kat sini saya nak kasi pertua org lama2......
  klu awk boleh ikut...dan berusaha mencari menda2 ni....
  awk ambil beberapa daun sirih, buah pinang kering.... jgn laaa sekali sabut 
dia....hang pie kedai india....mesti depa tau nyer.....
  lepas tu hang rebus menda tu...buat basuh kat bawah tu......hang kena amal 
kan.....sampai laaa baik......
  hang kena laaa usaha mencari menda2 tu...
  klu hang kat kg.....senang laaaa
  klu kat bandaq ni.... kena cari laaaa.....
   
  harap2 hang cepat baik.....itu jer
  dari fais(faiza)

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          

Organ pembiakan gatal dan pedih Doktor,

SAYA ingin meminta pandangan dan nasihat doktor mengenai kesihatan saya. Saya 
mempunyai masalah gatal pada bahagian luar faraj. Saya mengalami masalah ini 
sejak tiga tahun yang lalu. Akibat daripada menggaru, kawasan tersebut menjadi 
pedih apatah lagi ketika saya ingin membuang air. 


Masalah ini hanya berlaku pada waktu malam sahaja iaitu ketika saya tidur, 
namun ada kalanya, ia berlarutan sehingga siang dan saya berasa amat tidak 
selesa. Saya telah mendirikan rumah tangga sejak setahun yang lalu. Masalah 
saya masih tidak berkurang malah bertambah teruk. Dan kebelakangan ini, saya 
menyedari terdapat beberapa lagi masalah timbul iaitu saya sukar untuk membuang 
air kecil atau besar. 


Ketika saya bersama dengan suami pula, tiada cecair yang keluar dari faraj saya 
dan ini menyebabkan saya berasa sakit. Saya ingin mengetahui apakah sebenarnya 
masalah yang saya hadapi ini dan bagaimana saya perlu mengatasinya. 


Untuk pengetahuan doktor, saya tidak pernah berjumpa mana-mana doktor kerana 
malu. Saya amat berharap doktor dapat membantu saya dalam masalah saya ini. 
Saya dahulukan dengan ucapan, terima kasih. 

– INGIN TAHU


Ingin tahu,

Apa yang puan alami dipanggil pruritus vulva, satu keadaan di mana kulit pada 
bahagian luar faraj iaitu vulva, berasa gatal. Boleh dikatakan, seorang dalam 
setiap 10 wanita akan mengalami keadaan ini. Oleh itu, puan tidak sepatutnya 
berasa malu untuk berjumpa doktor tentang masalah ini.


Seperti yang puan alami, keadaan ini biasanya lebih ketara pada waktu malam. 
Sebab-sebab biasa boleh terjadi keadaan ini adalah:


1) Berpunca daripada jangkitan atau infeksi, biasanya infeksi kulat dan 
kadang-kadang bakteria.

2) Masalah kulit seperti ekzema atau satu keadaan kulit yang dikenali sebagai 
liken planus.

3) Kulit menjadi sensitif kepada bahan-bahan seperti sabun, pad sanitari atau 
pencuci yang berbau wangi.

Saya sarankan puan berjumpa dengan pakar sakit puan atau pakar kulit 
(dermatologi) untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.


Cara pengubatannya bergantung kepada punca keadaan ini. Jika disebabkan oleh 
infeksi, ubat antikulat kalau infeksi kulat dan antibiotik kalau infeksi 
bakteria, akan diberikan. Bagi masalah kulit lain seperti ekzema dan kulit 
sensitif, krim steroid dan krim pelembap mungkin diberikan oleh doktor.


Elakkan daripada menggaru kerana ini akan memburukkan lagi keadaan yang puan 
alami. Puan juga boleh meminta ubat daripada doktor untuk membantu menahan 
daripada menggaru. Puan juga patut menghindari daripada memakai pakaian-pakaian 
yang ketat. Pakaian buatan kapas lebih sesuai berbanding pakaian nilon.


Masalah kulit yang puan hadapi mungkin merebak sehingga ke bahagian dubur, dan 
kulit puan mungkin telah menjadi nipis dan akibatnya cepat luka. Ini yang 
menyebabkan sakit bila membuang air kecil dan air besar.


Keadaan kulit ini juga boleh menyebabkan sakit bila puan bersama dengan suami 
dan ini akan menyebabkan kurang cecair yang keluar daripada faraj.
Disebabkan ini, puan mungkin akan menjadi kurang berminat untuk melakukan 
hubungan kelamin yang lama-kelamaan boleh mencetuskan satu masalah lain kepada 
hubungan berumah tangga.


Sekali lagi, saya nasihatkan agar puan tidak malu untuk membincangkan perkara 
ini dengan doktor yang akan membuat pemeriksaan dan memberikan rawatan yang 
sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. 


- Jawapan disediakan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan 
Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Fatima Najla KM Muhd Jaafar.



         

       
---------------------------------
Shape Yahoo! in your own image.  Join our Network Research Panel today!

Reply via email to