Beranikah Khairy tanding Di Negeri Sembilan ? Oleh
Cikgu Badrul 
Perkembangan sokongan yang meningkat terhadap keADILan
di Pulau Pinang, Sabah dan beberapa negeri amat
menyebabkan BN tertekan, khususnya merujuk kepada
beberapa respon Naib Ketua Pemuda UMNO (merangkap
menantu Presiden UMNO) Khairy Jamaluddin.
Khairy dalam beberapa kenyataanya cuba menyakinkan
orang ramai bahawa parti keADILan akan mati, kenyataan
beliau disambut oleh Pemuda Pulau Pinang yang
menyatakan keyakinan untuk merampas Permatang Pauh.
Baru - baru ini Amir Mohd Ghazali, Ketua AMK Permatang
Pauh menyatakan cabaran jika benar Khairy yakin BN
mampu memenangi Permatang Pauh, beliau mencabar Khairy
sendiri turun bertanding di Permatang Pauh.
Kenyataan ini telah dibuat dalam satu Majlis Sambutan
Ambang Merdeka bersama anak muda setempat yang turut
dihadiri oleh Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK Pusat.
Komen ini yang disiarkan dalam Malaysiatoday dan
beberapa media alternatif khususnya internet amat
menarik jika di teliti. Khairy seorang pemimpin pemuda
yang cepat naik menggunakan 'surat nikah' (menantu
Presiden UMNO) kebelakangan ini cukup gemar bercakap.
Memang tidak dinafikan beliau sedikit rajin jika
dibandingkan dengan pemimpin pemuda lain khususnya
Hishamuddin Tun Hussien. 
Namun satu hakikat yang Khairy tidak sedar ialah
musuhnya juga banyak dalam UMNO itu terutama yang
meluat dengan gelagatnya dan tindak tanduknya
mempergunakan bapa mertuanya yang lemah untuk mengaut
kuasa dan kekayaan.
Cuma satu che'GuBard nak tambah tidak perlu minta
Khairy untuk bertanding di Permatang Pauh untuk
menamatkan karier politiknya cukup mencabarnya untuk
turun bertanding mana - mana kerusi di Negeri
Sembilan.
Bukan sombong tetapi UMNO di Negeri Sembilan khususnya
di bahagian dia sendiri, Rembau sudah banyak suara -
suara protes.
Apa kata che'GuBard cabar Khairy untuk tanding di
Negeri Sembilan, khususnya di kerusi 'campuran'.
Selaku 'bakal' Perdana Menteri Malaysia dia seharusnya
berani bertanding di kerusi campuran yang
menggambarkan masyarakat Malaysia. Di kerusi campuran
di Negeri Sembilan Khairy akan belajar betapa jentera
UMNO 'senyap-senyap' akan meninggalkan beliau dan
protes dari bukan melayu amat tinggi terhadap
kelancangan mulut beliau. 
Beberapa perkembangan politik mutaakhir ini amat
menarik di Negeri Sembilan. Pengerusi Perhubungan UMNO
merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan (sekutu kuat
Khairy) kian panik dengan usaha yang berkemungkinan
berjaya mendesak pengampunan Tan Sri Isa Samad dalam
UMNO. Pembelian saham Allson dengan menyerahkan saham
Menteri Besar Incroprated (MBI) dikatakan mempunyai
kaitan rapat dengan isu ini.
Pembelian saham Allson dari ahli korporat oleh
Kerajaan Negeri dengan menyerahkan sejumlah saham MBI
dikatakan untuk memujuk ahli korporat tersebut dari
terus menyokong Isa Samad. Ahli Korporat yang bergelar
Datuk itu merupakan antara 'funder' besar Isa Samad.
Dalam proses ini media tempatan memuji kebijaksanaan
Datuk Seri Utama Mohamad Hassan yang dikatakan berjaya
memiliki saham Allson tanpa menggunakan 'cash money'
tetapi fakta yang seolah dilupakan ialah bagaimana
seorang ahli korporat yang menjual sebahagian milikan
dalam Allson tersebut kini memiliki saham dalam MBI
yang lebih menguntungkan kerana memiliki kepentingan
dalam semua anak syarikat kerajaan negeri.
Tetapi ramai khususnya pemimpin UMNO sendiri membantah
tindakan ini yang dilihat menggadaikan kepentingan
kerajaan demi kepentingan politik peribadi. Tindakan
keterlaluan penyokong utama Khairy seperti mengambil
kuasa menguruskan wang Baitulmal dari badan agama
Islam Negeri juga merupakan isu panas sekarang ini.
Surat arahan kerajaan dalam hal ini pernah disiarkan
Buliten Rakyat.
Teguran terbuka yang dibuat Ketua UMNO Bahagian
Seremban, Datuk Ishak Ismail mengenai gangguan Abang
Menteri Besar dalam banyak urusan kerajaan tidak
dipedulikan dan berterusan sampai sekarang. 
Ini semua menjadi api dalam sekam buat Khairy kerana
Mohamad Hassan (dan keluarga) antara pembela nombor
wahid beliau....
Balik kepada Khairy .....Apa kata kita bertemu di
kerusi seperti Chuah atau Parlimen Teluk Kemang tidak
pun parlimen Seremban ?
................................................................................................
N29 Chuah ialah ialah DUn di bawah Parlimen Teluk
Kemang dan che'GuBard adalah Naib Ketua Bahagian
keADILan Teluk Kemang.
http://chegubard.blogspot.com/2007/09/amk-permatang-pauh-cabar-khairy-tanding.html






       
____________________________________________________________________________________
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story. Play 
Sims Stories at Yahoo! Games.
http://sims.yahoo.com/  

Reply via email to