Mohd Dzul Khairi Bin Mohd Noor,
  Yang Dipertua,
  Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya (PMIUM), Kuala Lumpur.
  www.pmium.org
   
  *Mohon maaf kepada tuan/puan yang buat respon pasal artikel saya dan inginkan 
respon saya semula kerana saya telah terpadam maklumat emel tersebut, saya akan 
cuba lebih berhati-hati kelak.

   
  PMIUM Harap Semua Pihak Tegas Basmi Jenayah.
  Jenayah terus berlaku, seolah-olah tiada satu kuasa pun mampu menghalangnya. 
Mungkin inilah kebenaran di sebalik komplot yang telah didedahkan oleh Gary 
Allen dalam “None Dare Call It’s Conspiracy”, atau Henry Ford dalam “The 
International Jew”. Protokolat-protokolat Zionisme yang terhasil setelah 
perhimpunan rahsia pemikir Yahudi di Basle, Switszerland berteraskan Talmud 
adalah bertujuan menimbulkan kekacauan dalam dunia manusia, Islam khususnya.
  Theodore Herzl yang memimpin Zionis antarabangsa, yang kemudiannya diteruskan 
oleh Weizmann dan lain-lain ternyata serius untuk menghancurkan umat Islam. 
Bermula dengan percaturan menaikkan Mustafa Kamal sebagai ikonologis setelah 
peperangan antara Turkey dengan Babylon, kemudiannya penerapan sekularisme 
secara berperingkat.
  Alan Richardson menyebut: Dunia pada masa sekarang adalah hasil sekularisasi 
Barat dan kesombongan nasional. 
  Sebuah organisasi Focus On The Family Malaysia menjelaskan jenayah melibatkan 
rompakan bersenjata, mencuri, rogol dan lain-lain semakin meningkat. Mengikut 
statistik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 2004: 1.5 orang dibunuh setiap 
hari, 4.7 dirogol setiap hari, 68.2 pecah rumah berlaku setiap hari, 23.6 
kereta dicuri setiap hari, 141.3 motosikal dicuri setiap hari, dan 41.9 
rompakan berlaku setiap hari. 
  Jenayah remaja tempatan bawah 18 tahun pada 2006 didapati 2% daripada 232 620 
kes, meningkat 295 kes berbanding 2005. Manakala 6640 kes ragut dilaporkan dari 
Januari-Jun 2004. Malah, mengikut maklumat KDN, ada sekitar 90 kumpulan kongsi 
gelap dikenalpasti di seluruh Negara. Yang mengejutkan pendedahan oleh Timbalan 
Menteri KDN dalam suatu Sidang Dewan Negara bahawa terdapat kumpulan kongsi 
gelap yang ditaja oleh orang-orang berpengaruh. 
  Kajian Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan 
Malaysia (UKM), Dr Khaidzir Ismail pada 27 Februari 2007 lagi mencemaskan. 
Kajian menunjukkan 98% daripada 887 pelajar perempuan bertaraf “berisiko 
tinggi” mengaku pernah mengambil dadah. 98% kalangan mereka terlibat dengan 
kongsi gelap, 97.3% mengambil bahan lucah, 96.9% berjudi, vandalism 85.4%, dan 
ponteng sekolah 77.2%.    
  Yang terbaru sebagaimana didedahkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam Majlis 
Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) 
Kebangsaan ke-32 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu -23 Jun 
2007, didapati 900 000-1.2 juta terbabit dengan dadah, bersamaan 1:25.
  Keadaan itu dibuktikan melalui laporan Jabatan Siasah Jenayah Narkotik Bukit 
Aman yang menunjukkan rampasan dadah meningkat secara drastik. Internet 
dijadikan modus operasi pengedaran dadah peringkat antarabangsa. Malah, kini 
muncul dadah sintetik baru seperti ice, syabu, amphetamine-type stimulants 
(ATS) menggantikan candu, morfin, dan heroin
  Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menyatakan kesediaan 
untuk bersama kerajaan bagi menghadapi masalah yang kian meruncing ini. Setelah 
PMIUM melihat isu sistem pendidikan perlu dikaji semula, PMIUM juga mendapati 
perkara yang perlu dititikberatkan oleh kerajaan iaitu soal penerapan 
nilai-nilai murni dan pembentukan Emotional Quotient (EQ).
  Kebanyakan agama didapati menekankan soal pembentukan nlai-nilai murni. 
Ajaran Buddha sebagai contoh berdasarkan tiga prinsip iaitu Sila (disiplin 
diri), Samadhi (tafakkur), dan Panna (bijaksana). Fahaman Konfucianisme 
menerapkan lima etika dalam kehidupan social iaitu Jen (kebajikan terhadap 
sesama manusia), Chun Tzu (sifat kemanusiaan yang paling baik), Li (keserasian 
dalam melaksanakan sesuatu perkara), Te (kewibawaan dalam mengatur manusia), 
dan Wen (seni kedamaian).
  Ajaran Islam juga menekankan soal nilai-nilai murni dan EQ. pengharaman judi 
dan arak, antaranya bertujuan untuk mengawal emosi yang baik. Penganutnya juga 
diajar memaafkan yang zalim, memberi kepada yang kedekut, berbuat baik kepada 
sesiapa sahaja.
  Justeru, pembentukan nilai dan EQ perlu kembali kepada kehidupan beragama 
yang murni. Kehidupan berilmu perlu diwujudkan. Para ilmuan mesti memainkan 
peranan yang paling penting dalam hal ini.
  Mungkin sudah tiba masanya untuk kita meneliti dan menekuni semula 
tulisan-tulisan ilmuan terkemuka seperti Al-Mustosfa oleh Al-Ghazali, 
Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, Siasah Syar’iyah oleh Ibn Taimiah, Maaza Khasir 
al-‘Alam bi Inhitat al-Muslimin oleh Al-Nadwi, The Malay Dilemma oleh Dr 
Mahathir, dan lain-lain. Malah, tulisan-tulisan yang memperkatakan soal 
pembentukan emosi dan gaya berfikir seperti tulisan Ainon Muhammad dan Prof 
Abdullah perlu diteliti.
  Kita mengkaji bagaimana Baghdad boleh muncul sebagai Mutiara Kota Ilmuan 
Islam. Kita melihat keunggulan Pulau Sicily di Selatan Itali, Sepanyol, Tamadun 
Yunani dan lain-lain. Kita juga perlu mengkaji secara serius berteraskan agama 
dan kehidupan sosial tentang sebab-sebab permasalahan wujud dan bagaimana 
mengatasinya. 
  PMIUM Untuk Semua,
  www.pmium.org
  [EMAIL PROTECTED]
   
    

     

       
---------------------------------
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
 Play Sims Stories at Yahoo! Games. 
       
---------------------------------
Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.

Kirim email ke