahi wabarakatuh.
 
 
                                TT
????????????????????.
HISHAMUDDIN BIN ABDUL AZIZ

 

Salinan Kembar:-
1.        Pengerusi Persatuan Penduduk Muslim Saujana Utama
2.        Pengerusi Surau AN_NUR
3.        Pengerusi Surau HIDAYAH
 
____________________________________________
BAKTI BAGUS Sdn bhd (NZ ILMU), DIVISION OF NZ Holidays Travel & Tours 
SENDIRIAN BERHAD, No 12-B, Lorong Elmina 1, Sungai Buluh Country Resort, 
Saujana Utama, 47000 Sg Buluh, Selangor Darul Ehsan. (Telefon & Fax: 
03-6038-4198 / 019-615-3415). 

 
 

Kirim email ke