Tuan,
   
  Mereka tidak terpisah. Islam tidak pernah ada negeri, kerana ia satu pegangan 
yang boleh dianuti oleh semua kaum, bangsa dan warganegara. Tanpa mengira 
darjat atau pun keturunan. Negeri bukannya makhluk yang bertasbih kepada ALLAH 
AZAWAJALLAH, tetapi manusianya dan makhluk makhluknya. Negeri Islam hanya 
ciptaan manusia, yang suka berpehak pehak dan berpuak puak. Negara Cina dan 
Barat mempunyai ramai penganut Islamnya yang hidup dalam masyarakat yang bebas 
meneguk arak, seks bebas, digelumangi dengan pelbagai lagi kemaksiatan, tetapi 
mereka utuh memegang ugama Islam anutannya. Lagi banyak cabarannya. Hendak 
bersolat pun dicuaca yang dingin, terpaksa mencampurkan air sejuk dan panas 
untuk membolehkan berwuduk. Di Kedah, satu ketika dahulu, dikejutkan dengan 
berita muda mudi mengadakan pesta seks diatas siling rumah, dinegeri negeri 
yang dikatakan, kes rogolnya pun tinggi (sebagaimana diberitakan dalam akhbar). 
Perjuangan kita sebenarnya adalah memerdekakan diri kita dari
 belenggu jajahan hawa nafsu. Bukan persekitaran yang menentukanya tetapi dalam 
hati sanubari yang suci bertakwa kepada Yang Maha Esa, tuhan yang menjadikan 
langit dan bumi, dan segala barang yang ada diantaranya.
   
  Leon

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
            Kita jangan lupa bahawa 4 wilayah diutara Kelantan,Kedah dan Perlis 
juga adalah wilayah melayu Islam. Kenapa kita membiarkan wilayah melayu Muslim 
dibiarkan terpisah-pisah
   
  Bertanggungjawabkan para pemimpin melayu,
  Membiarkan saudara kita di"siamkan"?
   
  Kita berteriak
  Merdeka! Merdeka! Merdeka!
   
  Walhal sebahagian wilayah melayu muslim masih dijajah
  dan sebahagian lagi dah jatuh kepada milik orang lain

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
        Sesungguhnya, apa yang mengembirakan kita hari ini adalah kemerdekaan 
itu telah diperjuangkan dan dicapai oleh orang Melayu, tidak kiralah apa 
keturunanan, kaumnya atau latarbelakangnya. Sekiranya ia diraehkan oleh orang 
bukan Melayu, bagaimana agaknya.? Adakah kita akan jadi seperti negara jiran 
kita diselatan, yang memusnahkan sejarah perjuangan orang Melayunya? Ada lagi 
yang kuat disebelah utara, seperti tidak berjaya hendak dimerdekakan. Orang 
Melayu lari kepinggiran dan ke tanah besar. Dimanakah agaknya pejuang kita hari 
ini.? Adakah kita masih mengigau dengan kehebatan laksamana Hang Tuah, yang 
katanya tidak Melayu hilang di bumi! Sedangkan anak anak Melayu banyak yang 
ketagihan dadah, merempet dijalanan, yang tua dengan motornya, yang kecil 
dengan basikalnya.Sedikit demi sedikit hilangnya Melayu dalam arus kemodenan 
palsu. Yang sudah berambut perang, bertindik hidung, telinga dan pusat. Yang 
bermata biru, hijau dan kelabu.Merdeka kah kita? 
   
  Leon.

[EMAIL PROTECTED] wrote:
        Sesungguhnya gerakan nasionalisma yang merintis jalan untuk 
mengisytiharkan Tanah Melayu atau Malaya Merdeka telahpun bermula sejak dari 
sebelum pendudukan Jepun di Malaya pada tahun 1941. 

KMM atau Kesatuan Melayu Muda satu gerakan nasionalis Melayu yang dipimpin 
Ibrahim Yaakob telah ditubuhkan seawal 1938. Ia merupakan satu badan radikal 
yang menentang penjajahan Inggeris ketika itu. 

Perjuangan KMM ini mendapat sokongan padu dari para guru Melayu lepasan MPSI 
(kini UPSI). Antara lepasan MPSI yang terlibat adalah Hassan Manan, Abdul Karim 
Rashid dan Mohd. Isa Mahmud. Selain itu antara yang turut terlibat dengan KMM 
adalah Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Abdullah CD (yang 
kemudiannya memimpin PKM).

   
  Pada masa itu, boleh dikatakan PKM dan PKMM telah menggembeleng tenaga dalam 
perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Namun, menurut 
Rashid Maidin dalam bukunya "Memoir Rashid Maidin: Daripada Perjuangan 
Bersenjata kepada Perdamaian", Umno bukan saja tidak mahu kemerdekaan, malah 
menentang gerakan PKM dan PKMM itu.
   
  Perjuangan menuntut kemerdekaan oleh PKM dan PKMM diejek dengan perbandingan 
sendaan “buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka konon!”
   
  (Shamsiah Fakeh di dalam bukunya "Memoir Shamsiah Fakeh Dari Awas ke Rejimen 
ke 10" menulis: Sejarah telah membuktikan bahawa dalam perjuangan menuntut 
kemerdekaan tidak ada ahli Umno yang ditangkap atau yang dipenjarakan oleh 
kerajaan penjajah British. Apatah lagi tiada seorang pun yang mati ditali 
gantung)
    
---------------------------------
  Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/   




    
---------------------------------
  Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.   




    
---------------------------------
  Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/  

                         

       
---------------------------------
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
 Play Sims Stories at Yahoo! Games. 

Kirim email ke