Aswt,
       Kemerdekaan yang dicapai telah secara palsu menobatkan keagungan 
kejayaan perjuangan UMNO. UMNO berjaya nafikan perjuangan ramai yang lain yang 
bukan atas platform UMNO. Kemerdekaan sebenarnya diberi kepada UMNO kerana 
British sudah tidah mampu berdepan dengan perjuangan ramai pihak. Namun pihak 
dan kumpulan lain yang berjuang sejak lama sebelum penubuhan UMNO terutama 
gerakan Islam telah digelapkan oleh UMNO yang menguasai media massa di negara 
kita. Perjuangan kumpulan Islam hanya disebut sekadar melepaskan batuk ditangga 
 tidak didokumenkan dengan jelas apa lagi untuk menjadi kurikulum pendidikan 
sejarah di sekolah-sekolah. Kanak-kanak sekolah seperti saya dulu lebih 
mengetahu sejarah perjuangan kemerdekaan negara lain dari sejarah di negara 
sendiri. 
   
     Kini demi meneruskan cengkaman UMNO untuk terus menerajui pemerintahan 
negara bersama parti-parti kaum bukan Melayu  maka mereka pun terpaksa "lebih 
memberi' kepada kaum lain. Sejak dua dekad lalu kerana sokongan orang Melayu 
keatas mereka mula berkurangan maka mereka mulai sengaja lupakan apa yang telah 
diasaskan sejak capai kemerdekaan seperti kedaulatan Bahasa Melayu dan banyak 
lagi bagi mengekalkan ikatan mereka dengan kaum bukan Melayu. Pencemaran keatas 
budaya Melayu (yang positif) berlaku melalui media massa dengan berleluasa dan 
alasan mereka ialah negara ini berbilang kaum. Maka lahirlah anak-anak muda 
Melayu yang sudah berambut perang dan bertindik hidung dan telinga dan paling 
menyedihkan sudah ada yang murtad. Jika UNNO terus berkuasa bukan saja Melayu 
akan hilang di dunia tapi Islam juga akan jadi ugama yang dianuti sekadar pada 
nama saja. Maka apa yang sedang berlaku kini seperti mana kata seorang Presiden 
sebuah pertubuhan NGO Islam baru-baru ini dalam
 muktamar mereka ialah suatu gerakan untuk "bebas dari agama" bukan "bebas 
untuk beragama" Nauuzubillah!! 
   
  ibnuAli
  kota jembal

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
            Sesungguhnya, apa yang mengembirakan kita hari ini adalah 
kemerdekaan itu telah diperjuangkan dan dicapai oleh orang Melayu, tidak 
kiralah apa keturunanan, kaumnya atau latarbelakangnya. Sekiranya ia diraehkan 
oleh orang bukan Melayu, bagaimana agaknya.? Adakah kita akan jadi seperti 
negara jiran kita diselatan, yang memusnahkan sejarah perjuangan orang 
Melayunya? Ada lagi yang kuat disebelah utara, seperti tidak berjaya hendak 
dimerdekakan. Orang Melayu lari kepinggiran dan ke tanah besar. Dimanakah 
agaknya pejuang kita hari ini.? Adakah kita masih mengigau dengan kehebatan 
laksamana Hang Tuah, yang katanya tidak Melayu hilang di bumi! Sedangkan anak 
anak Melayu banyak yang ketagihan dadah, merempet dijalanan, yang tua dengan 
motornya, yang kecil dengan basikalnya.Sedikit demi sedikit hilangnya Melayu 
dalam arus kemodenan palsu. Yang sudah berambut perang, bertindik hidung, 
telinga dan pusat. Yang bermata biru, hijau dan kelabu.Merdeka kah kita? 
   
  Leon.

[EMAIL PROTECTED] wrote:
        Sesungguhnya gerakan nasionalisma yang merintis jalan untuk 
mengisytiharkan Tanah Melayu atau Malaya Merdeka telahpun bermula sejak dari 
sebelum pendudukan Jepun di Malaya pada tahun 1941. 

KMM atau Kesatuan Melayu Muda satu gerakan nasionalis Melayu yang dipimpin 
Ibrahim Yaakob telah ditubuhkan seawal 1938. Ia merupakan satu badan radikal 
yang menentang penjajahan Inggeris ketika itu. 

Perjuangan KMM ini mendapat sokongan padu dari para guru Melayu lepasan MPSI 
(kini UPSI). Antara lepasan MPSI yang terlibat adalah Hassan Manan, Abdul Karim 
Rashid dan Mohd. Isa Mahmud. Selain itu antara yang turut terlibat dengan KMM 
adalah Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Abdullah CD (yang 
kemudiannya memimpin PKM).

   
  Pada masa itu, boleh dikatakan PKM dan PKMM telah menggembeleng tenaga dalam 
perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Namun, menurut 
Rashid Maidin dalam bukunya "Memoir Rashid Maidin: Daripada Perjuangan 
Bersenjata kepada Perdamaian", Umno bukan saja tidak mahu kemerdekaan, malah 
menentang gerakan PKM dan PKMM itu.
   
  Perjuangan menuntut kemerdekaan oleh PKM dan PKMM diejek dengan perbandingan 
sendaan “buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka konon!”
   
  (Shamsiah Fakeh di dalam bukunya "Memoir Shamsiah Fakeh Dari Awas ke Rejimen 
ke 10" menulis: Sejarah telah membuktikan bahawa dalam perjuangan menuntut 
kemerdekaan tidak ada ahli Umno yang ditangkap atau yang dipenjarakan oleh 
kerajaan penjajah British. Apatah lagi tiada seorang pun yang mati ditali 
gantung)
    
---------------------------------
  Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/   




    
---------------------------------
  Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.   

                         

       
---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.
       
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.

Kirim email ke